Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2011

:: Kelebihan dan Kekurangan Kad Kredit! ::

Salam sejahtera,

Sejak kerajaan meluluskan cukai perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50 setahun, ramai yang berhasrat
untuk membatalkan kad kredit..

Mungkin boleh mempertimbangkan semula sama ada kad kredit yang anda miliki masih diperlukan ataupun tidak..


KELEBIHAN


1. Boleh digunakan pada waktu kecemasan dan dalam keadaan terdesak yang memerlukan wang segera.

2. Tak perlu bawa tunai yang banyak.

3. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan memberikan bonus, ganjaran, insentif, diskaun barangan dan
sebagainya kepada pelanggan.

4. Melakukan pembelian secara online dengan mudah.


KEKURANGAN


1. Ramai yang GAGAL mengurus kad kredit sehingga diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

2. Jika kad kredit dicuri, anda terpaksa menanggung hutang kad kredit yang telah dibelanjakan oleh
pencuri tersebut!

3. Anda terpaksa berbelanja besar untuk mengumpul mata ganjaran. Jadi, jangan sesekali terpengaruh!

4. Cenderung untuk berbelanja melebihi bajet.

5. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkan sahaja.

6. Kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun!

7. Terdapat yuran dan caj tambahan jika anda membayar lewat baki kad kredit anda.

8. Anda mengambil masa yang lama untuk mambayar hutang kad kredit jika hanya membayar jumlah
minimum pada setiap bulan.


TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT


1. Baca terma dan syarat sebelum bercadang untuk mengambil perkhidmatan kad kredit.

2. Gunakan satu kad kredit sahaja.

3. Langsaikan hutang kad kredit anda secepat mungkin dan jangan bertangguh!

4. Tetapkan had kredit perbelanjaan anda berdasarkan pendapatan yang anda perolehi.


Semoga tips kali ini dapat membantu anda. Ingat, kad kredit hanyalah instrumen kewangan yang
disediakan oleh pihak bank. Terpulang pada anda untuk menilai sama ada perlu atau tidak memiliki
kad kredit.


sumber-email

Jumaat, 11 Mac 2011

:: TIPS | Nak Beli Kereta? Dengar Dulu Nasihat Ni.. ::

Salam sejahtera,

Ok.. topik kali ini lebih kepada nasihat saya kepada anda jika mahu membeli kereta.. jika anda sudah pun memiliki kereta, digalakkan baca entry ini sebagai satu ilmu baru yang ingin saya kongsikan.

tentu anda pernah dengar kes-kes kereta kena tarik akibat tidak membayar hutang pinjaman kenderaan bukan?

Perkara ini berlaku kerana mereka tersilap menganalisa kemampuan dan komitmen untuk bayaran dan perbelanjaan bulanan terhadap kereta tersebut.

Baiklah 

Sebelum anda membeli kereta, anda perlu pertimbangkan 4 perkara iaitu :

1. Kos Minyak/Petrol
Anda perlu kaji dan membuat sedikit analisa berapa kos yang anda terpaksa keluarkan untuk pembelian petrol pada setiap bulan. Kos ini bergantung kepada sekerap mana anda akan menggunakan kereta tersebut.

2. Kos Tol
Jika anda menggunakan laluan bertol, kira kos tol tersebut. Kebiasaannya kos tol bergantung sekerap mana anda melalui laluan lebuhraya bertol. Kos tol meningkat jika anda menggunakan kereta untuk pergi balik kerja.

3. Kos Servis
Kereta perlu diservis apabila sampai masanya. Lagi jauh perjalanan anda, maka lagi keraplah anda perlu servis kenderaan anda. Purata servis kereta adalah sekitar 2-3 bulan sekali.

4. Kos Insuran
Insurans kereta perlu dibayar setiap tahun. Biasanya kos Insurans ini agak mahal sehingga beribu ringgit bergantung kepada hayat kereta tersebut. Jika baru, ianya semakin mahal.



NASIHAT SAYA......

Jadi, nasihat saya ialah.. jika anda bercadang untuk membeli sebuah kereta idaman, sebaik-baiknya belilah kereta yang bayaran bulanannya kurang daripada berapa yang anda mampu bayar.

Gunakan prinsip 60/40

Contohnya..

Katakan anda mempunyai lebihan tunai sebanyak RM850 sebulan dan dengan wang sebanyak itu, anda mampu untuk membayar instalment sebuah kereta Proton Exora 1.6 CPS AT (H-Line).

