Salam..pagi ni yong bangun tidur terus dapat tahu sesuatu yang amat yong tak suka..terus takda mood..down btol..rasa betul-betul dikhianati..
tak tau lah lepas ni macam mana..yong harap semua oke..benci dengan PENIPU!
nota Alinac- lemah!
Memaparkan catatan dengan label penipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penipu. Papar semua catatan
Sabtu, 8 Januari 2011
Rabu, 15 Disember 2010
:: Hati-hati..Ada pencuri dalam Pos Malaysia Bhd ::
Assalamualaikum,
Diharap semua warga Pak Belang, berhati-hati dgn perkhidmatan Pos Malaysia Bhd . Ini adalah melalui pengalaman saya sendiri yang kerap berurusan dgn Pos Malaysia utk menjalankan bisness saya. Sentiasa check dan kesan bungkusan dan surat-surat anda supaya perkara yg sama macam saya ni tak berulang…saya mengalami kerugian yang agak besar jumlahnya bagi saya.
Ini adalah salinan surat yang saya hantar ke Pegurus Pos Malaysia hari ini..
Kepada;
Pengurus
Pos Malaysia Wilayah Persekutuan Tingkat 1 Bangunan Ibu Pejabat Pos, Kompleks Dayabumi Jalan Tan Cheng Lock 50670 Kuala Lumpur
dan
Pengurus
Pos Malaysia Negeri Kelantan Pejabat Pos Besar Kota Bharu Jalan Sultan Ibrahim 15670 Kota Bharu,
Tuan,
MEMOHON GANTI RUGI BAGI KEHILANGAN BARANG SEMASA DALAM PROSES POS CD170516289MY.
Saya memohon pihak tuan untuk menyiasat berkenaan kehilangan barang dari parcel no CD170516289MY.
Saya, sebagai pengirim telah menghantar sendiri 50 pek Detox Foot Patch kepada pelanggan saya di Kota Bharu melalui Pejabat Pos Ampang Point pada 1hb Disember 2010. Malangnya barang yang sepatutnya sampai kepada pelanggan dalam masa 5 hari bekerja telah mengambil masa selama 10 hari bekerja. Pelanggan saya telah menerima barang tersebut pada 11hb Disember 2010.
Tapi apa yang sangat dikesali ialah, beliau menerima kotak barangan dalam keadaan terbuka dan hanya menerima 8 pek Detox Foot Patch sahaja dan bukan 50 pek seperti yang dihantar. Satu laporan telah dibuat pada 13hb Disember 2010 oleh pelanggan saya di Pejabat Pos Kota Bharu melalui pegawai En Said Rosli. Saya agak terkilan dengan pengurusan Pos Malaysia Bhd dan saya memohon pihak tuan untuk menyiasat perkara ini dan memohon untuk ganti rugi di atas kehilangan barangan tersebut.
Bagi saya jumlah kerugian yang dialami adalah amat besar kerana saya hanya menjalankan perniagaan kecil sahaja. Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan, saya akan membuat satu laporan polis berkenaan kehilangan ini
Bersama ini dilampirkan inbois bagi barangan tersebut dan laporan jejak & kesan da ri website Pos Malaysia Bhd.
Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi saya di talian ……………. atau pelanggan saya………….. talian………………………..
Sekian. Ribuan Terima Kasih di ata s segala kerjasama dari pihak tuan.
Yang benar,
NURUL
sumber-email (yong copy paste sebijik takda ubah langsung tau!)
Nota Alinac-yang ni yong baru tau..yang terjadi kat yong? korang da tau kan? nyampah oke..hahaha
Khamis, 2 Disember 2010
:: Jadilah diri sendiri ::
Hi semua.saat ni yong rasa macam down la sket..ada beberapa perkara yang membuatkan yong ter'sentap' tadi T__T..
tah kenapa.tadi tetiba nak sentap-sentap pulak yong ni..perkara pertama menyebabkan yong down ialah kerana abg halim tak jadi datang malam ni..dari minggu lepas cakap nak datang..bole pulak minggu ni dia cakap tak leh datang lagi..uhuk2..GERAM tau! dia kata tiket takda..maybe minggu depan kot dia datang..erm..tu pon kalo yong tak ke THAILAND..kalo yong keluar..buat apa nak datang kan? takkan nak datang jumpa tok jerk.sadis! nak merajuk la macam ni... :p
kedua..yong sentap sebab tadi kena tegur ngan somebody..oke teguran berguna..no words come out..*bisu jap yong.. terus hilang selera makan semua lah..
tamat kisah down..kita mula kisah pendek tentang pengalaman yong sebagai pengguna internet sejak sekolah lagi..eceh bajet mcm bagus je nak btau orang yong da guna internet ni da lama ek..orang lain lagi lama kan? xpe la sapa lama pon..x kisah :p
so..nak cerita la kat sini...yang yong sebelum ni memang gila chatting..dari form 3 da pandai main chat..chat ngan kawan yang tidak kenali pulak tu..so dalam banyak-banyak kenalan..ada la sorang Hamba Allah ni..agak rapat la dengan yong..kalo ada apa-apa masalah ke bole je nak share dgn dia..dia pon sama :)
tapi..dia ada mengaku yang dia ni kaya la apa la kan..ada keta itu, ada kedai ni..macam-macam lah..dan yong..macam biasa je la..berkawan mestilah jujur..takda pasal la aku nak tambah dosa nak menipu bagai..
pas lama kawan..baru la dapat tahu..yang kenalan ni rupanya biasa-biasa je..apa yang dia beritahu sebelum ni tak wujud pon..kehidupan biasa-biasa je..emm..terus tak terkata pape la yong pon kan..nak kata apa lagi..kawan je la macam biasa.tapi sentap jugak lah bila dapat tahu pengakuan sebenar beliau..terasa la hati ni.terus blurr..apa yang betul dia beliau~aiyakkk!
kalo korang? apa korang rasa? korang teruskan tak persahabatan yang dah lama terjalin tu?
Nota Alinac-berkawan biar jujur..tak perlu menipu..kalo tak kaya pon yong masih bole kawan dengan korang..kalo kaya je tak kawan x kisah la :) kita sama jerk~
Labels:
diri sendiri,
friends,
kawan baik,
kawan lama,
penipu
Langgan:
Catatan (Atom)