Rabu, 15 Disember 2010

:: Hati-hati..Ada pencuri dalam Pos Malaysia Bhd ::

Assalamualaikum,

Diharap semua warga Pak Belang, berhati-hati dgn perkhidmatan Pos Malaysia Bhd . Ini adalah melalui pengalaman saya sendiri yang kerap berurusan dgn Pos Malaysia utk menjalankan bisness saya. Sentiasa check dan kesan bungkusan dan surat-surat anda supaya perkara yg sama macam saya ni tak berulang…saya mengalami kerugian yang agak besar jumlahnya bagi saya.

Ini adalah salinan surat yang saya hantar ke Pegurus Pos Malaysia hari ini..


Kepada;

Pengurus
Pos Malaysia Wilayah Persekutuan Tingkat 1 Bangunan Ibu Pejabat Pos, Kompleks Dayabumi Jalan Tan Cheng Lock 50670 Kuala Lumpur

dan

Pengurus
Pos Malaysia Negeri Kelantan Pejabat Pos Besar Kota Bharu Jalan Sultan Ibrahim 15670 Kota Bharu,

Tuan,

MEMOHON GANTI RUGI BAGI KEHILANGAN BARANG SEMASA DALAM PROSES POS CD170516289MY.

Saya memohon pihak tuan untuk menyiasat berkenaan kehilangan barang dari parcel no CD170516289MY.

Saya, sebagai pengirim telah menghantar sendiri 50 pek Detox Foot Patch kepada pelanggan saya di Kota Bharu melalui Pejabat Pos Ampang Point pada 1hb Disember 2010. Malangnya barang yang sepatutnya sampai kepada pelanggan dalam masa 5 hari bekerja telah mengambil masa selama 10 hari bekerja. Pelanggan saya telah menerima barang tersebut pada 11hb Disember 2010.

Tapi apa yang sangat dikesali ialah, beliau menerima kotak barangan dalam keadaan terbuka dan hanya menerima 8 pek Detox Foot Patch sahaja dan bukan 50 pek seperti yang dihantar. Satu laporan telah dibuat pada 13hb Disember 2010 oleh pelanggan saya di Pejabat Pos Kota Bharu melalui pegawai En Said Rosli. Saya agak terkilan dengan pengurusan Pos Malaysia Bhd dan saya memohon pihak tuan untuk menyiasat perkara ini dan memohon untuk ganti rugi di atas kehilangan barangan tersebut.

Bagi saya jumlah kerugian yang dialami adalah amat besar kerana saya hanya menjalankan perniagaan kecil sahaja. Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan, saya akan membuat satu laporan polis berkenaan kehilangan ini

Bersama ini dilampirkan inbois bagi barangan tersebut dan laporan jejak & kesan da ri website Pos Malaysia Bhd.

Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi saya di talian ……………. atau pelanggan saya………….. talian………………………..

Sekian. Ribuan Terima Kasih di ata s segala kerjasama dari pihak tuan.

Yang benar,
NURUL





sumber-email (yong copy paste sebijik takda ubah langsung tau!)



Nota Alinac-yang ni yong baru tau..yang terjadi kat yong? korang da tau kan? nyampah oke..hahaha

5 ulasan:

wa kaljis berkata...

Ini mmg realiti.. tak semua posto ni salah, tp ada segelintir yang jenis x brtanggungjawab.. Kalau tak setel juagak cara terbaik ialah buat aduan pada Tribunal Pengguna, KPDNKK yang berdekatan... Hak pengguna, kuasa pengguna di tangan kita :)

CT berkata...

Wah! Bahaya ni...skrg kat mana2 mcm tak selamat...

[-suziey-] berkata...

salam ziarah tuan umah..tumpang lalu yek dan tumpang komen sekaki dua....

adkh ni urself experience or just to spread the new based on received email? if it was an email that u've received, dah dikaji ke belum kesahihan email tersebut? telah disiasat secara mendalam ke kes ni? klu yg empunya diri yg mengalami ok la utk bg ingatan pada sume..tp klu based on email..elokla kita kaji dulu dari sume sudut agar xde pihak yg diaibkan oleh kecuaian insan yg xbertanggungjawab..
sy mmg keje kat pos malaysia..so bila baca statement yg agk kurang berbudi bahasa mcm ni terasa jgk la kesannya..xsepatutnya kesalahan/ketidakjujuran yg dilakukan oleh seseorang dlkm entiti tersebut dihebahkan seolah2 seluruh entiti tersebut jg sprti yg dimaksudkan..
sekiranya kes ini tlh dpt diselesaikan dgn cara baik, org yg mengalami tersebut tlh dpt gantirugi atau apa shja tindakan susulan yg dilakukan..u hv the responsibilty to spread it as well..so that org xkan baca yg buruk shja..baru adil gitu..xslh menyebarkan sesuatu yg benar tp make sure ianya tdk menyentuh sensitivit dan secara terang2an mengaibkan sesetengah pihak..

wallahua'lam.. peace no war..it just my 2 cents..tiada niat utk mencari musuh apatah lagi bertelagah sesama muslim..tambahan di hari yg mulia ini... :)

ardinihumaira berkata...

dni kalau pos laju dengan pos ekspress belum ada masalah setakat ni. tapi kalau pos biasa, ada juga yang inform lepas 3 minggu tak sampai2...

azureEn berkata...

bagos entri nie. mengingatkan semua orang untuk lebih berhati2.. =)

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...