Akan tetapi.. RM850 itu tidak termasuk kos tambahan yang perlu anda tanggung seperti minyak/petrol, tol,
servis dan insurans.

Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, anda perlu gunakan prinsip 60/40 iaitu :

60% = Amaun yang anda mampu dan selesa untuk menangung bayaran bulanan.

40% = Amaun yang anda perlu tanggung untuk kos tambahan iaitu 4 perkara yang telah saya nyatakan
diatas.

Contohnya...

60% daripada RM850 ialah RM510
40% daripada RM850 ialah RM340

Berdasarkan prinsip di atas, dengan jumlah sebanyak RM510 anda mampu untuk membayar instalment bulanan
sebuah kereta Proton Persona 1.6 IAFM MT (B-Line).

Manakala RM340 pula adalah untuk kos tambahan yang mungkin anda akan belanjakan pada setiap bulan.

- Minyak RM150 sebulan
- Tol RM60 sebulan
- Peruntukan untuk servis RM50 sebulan
- Peruntukan untuk insurans RM80 sebulan

Semoga tips kali ini akan dapat membantu anda merancang dan mengurus kewangan dengan lebih baik!

Sekian,
Wassalam.







info-email

Rabu, 23 Februari 2011

:: 8 Langkah Bentuk Kewangan Stabil! ::

Tidak ramai yang mampu mengurus dan merancang kewangan dengan baik kerana kurang bijak menguruskan
sumber pendapatan yang diperolehi.


Akibatnya.. hujung bulan merana diri.. itu tak cukup,ini tak cukup..bil tertunggak sehingga 'tension' dibuatnya.. betul tak?


Jadi, tip kali ini menjurus kepada kaedah bagaimana membentuk kewangan yang stabil dalam ekonomi rumah
tangga khususnya!


1# Gunakan Konsep 1/3
Sebaik sahaja anda memperolehi gaji, bahagikan wang gaji anda kepada 3 bahagian. 1/3 diperuntukan untuk
membayar hutang, 1/3 diperuntukan pula untuk simpanan dan 1/3 lagi khas untuk perbelanjaan bulanan.


2# Bayar Awal Bulan
Setiap kali dapat gaji, terus bayar bil dan hutang. Jangan amalkan sikap bertangguh kerana anda mungkin
terguna wang tersebut untuk tujuan berbelanja.


3# Buka Akaun Berasingan
1/3 wang gaji anda disimpan dalam akaun yang berasingan. Jika anda berasa 1/3 itu terlalu banyak,
simpan 10% daripada pendapatan anda sebulan atau jika masih tidak mampu, Rm100 sebulan pun boleh!
Janji simpan!


4# Buat Pelaburan
Selain menyimpan, anda boleh menyimpan di dalam akaun pelaburan seperti di Unit Trust, ASB dan
sebagainya. walaupun begitu, pastikan anda mengkaji setiap pelaburan terlebih dahulu sebelum melabur di dalamnya. INGAT! Pilih pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan!


5# Jangan Tambah Hutang
Jika anda inginkan sesuatu barangan dan barangan tersebut adalah MAHAL, jangan sesekali membelinya
secara hutang kerana kadar faedahnya sekitar 10% setahun! Adalah lebih baik anda mengumpul sedikit
wang setiap bulan sehingga cukup jumlahnya sebelum anda membeli barangan tersebut.


6# Kad Kredit Bukan Kawan Anda!
Jangan gunakan kad kredit untuk tujuan 'shopping sakan!' Kad kredit hanyalah instrumen memudahkan anda
membeli belah tanpa membawa wang tunai. Cara terbaik menggunakan kad kredit ialah bayar kesemua jumlah pada keesokkan harinya setelah anda berbelanja pada hari ini. Atau, 'bayar habis' bila dapat bil!


7# Insurans
Belilah premium insurans untuk menjamin kehidupan anda sekeluarga. Nilai insurans anda sekurang-kurangnya mestilah sama nilai dengan jumlah liabiliti yang keluarga anda tanggung agar apabila anda TIADA kelak, liabiliti anda ditanggung sepenuhnya olah insurans.


8# Beli Aset Tetap
Beli rumah jika anda mampu dan tiba masanya. Jika sebulan anda menyewa RM500, dengan jumlah sebanyak itu, anda mampu untuk membayar ansuran rumah apartmen yang berharga RM60,000! INGAT.. rumah meningkat nilainya pada setiap tahun!


