Memaparkan catatan dengan label poslaju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label poslaju. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Januari 2011

:: saya pening dengan Pos Malaysia ::

ha tudia..satg semua pekerja Pos Malaysia pakat dok mai komen kat entri ni...yong sangat pening kepala sekarang..macam-macam masalah...oke xpe..yong kena cool kan? so rileks yong (pujuk hati sendiri)

26hb lepas yong ada pos dua barang untuk customer.tapi tak sampai lagi sampai sekarang..bole pulak today hp wat hal...xde bateri..pastu charger rosak..pejabat pos call pon xleh nak jawab..ni da pkol 12 a.m baru tengok punya banyaj miskol ada haa...pastu customer cakap pej pos btau dia barang tu dorang da anta..cuma yong yang silap tulis address..oke fine..kalo betul yong silap tulis..yong dengan rela hati akan ganti semula barang tu pada customer..tapi yang lagi satu tu apa kes??dah la jauh nun di Sabah..barang tak sampai..cemana nak gagau cari weh..oh pliss..check kat web tertulis masih ada di Sungai Petani..hey gila ke 26hb Dec 2010 pos tapi 6hb Jan 2011 masih x sampai..ingat guna setem ke apa??

oke seyes da serabut gila..nak tido da..DEMAM!


Nota Alinac- eh napa ek hati sakit setiap kali p pej pos yang kat situ pulak..akak tu x reti nak senyum ke..dah la layan macam nak tak nak..ingat orang xde duit?

Rabu, 15 Disember 2010

:: Hati-hati..Ada pencuri dalam Pos Malaysia Bhd ::

Assalamualaikum,

Diharap semua warga Pak Belang, berhati-hati dgn perkhidmatan Pos Malaysia Bhd . Ini adalah melalui pengalaman saya sendiri yang kerap berurusan dgn Pos Malaysia utk menjalankan bisness saya. Sentiasa check dan kesan bungkusan dan surat-surat anda supaya perkara yg sama macam saya ni tak berulang…saya mengalami kerugian yang agak besar jumlahnya bagi saya.

Ini adalah salinan surat yang saya hantar ke Pegurus Pos Malaysia hari ini..


Kepada;

Pengurus
Pos Malaysia Wilayah Persekutuan Tingkat 1 Bangunan Ibu Pejabat Pos, Kompleks Dayabumi Jalan Tan Cheng Lock 50670 Kuala Lumpur

dan

Pengurus
Pos Malaysia Negeri Kelantan Pejabat Pos Besar Kota Bharu Jalan Sultan Ibrahim 15670 Kota Bharu,

Tuan,

MEMOHON GANTI RUGI BAGI KEHILANGAN BARANG SEMASA DALAM PROSES POS CD170516289MY.

Saya memohon pihak tuan untuk menyiasat berkenaan kehilangan barang dari parcel no CD170516289MY.

Saya, sebagai pengirim telah menghantar sendiri 50 pek Detox Foot Patch kepada pelanggan saya di Kota Bharu melalui Pejabat Pos Ampang Point pada 1hb Disember 2010. Malangnya barang yang sepatutnya sampai kepada pelanggan dalam masa 5 hari bekerja telah mengambil masa selama 10 hari bekerja. Pelanggan saya telah menerima barang tersebut pada 11hb Disember 2010.

Tapi apa yang sangat dikesali ialah, beliau menerima kotak barangan dalam keadaan terbuka dan hanya menerima 8 pek Detox Foot Patch sahaja dan bukan 50 pek seperti yang dihantar. Satu laporan telah dibuat pada 13hb Disember 2010 oleh pelanggan saya di Pejabat Pos Kota Bharu melalui pegawai En Said Rosli. Saya agak terkilan dengan pengurusan Pos Malaysia Bhd dan saya memohon pihak tuan untuk menyiasat perkara ini dan memohon untuk ganti rugi di atas kehilangan barangan tersebut.

Bagi saya jumlah kerugian yang dialami adalah amat besar kerana saya hanya menjalankan perniagaan kecil sahaja. Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan, saya akan membuat satu laporan polis berkenaan kehilangan ini

Bersama ini dilampirkan inbois bagi barangan tersebut dan laporan jejak & kesan da ri website Pos Malaysia Bhd.

Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi saya di talian ……………. atau pelanggan saya………….. talian………………………..

Sekian. Ribuan Terima Kasih di ata s segala kerjasama dari pihak tuan.

Yang benar,
NURUL





sumber-email (yong copy paste sebijik takda ubah langsung tau!)



Nota Alinac-yang ni yong baru tau..yang terjadi kat yong? korang da tau kan? nyampah oke..hahaha

Selasa, 26 Oktober 2010

:: cerita hari ini.. yong x puas hati ::

lalala..hari ni banyak lega..kurang stress ye tuan-tuan dan puan-puan semua.best hari ni..
sebelum tengahari tadi yong keluar untuk selesaikan kerja-kerja luar.yong ada masalah dengan device HSBC bank yong tu..so kalo bende tu rosak maka yong tak dapat la nak transfer duit guna online..masalah da lama berlaku.tapi hari ini baru dapat selesaikan..

masuk bank hari ni tak ramai orang pon.so terkial-kial la tunggu sesekor sesorang..da dapat turn yong..yong kena la p jumpa customer servie..seorang perempuan pangkat kakak la :) sementara tunggu dia buat keja untuk selesaikan masalah yong tu.sempat la dia interview yong..hehe..dia tanya yong keja apa..yong cakap dulu keja spa..now keje kat umah jerk..akak tu pelik..dia tanya lagi..keje kat umah keje apa? yong cakap saya buat bisnes online ja..

jeng..jeng..jeng..jangan tanya lagi kak.kalo akak tanya mesti akak nak punya..hahah.(cakap dalam hati je ni) 

dan akhirnya yong pon terangkan apa kerja yang yong buat..maka last tu,dia nak contact nombor yong..haha..tu la..aku da kata jangan tanya..:p 

yong pantang orang tanya..mula la promote habis2an yer..suka btol yong..akak tu tanya produk apa yang yong pakai untuk muka..lalala..malas nak cakap lebih-lebih..yong suh dia tengok blog je x pon usha FB..banyak produk ada..kalo nak..just call nanti yong akan p hantar :)

hari ni kebetulan yong mekap simple ja..no eyeliner cat eyes..no maskara..no red lipstick..just simple..
tu pon orang cakap lawa..kahkahkah.xpe kak..kalo akak tipu pon yong percaya..sekurang-kurangnya hilang sket stress ni haa..

then da kuar bank..pegi bayar bil air.pastu g bank Islam pulak..pastu yong p DIGI center untuk tanya pasal Berry yong yang rosak tu..dorg ckp suh yong p penang pulak nanti.kalo dorg xdpt nak repair Berry yong..yong akan dapat yang baru..hahha..suka dengar..hope akan dapat yang baru..i need new Berry..punya lama tunggu..x sabar oke..macam nak pg esok je Penang..rindu Berry yong..rindu sangat!!!!

oke sudah bab happy..hari ni disebabkan yong promote product body bleaching pagi tadi..maka sambutan agak menggalakan..tetiba ramai inbox nak order..huhu.alhamdulillah..

dah banyak order..maka kena la p poslaju lagi kan.sebab nak pos barang..macam biasa..yong x nak masuk poslaju tu..yong suh adik sepupu yong..tapi! tetiba..akak lain yang jaga kaunter tu..dia bole pulak suh adik sepupu yong panggil yong masuk dalam.sbb dia nak tanya apa benda yang yong nak pos!

pergh! geram nyaaaa... dah la tak nak masuk.tetiba kena masuk.maka nampak la SI MAMAT KAUNTER tu..ecece.macam biasa..buat-buat tak kenal sudah..kahkahkah~

jangan malam kang dia msg ai lagi sudah..i xsuka tau.mencik!


oke la..penat da taip..esok nak promote apa lagi ek? tunggu :)


Rabu, 20 Oktober 2010

:: alahai Poslaju..tak habis lagi ka?? ::

hehe..lama x cerita tentang poslaju kan? lama ke ek...ala takpe la lama ke baru ke..yang penting meh baca cerita panas-panas lagi ni.cerita ni berlaku petang tadi..

