Memaparkan catatan dengan label i hate aliens. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label i hate aliens. Papar semua catatan

Isnin, 7 Februari 2011

:: Random | ini luahan hati si Beautilicous ::

salam semua..hari ni x banyak kerja yang yong lakukan..rasa xbermaya la pulak..online kejap-kejap je..bisnes pon x jalan la today..semua entri today kebanyakkan entri re-post entri yang dulu-dulu punya..entri baru tunggu la nanti ada mood baru yong buat..so feedback yang yong dapat kebelakangan ini ialah



  • dapat ramai kawan baru 
  • dapat follower baru
  • dapat komen dari beberapa anon yang sangat BIJAK
  • dan sebagainya



actually rasa down la sket today..dan persoalan yang bermain di minda..kenapa kalo kita nak komen panjang kat blog orang tu dengan idea BIJAK kita, kita perlu jadi anon ya? x bole ke kita tunjuk je diri kita siapa..bole la nak kenal-kenal kan..nak juga yong tengok diri anda tu..sebab anda kata yong ni "ilmu x cukup di dada", so anda ni SURE la seorang yang bijak pandai ye dak..


serius yong mengaku! yong ni sangat lah x bijak..pelajaran belajar separuh jalan je..xde la macam kebanyakkan blogger yang sekarang ni semua berstatus pelajaran tinggi.kalo nak bandingkan dengan yong ni.memang jauh panggaag dari api la..jauhhhh sangat bezanya kita T_T ..




but its oke la kan..kita lupakan la kejap hal-hal macam tu.then nak btau la korang..beberapa hari ni yong dapat banyak kawan baru tau..siap add kat fb lagi yu..then ada pape hal yang dorang agak kurang faham tentang blog. yong bole la bantu sket-sket..ha tak lupa juga.yong da kenal pasti blog 2 orang adik sepupu yong..jaga-jaga la korang.kegiatan anda akan dipantau..hahaha..pastu kegiatan haramku disini pon akan terkantoi :p


oke la..nak p tengok tv ni..hope xde da anon yang sudi komen..walaupon komen anda sangat bernas dan jitu tapi sebab anda ANON...anda tetap ALIEN dihatiku..







off~

Isnin, 15 November 2010

:: Jawapan Perasaan Itu>>>> Tiada Perasaan ::

haa..ni kisah sambungan pagi tadi..klik sini jika ketinggalan..
sebenarnya itu kisah yong yer..sian kan kena halau? cis! hahhaa

so..yong nak akhiri lah kisah tragis itu.kekeke..tuan empunya tempat sewa tu berjaya contact yong melalui phone family..kalo phone yong sampai esok pon xdpt la sebab yong off je hp nyer..( off satu je Hp.ada lagi dua x off sapa suh dia xcall..heh)

dan macam biasa la..da nak mintak tlg baru nak nak contact ai ni..kalo tak, sebelah mata pon xnampak kan?

dia offer yong keja dengan dia..biasa la kan..mula-mula.tabur la janji-janji manis bagai madu plus gula..but bila da lama.tunggu jela..rasa la apa yang xpatot T__T

dah penah tau perangai dia cemana..i think.i should say NO to her offer..

better yong kerja sendiri sahaja..ada rezeki lebey yong akan buka spa sendiri..tak perlu nak kerja dengan orang.tambahan pula kerja dengan orang yang tak menepati janji dan tak tentu hala..kang jadi histeria macam ari tu.ai tak tanggung..mencik oke! 

so.keputusan akhir.yong tak nak la kerja dengan dia..dan yong tak nak p jumpa dia..bahaya..taknak terjebak!

biarlah yong dengan hidup yong.susah senang sendiri..taknak jadi hamba abdi..taknak dia pendang rendah dengan yong..

dia tanya yong kerja apa.bila yong cakap kerja macam ni..dia mcm rendahkan yong ja..oke! we'll see..