Diharapkan dengan 8 tip yang saya berikan ini akan memberikan anda satu idea baru dalam merancang dan
menguruskan kewangan dengan lebih baik!


Sekian,
Wassalam.










sumber-email








nota Alinac-da baca entri tips kewangan sebelum ini??.jika belum klik SINI.. rugi jika tidak baca!

Rabu, 19 Januari 2011

:: Punca Utama Kemerosotan Kewangan! ::

Salam sejahtera,


Ramai yang tidak sedar mereka mengalami kegagalan dalam mengurus kewangan masing-masing.


Puncanya adalah dari kelemahan diri sendiri. Kelemahan tersebut saya senaraikan untuk rujukan
rakan-rakan sekalian.. manalah tahu kalau-kalau ada kaitannya dengan anda..


1. Suka berhutang dan kerap menggunakan kad kredit tanpa ada sebarang kawalan.


2. Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam.
Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya!


3. Masih ramai yang bertangguh dalam merancang dan mengurus kewangan. Tiada usaha dan tiada
perancangan untuk menguruskan kewangan.


4. Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apa cara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu
menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan TANPA GAGAL.


5. Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan
agar anda boleh merancang dan bertindak dari sekarang.


6. Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli pada masa hadapan. Jika Rm10,000 hari ini boleh
membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang
sama sahaja!


7. Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.


Bagaimana? Di antara 7 senarai diatas, adakah salah satu darinya berlaku keatas diri anda?


Renung-renungkanlah...


Sekian,
Wassalam.




sumber-email

Selasa, 18 Januari 2011

:: Dah Buka Tabung Simpanan Untuk Anak? ::

Siri Kewangan pada hari ini agak menarik sedikit kerana saya akan membawa anda berfikir tentang masa depan kewangan anak anda.

Ada beberapa soalan yang perlu anda jawab sebelum saya meneruskan siri kewangan ini..


1. Sudahkah anda membukan akaun simpanan untuk anak anda?

2. Adakah wang simpanan tersebut di simpan di tempat yang betul?

3. Apakah matlamat kewangan simpanan anak anda tersebut? Pendidikan atau kesenangan?

4. Adakah anda membuat potongan gaji setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun anak anda?


Apa pun jawapannya, teruskan membaca dan mungkin anda akan menemui penyelesaian yang terbaik untuk simpanan kewangan masa depan anak anda.


1# Di mana tempat yang baik, sesuai dan memberikan keuntungan dalam jangka masa yang panjang?

Anda boleh pilih antara TIGA :
a) Tabung Haji - 5% setahun
b) ASD (Amanah Saham Didik) - 6%-7% setahun
c) Emas - secara puratanya 20% setahun!

atau.. anda boleh pelbagaikan dengan menyimpan di dalam ketiga-tiga jenis diatas.

Saya tidak mencadangkan Unit Trust kerana nilainya sentiasa turun naik. Adakala untung, adakala rugi.
Berbeza dengan 3 jenis diatas, nilai pokoknya dijamin tidak akan turun! Apapun, ia masih
terpulang kepada anda.

2# Berapa yang anda perlu tabungkan setiap bulan di dalam akaun anak anda?

Secara mudahnya, tabungkan sebanyak mana yang anda mampu untuk anak anda. Jika tidak, saya syorkan
RM20 sebulan iaitu RM10 dari suami dan RM10 dari isteri (minimum).

RM20 sebulan = RM240 setahun.
Dengan pulangan sebanyak 6% setahun selama 17 tahun iaitu dari anak anda lahir sehingga tamat SPM,
jumlah tabungan akan menjadi RM6,771.09. Keuntungan yang diperolehi daripada simpanan ialah RM2,691.09.

Itu kalau RM20 sebulan, kalau RM50 sebulan?
Tabungan anak anda akan menjadi RM16,927.73 selepas 17 tahun!

Ini semua tidak termasuk duit raya yang diperolehi oleh anak anda setiap tahun. Katalah secara purata
duit raya yang anak anda perolehi ialah RM200 dalam setahun dan anda menabung RM50 setiap bulan.
Bermakna, anda menabung ke dalam akaun anak anda adalah sebanyak RM800 setahun. Berapa jumlah
tabungan anak anda selepas 17 tahun dengan kadar pulangan ialah 6% setahun?

Jumlahnya ialah RM22,570.30!