hari ni yong keluar pergi pos barang customer pada pkol 4.30++ petang tadi..yela..sekarang kan musim panas.tambah penyakit migrain yong ni sekejap datang..sekejap hilang..maka da petang sket baru la kuar yer.redup sket

da pkol 4 lebey. ofcos la pejabat pos biasa da tutup kan..yang tinggal pejabat pos laju yang SATU tu.. nak mudah kena p situ jela..yela da memang khas untuk pos laju..lagipon yong nak mintak borang pos banyak-banyak sket sebab stock borang yong da nak habis..bila p pejabat pos biasa..yong mintak borang dorang bagi satu jerk..kedekut! huh

tapi masalah dia sekarang..macam biasa la kan..yong takkan masuk pejabat pos tu..sebab kes aritu tu la..hehe.. geli oi nk tengok muka mamat tu..

masa abg halim mai sini ari tu..yong ada mintak tolong abg halim tolong p masuk pos barang order tu..abg halim cakap.mamat tu dok tengok-tengok tingkap..cis! kan da kata..depan abg halim dia buat gitu..see..yong tak tipu kan..selama ni dok cerita kat abg halim je..sekarang bia tengok sendiri mamat tu..hehe

adoyai! hari ni punya kes pula..yong mintak adik sepupu yong yang darjah 5..punya la penakut yong ni kan..sampai mintak tlg adik sepupu sekolah rendah gitu! wakaka! pengecut!!!!

da selesai semua adik sepupu yong btau.."yong, abg tu kem salam"..dia tanya "ain mana?"..
damn!

kan da kata..mesti je ada berita nak disampaikan..apa kena mamat tu ek? GELI ah!!


yong fobia nak p pej pos sekarang..xpe..setiap masalah ada penyelesaian kan.harap tak lama lagi..amin!




Nota Alinac-tangan besar dari muka kan?

Ahad, 3 Oktober 2010

:: poslaju oh poslaju...yang mana satu esok ya?? ::

dengar lagu ringtone..menandakan ada mesej masuk ke henpon pinjam.. ada no yang tidak dikenali...
actually..henpon yong kan rosak..so da henpon pinjam..maka xde la kuar no sapa-sapa kan.sebab no simpan dalam henpon yang rosak tuh!

mesej berbunyi "Hi, dh tido?"..

yong balas "blom, ni sapa?"

jawapan balas "###### poslaju.Sori ganggu.. "" (nama dirahsiakn)...apa yang korang fikir??

apa kena orang pos laju msg aku malam-malam buta mcm ni?? ada hal dengan barang pos yang aku hantar ke?? (yela..dorang da cam muka yong sbb yong hari-hari p pos laju...)

oh, TIDAK! sebenarnya orang tu msg saje-saje je..bole plak mcm tu kan? MOOD trus hilang..
esok patotnya nak kena p pos barang kat POSLAJU..dengan adanya msg dari "orang kaunter" tuh..trus cancel nak p pos opis yang satu tu..mujur kat SP ada banyak pejabat pos..leh pilih nak p yang mana..

yong rasa..orang-orang yang sedemikian x perlu la nak mesej-mesej customer kalo takda hal penting...kalo takat nak mesej ckp nak berkenalan..huh! mmg takda etika la..huhu

yong xleh terima orang yang macam tu..dah la amik no yong dari borang pos yang yong anta tu..then msg ckp nak berkenalan..patot bila p pej pos tu..dorg tgk yong len mcm..dok usik2 bagai! shit! BENCI9!!!!!

da msg sudah la..orang tak reply dia msg lagi..adoi..cemana ek orang ni..nyampah da ni..penah skali dia ajak yong kua p minum! wah sungguh berani..nak je yong cakap "I x sudi la..kalo u benti keje kat situ lagi bagus..senang hati i nk p pos barang hari-hari.."


sejak dia msg yong ari tu..yong da jarang sangat p pej pos tu..yong p pej pos yang lain je..xleh nak pandang muka dia..nyampah oi! penah kdg2 terpaksa juga p pej pos tu..dah la kena p kaunter mamat tu..isk..sabar je la..panas je rasa..dia lak tunduk je bawah..asal x duduk je bawah kaunter tu ek..xpyah nk pandang muka ko! hahhaha





Nota Alinac- terpaksa p pej pos lain esok.. nyusahkan aku jah!

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...