THANKS COZ SUDI JILAT SEMULA LUDAH U! 
LOVE IT..CIS!

Ahad, 17 Oktober 2010

:: Anonymous vs Alien :

haish..

sejak buat entri tentang aliens ni..ada juga yang pelik-pelik muncul ek..

beberapa hari yang lepas..dapat soalan dari orang yang tidak dikenali..

dah tahu ai x suka anon..itu la yang datang..biasa la ek? :p

ni salah satu soalan yang yong dapat dari si anon

 haish..tu salah satu ya..yang lain-lain korang p baca sendiri la..

sakit pula hati dan mata ni bila membacanya...

yang kat bawah ni pula soalan baru baca tadi.. 



so kepada si anon..kamu ni kenal saya ke ek? len macam je soalan-soalan nyer..
pelik!


Anonymous = Aliens





Nota Alinac-nak suh close akaun formspring kot!

Rabu, 13 Oktober 2010

:: Eyeliner make your eyes look like a cat..not an Alien! ::


look at my eyes..haa..yong da pandai pakai eyeliner yu! wakaka...
orang lain da pandai lama da..yong baru pndai pakai semalam..cis!
cemana nak ajar make up kat orang lain ni ek? bajet cm pandai je...hahha

actually, this entri mmg khas utk my friend..nama dia maharani.. beliau mmg da pakar da pakai eyeliner ni..asal nampak eyeliner je yong tingat dia..haish! cemana tu..so yong tekad nak bagi pandai juga pakai eyeliner ala-ala mata kucing tu..and nak tunjuk kat beliau..yay! i da pandai ni..bagus x? hehehe..

miss maharani ada juga buat tutorial cemana nak pakai eyeliner..nak tgk? klik sini..


oke..semua kena usaha je..mesti bole buat yer..yang penting..bukan Aliens yang ajar..wakaka..sungguh WTH huh!






nota Alinac- yong ada juga jual eyeliner..tp x reti pakai..x ptot la kan? skg da reti..so mari-mari beli.. :)

:: Asal usul Aliens dalam Dunia Alinac ::

pergh! tengok tajuk kaw2 nyer..mcm isi dalam entri ni besh lak kan.

haish! sebenarnya xtahu nak mulakan mcm mana :( risau takut silap cakap kang esok kontrovesi pulak..x pasal glamour kena maki je seminggu..

oke.tanpa membuang masa..yong akan terangkan secara detail serba sedikit cerita tentang "aliens" yang yong perkatakan sebelum ni..

Aliens dalam kamus hidup yong terdiri daripada beberapa kategori iaitu

  • ex-my bf (psst..sapa tu)
  • kawan-kawan ex-my bf
  • kawan kepada kawan-kawan ex-my bf (berapa banyak kawan daaa)
  • orang-orang dalam dunia maya yan tidak dikenali then suka komen-komen suka hati dorang je
  • anonymous (sudah tentu aliens ni)
  • dan sebagainya.. (belum fikir sapa lagi layak masuk kategori ni)
oke..sebelum ni.yong mengaku..yong ni agak kurang peka mengenai dunia maya ni..(walaupun da kenal IT sejak form3..masa tu kena p cc je kalo nak chatting)..

ada FB..x private langsung..pictures suma orang bole tengok..bole komen..bajet howt kot! then suka buat status merepek merapu dan meraban..
bole dikatakan kalo post status tu ada je nak komen..yela..status suma mintak penyepak je..mmg la orang suka komen..howt gitu! hahha

ada sekali tu..masa tu ada masalah dengan my-bf..about his EX jugak..maka berlaku lah satu peperangan di alam maya..bukan dengan my bf  nk perang nyer..tp dgn kawan-kawan EX (WTH kan??)

yong masa tu kena serangan ngan Alien-alien(rujuk kategori diatas) tanpa kasihan. haha..gila..da serang mana nak kesian da kan..

status yong bole dikatakan kejap2 ubah..kejap2 ubah..