Dengan duit sebanyak itu, anda boleh merancang untuk anak anda..

- Yuran pengajian
- Kos hidup sepanjang anak anda berada di Universiti
- Wang untuk mula hidup secara berdikari

dan sebangainya.. AJAIB kan? Hanya RM50 jer sebulan!

Maka dengan sebab itulah, simpanlah dan tabunglah wang anak anda ke dalam akaun simpanan yang memberikan pulangan yang terbaik untuk masa depan anak anda.

Walaupun nilainya hanya RM10 sekalipun, ia akan menjadi BESAR dalam jangka masa yang panjang!

Sekian,
Wassalam.





klik sini untuk baca TIPS KEWANGAN yang lepas



sumber-email

:: Adakah Kewangan Anda Selamat dan Terjamin? ::

Salam sejahtera,
Hai semua


Sebelum saya berikan tip berkenaan tajuk entri pada hari ini, sila jawab soalan saya..


Adakah anda mempunyai satu pekerjaan sahaja atau hanya mempunyai satu sumber pendapatan sahaja?


Jawab dulu... tapi dalam hatilah yer.. :-)


Ramai yang merasakan dengan memiliki satu pekerjaan,hidup mereka terjamin dan selamat serta tiada
masalah kewangan..


Tetapi.. hakikatnya..


Terdapat 3 perkara penting yang akan memberikan 'keselesaan' yang berpanjangan dan InsyaAllah
anda tidak akan berdepan dengan masalah kewangan lagi selepas ini..




3 perkara penting tersebut ialah..


1# Mempunyai simpanan kecemasan yang cukup!


Simpanan kecemasan ini bertujuan untuk menjadi 'backup' sekiranya anda diberhentikan kerjakelak. Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan baru ketika ini. Jadi, simpanan kecemasan yang mesti anda miliki ialah sekurang-kurangnya ialah 3 bulan pendapatan dan sebaik-baiknya 6 bulan pendapatan bulanan anda.




2# Sumber pendapatan kedua.


Pendapatan kedua ini bukanlah semata-mata untuk menambahkan pendapatan anda atau untuk menjadi
kaya dengan lebih cepat sebaliknya ia merupakan'backup' juga apabila berlaku situasi seperti yang tidak dijangka.. contohnya..


- Dibuang kerja untuk mengurangkan kos syarikat
- Syarikat bangkrup
- Dipecat kerana salah laku dan masalah disiplin
- dan masalah-masalah lain


Ingat! Jangan terlalu bergantung kepada kerja makan gaji kerana kuasa bukan ditangan anda sebaliknya ditangan majikan!




3# Nilai insurans yang cukup!


Pepatah kata.. "sediakan payung sebelum hujan" amat sesuai untuk dikaitkan dengan insurans ini.
Jangan ragu-ragu untuk mengambil insurans kerana ianya merupakan pelindung kepada harta dan
kewangan anda.


Misalnya.. kereta anda hilang, rumah terbakar, anda sakit dan terpaksa mendapat rawatan pakar di hospital.. sekurang-kurangnya insurans dapat menampung sebahagian daripada malapetaka kewangan yang berlaku ke atas anda dan keluarga!


NOTA : Insurans bukan pelaburan tetapi ia merupakan alat untuk melindungi harta dan kewangan anda!


Diharapkan tip kali ini membuka mata anda bahawa tidak semestinya bekerja makan gaji boleh menjamin
keselamatan di dalam kewangan anda.


Sekian,
Wassalam.














nota Alinac-da baca tips kewangan yang lepas? klik sini jika belum  :)

Khamis, 26 Ogos 2010

:: Berapa Yang Anda Perlukan Untuk Mencapai Financial Freedom ::

Sebelum saya mengupas tajuk entri kita pada hari ini, saya ingin tekankan SATU PERKARA kepada anda.

"Anda tidak perlu menjadi kaya raya mahupun jutawan untuk mencapai kebebasan kewangan, sebaliknya kebijaksanaan anda dalam mengurus kewanganlah yang akan memberikan anda jalan kepada kebebasan kewangan!"


Jadi .. berapa banyak duit cash yang anda perlukan pada setiap bulan untuk mencapai kebebasan kewangan?

Ada dua (2) jawapan berdasarkan keadaan iaitu :

Situasi 1 : Perbelanjaan anda melebihi pendapatan.

Situasi 2 : Perbelanjaan anda kurang dari pendapatan.

Ok ... ini adalah saranan dan cadangan saya kepada jalan ke arah kebebasan kewangan dan saranan saya ini berpandukan kepada pakar pengurusan kewangan terkemuka iaitu Robert T.Kiyosaki.


Situasi #1 :
Jika perbelanjaan anda melebihi pendapatan, maka anda perlulah mempunyai PASIF INCOME setiap
bulan yang menyamai dengan jumlah perbelanjaan anda sebulan. Pendapatan PASIF tidak termasuk gaji.

Contohnya :
Gaji anda Rm2,000 sebulan
Perbelanjaan anda Rm3,000 sebulan
Pendapatan PASIF yang perlu anda cari ialah sebanyak
Rm3,000 sebulan.
Jumlah pendapatan anda sebulan kelak adalah
sebanyak Gaji + PASIF INCOME = RM5,000 sebulan!


Situasi #2 :
Jika pendapatan anda melebihi perbelanjaan, anda boleh memilih sama ada untuk memperolehi PASIF INCOME yang menyamai pendapatan sebulan atau perbelanjaan anda sebulan.

Contohnya :
Gaji anda Rm2,000 sebulan
Perbelanjaan anda Rm1,500 sebulan
Pendapatan PASIF yang perlu anda cari ialah sebanyak
Rm2,000 sebulan jika mahu menyamai pendapatan sebulan
atau Rm1,500 sebulan jika mahu menyamai perbelanjaan
sebulan. Jadi, jumlah pendapatan anda sebulan kelak
ialah Gaji + PASIF INCOME = Rm3,500 @ Rm4,000 sebulan!


Mungkin mempersoalkan kenapa dan sebab apa saya sarankan anda mesti mempunyai PASIF INCOME
yang sama dengan perbelanjaan anda sebulan..

Mudah jer jawapannya sebenarnya..

Apabila anda sudah mempunyai PASIF INCOME yang sama dengan perbelanjaan anda sebulan, maka secara automatik semua perbelanjaan anda ditanggung sepenuhnya oleh PASIF INCOME tersebut. Anda tidak perlu bimbang dan risau lagi jika ada perbelanjaan seperti hutang dan bil-bil yang tidak terbayar..

Duit gaji yang anda terima pula boleh dilaburkan ke dalam instrumen-instrumen pelaburan yang ada di Malaysia atau dijadikan sebagai modal perniagaan.

Nampak tak? jelas tak?

Disini sebenarnya anda sudah pun mencapai kebebasan kewangan. Tidak perlu bimbang lagi soal duit kerana
PASIF INCOME telah menyelamatkan hidup anda!

Jadi Alinac... mulai hari ini, tanamkan azam dan semangat untuk anda mula menjana PASIF INCOME yang
sekurang-kurangnya menyamai perbelanjaan anda sebulan.

p.s : Saya akan terangkan dengan lebih details pada entri yang akan datang apa maksud sebenar PASIF INCOME!

Sekian,
Wassalam.

Isnin, 23 Ogos 2010

:: Tip Mendidik Anak Ilmu Kewangan! ::

Salam sejahtera,

Anak-anak adalah permata hati setiap ibu bapa.Kadang-kadang, anda terpaksa melayan kerenah anak-anak
dengan menuruti kehendak mereka terutamannya apabila membeli barangan yang mereka inginkan.

Sekaligus menyebabkan bajet anda "lari" daripadaapa yang telah dirancangkan.

Mungkin tip ini boleh membantu anda mendidik anak-anak anda mengenai ilmu pengurusan kewangan.

1. Mulakan ketika usia muda. Kanak-kanak akan tahu bahawa wang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu barang yang diinginkan.

2. Jadi contoh kepada anak anda. Amalkan tabiat berbelanja dengan cara yang berhemah dan terapkan amalan ini kepada anak anda.

3. Cara terbaik mengajar anak anda berdikari dalam mengurus kewangan ialah dengan memberikan elaun bulanan kepada mereka. Jika mereka mahu mendapatkan sesuatu barangan, sarankan kepada mereka agar menyimpan sehingga cukup untuk membeli barang tersebut.

4. Ajarkan mereka supaya membuat belanjawan atau bajet. Lihat corak perbelanjaan mereka sama ada mereka berbelanja melebihi elaun yang diberikan atau mempunyai lebihan.