dah la status tu suma mmg menyakitkan hati je baca..maka adalah Aliens ni terasa..wah..suka dia..dia ajak geng dia suma mai bantai yong..maki hamun jangan cakap la kan..cakap mmg ske hati mak bapa dorang ja..(maaf ayat agak kasar..sebab dorang sebut nama abah yong juga..)

berani ugut nak datang pukul yong la apa la..wah! sungguh tak matured bila cakap macam tu.

kawan2 di fb yang membaca komen2 tu suma mmg suh yong delete je suma komen2 "membina" dorg tu..tp yong biarkan ja.. nak tengok banyak mana lagi "kepandaian" mereka nk tunjuk kat dunia..

apa yang dorg telah cakap tu biarkan jela..x kan nak taip satu2 plak kan..penat jari ni..bole x tido malam yong kalo nak taip..semuanya menyakitkan..mengaibkan... T___T

sapa Aliens tu? blaja tinggi ke?lawa ke??

haa..memang la..Aliens tu semua blaja "tinggi-tinggi" belaka taw..jauh beza la kalo nak banding ngn yong sekarang..yong blaja tahap sijil je..dorang ada ijazah..masa tu dorg still belajar lagi.BAKAL CIKGU katanya..belajar di Perak..kat institusi yang terkenal tu.xperlu la nk btau kat mana kan..semua orang tau tempat tu..

tp kalo baca apa komen-komen dorg..pergh! mampus anak-anak murid x percaya cikgu dorang macm tu..

sebelum ni..yong ni lurus bendul sket..klo cakap dia cikgu tu..sanjung habis da..pk baik-baik jer..skali terkena macam tu...mmg sentap habis lah..

mummy pon perasan perangai yong berubah sejak kejadian tu..berhari juga dorg hentam yong..x ckup kat komen..inbox pon nak jugak..haha..oke..i kasi chance! kawan-kawan ada juga suh p report police.sebab komen-komen membina tu semua berbau fitnah dan amat2 memalukan..mengaibkan yong! gila sapa xsedey bila jadi macam tu..ni nak taip pon rasa nak nangis ja..

sejak tu..yong da kenal da erti REMOVE FRIENDS & BLOCK PERSON..dua-dua tu mmg yong amalkan sekarang...

kalo agak-agak yang komen kat status FB tu x kenal...mmg remove jerk.komen kalo elok-elok tak pe jugak..ni komen semua nak sakitkan hati.. yong risau juga takut saki baki Aliens tu ada lagi..risau takut ada geng dorang baca blog yong..yong tak nak kena hentam lagi! suma tu mmg sakitkan hati yong...

Alhamdulillah..sekarang da oke..n my bf still with me..kalo tidak! dia pon Aliens :p
sampai sekarang.. I HATE ALIENS.. mereka jahat!!!!!


pengajaran yang bole diambil
  • approve kawan-kawan yang kita nak je dalam FB personal.kalo business xpe la nak amik semua kawan..haha
  • private la semua pic yang tak nak kasi orang tengok...
  • private la semua2 info
  • private dan private lagi..:)
  • senang cakap..Fb ni bukan bagus pon kecuali untuk berniaga..hahaha
shawl baru beli..da macam ape je tengok ha...


nota Alinac- cerita secara rambang..kalo detail kang..Aliens datang! KATAKAN TIDAK PADA ALIENS! wakaka~



sekian..gud night

Selasa, 12 Oktober 2010

:: Aliens oh aliens ::

yong nak buat entri tu. tentang aliens tu ler..

but  risau akan disalah anggap T__T

perlu jaga hati pelbagai pihak.

takut "diserang" lagi..

oleh Aliens..

yang berpelajaran "tinggi"  itu






perlu ke terus kan?





 risau!

:: Psst..ni adik dia la ni ::

pssst..apa ni cakap-cakap macam tu..i don't like huh..

apa hal plak yong ni ek petang-petang da hangin..
tadi yong kuar p pos barang..alhamdulillah..rezeki makin masyuk yer.maybe niat ikhlas nak membantu orang..sbb tu Allah tolong murahkan rezeki yong..yong niaga ni sebagai pintu rezeki utama yong..bukan nak untung jerk..yong niat nak tolong bantu masalah orang juga..jadi kepada yang ada masalah kulit wajah ke..masalah nak slim tp xdpt2 nk slim lagi ke..masalah berkaitan kulit badan ke..bole la btau yong yer..kot2 ada produk yong yang mmg berkesan nk kurangkan masalah korang tu..yong dapat la nak membantu :)

so macam biasa la..kalo rezeki masyuk..maka hari-hari la nak ke pejabat pos kan..kalo da kena p pej pos tu..isk! mula la den ni ha..seram sejuk perut ni..dok fikir nak pegi pej pos mana la pulak hari ni...kenapa jadi macam tu?? baca sini dulu ya..baru faham..

tadi disebabkan yong pos barang agak lewat..da pkol 3 ptg baru nak p pos..maka yong berniat nak p pos kat pej pos kat tempat biasa la..tapi yong tak nak masuk..so yong minta tolong adik perempuan yong je yang masuk pej pos tu..hehe 

see..sampai kena mintak tolong orang lain tau skg..sbb takut da nak masuk pej pos tu.cis!

ari tu yong mintak tolong abg sepupu yong p pos barang-barang yong..then abg sepupu cakap "tadi abg kaunter tu tanya .."bos besar" mana?? "

korang faham tak bos besar tu sapa yang dimaksudkan? YONG la..mamat kaunter tu da cam la bungkusan yang yong kirim tu..sebab da lama tak masuk pos sendiri barang tu..sebab tu dia tanya..

dan tadi adik yong cakap..dia p masuk pej pos tu..then trus ke kaunter yg perempuan..akak kaunter tu cakap kat mamat kaunter tu (sebelah dia je).. "ni adik dia la ni"...(hey, perlu ke?macam tu pon nk p btau mamat tuh!) ni yang yong malas ni..yong bukan apa..rimas la orang dok layan pelik-pelik ni..just layan macam cust biasa da la kan..ni malam kang..jangan ada yang sent msg lagi sudah! tak suka oke..menci!

dia ni pon bole masuk kategori Aliens ni..adoi! lupa nk wat entri pasal aliens..tgk la malam kang ek..ada yang x sabar ke nak tahu aliens tu sapa?? haaaa..tunggu ya~




suka tengok fesyen perempuan giler ni.wakaka


nota Alinac-perlu ke nak msg cust pulak..sebab nak "berkenalan"..berani ajak p minum plak..haish! lemah lutut den ni ha T____T..

:: siapa yang banyak bertanya tu..Aliens ke? ::

hi semua..da tido ke? td yong ada check kat formspring..erm ada la beberapa soalan yang ditanya..

ada yang kenal..ada juga yang yong x kenal..yang x kenal tu..dah la takda nama..then tanya banyak pulak tu.

isk..siapa dia ek? korang nyer formspring pon mmg slalu gitu ke yer?ramai tak org yang tak kenal tanya soalan kat korang????

yong rasa x sedap hati la.tanya soalan pulak about masa lepas..about EX bf/gf..
isk.. hairan ni..

yong jarang g tanya orang kat formspring.

slalu dapat soalan je.

kalo kenal its oke la kan.paling koman pon ada la link nama dia ke apa ke kan..
ni xde..aiyooo..siapa tuh! 

tanya yang simple2 dah la..yong risau yang tanya tu ALIENS jerk! 

korang tahu tak napa yong benci sangat aliens? siapa aliens tu? oh! yong belum penah citer lagi ke? next entri ek ..panjang cerita nya T___T !






nota Alinac- i hate Aliens! damn much!

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...