5. Tunjukkan kepada anak-anak anda jumlah bil yang perlu dibayar setiap bulan. Melalui cara ini, mereka akan sedar bahawa pendapatan yang diperolehi bukan semata-mata untuk 'enjoy' tetapi sebaliknya untuk keperluan isi rumah.

6. sewaktu membeli belah, ajar anak anda cara membandingkan harga dan kualiti barangan. Didiklah mereka mengenai jenis barangan keperluan dan barangan bukan keperluan. Selain itu,tunjukkan kepada mereka bahawa anda hanya membeli barang yang telah disenaraikan sahaja.

7. Buka akaun simpanan untuk mereka. Didik mereka untuk menyimpan di dalam tabung khas. Bawa anak
anda ke bank setiap kali anda mahu menyimpan wang tersebut ke dalam akaun simpanan mereka. Mereka tentu seronok melihat wang mereka bertambah!

Mungkin 7 tip di atas dianggap remeh. Tetapi percayalah bahawa melalui pendekatan ini, anak anda akan menjadi lebih arif mengenai pengurusan kewangan.

Cubalah...!

Sekian,
Wassalam.

Sabtu, 21 Ogos 2010

:: Di Mana Tahap Kewangan Anda? ::

Salam sejahtera,

ada satu soalan khas untuk anda. Bagaimana dan dimana tahap kewangan anda sekarang?

dan soalan yang seterusnya, pernahkah anda mengkaji status kedudukan kewangan anda?

Disini saya senaraikan 4 tahap kedudukan kewangan.boleh nilai sendiri dan cuba bandingkan dengan kedudukan kewangan anda.

1. Kewangan Yang Tidak Selamat
Anda tidak mempunyai simpanan, jika ada punm hanya cukup untuk menyara hidup anda selama sebulan
sahaja. Bertambah parah apabila anda tiba-tiba hilang pekerjaan. Hidup umpama kais pagi makan pagi
dan kais petang, makan petang. (yong le tuh)

2. Kewangan Yang Selamat
Anda mempunyai simpanan yang mampu menyara hidup anda dan keluarga selama 6 bulan walaupun tidak
bekerja. Tempoh 6 bulan ini merupakan jangka waktu yang sesuai untuk anda mencari pekerjaan baru atau membuka perniagaan.

3. Financial Freedom - Kebebasan Kewangan
Anda mempunyai aliran tunai pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda dan
keluarga. Pada ketika ini, anda bebas menentukan sama ada hendak bekerja ataupun tidak.

4. Tahap Selesa - Kaya
Mempunyai wang yang cukup banyak sehingga tidak tahu apa yang hendak dibelanjakan lagi. Pendek kata, belanjalah sebanyak mana pun, wang tetap tidak akan habis!

Di antara keempat-empat tahap kewangan yang saya nyatakan di atas, dimana tahap kewangan anda?

Jika masih di tahap 1, tanamkan azam dan cita-cita untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap 3 iaitu
"Financial Freedom".

Semoga berjaya...

Sekian,
Wassalam.

Ahad, 15 Ogos 2010

:: Sambungan 12 Cara Jimatkan Elektrik! ::

Salam sejahtera,

Susulan daripada entri yang lepas, entri kali ini akan menyambung 6 cara lagi dalam menjimatkan
penggunaan elektrik.

Berikut adalah sambungannya...

7. Cuci pakaian dengan muatan yang sesuai. Keringkan pakaian pada tahap sederhana sahaja sekiranya
cuaca panas terik.

8. Penggunaan warna cat dinding yang cerah akan memantulkan banyak cahaya dan ini boleh mengurangkan
penggunaan lampu pada waktu siang.

9. Tukar peralatan elektrik yang telah melebihi10 hingga 15 tahun. Beli barangan elektrik yang mesra alam dan jimat tenaga.

10. Televisyen dan komputer menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi, cabut palamnya daripada
soket untuk mengurangkan aliran keluar tenaga jika tidak menggunakan televisyen dan komputer.

11. Matikan semua bekalan elektrik sekiranya anda meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang panjang.

12. Pastikan sistem pendawaian di rumah anda selamat dan tidak membahayakan. Buat semakan secara berkala bagi mengelakkan berlakunya lintar pintas dan bebanan elektrik.

Saya yakin tentu korang boleh mengaplikasikan12 cara penjimatan elektrik, sekaligus mengurangkan
perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran.

Sekian,
Wassalam.

:: 12 Cara Jimatkan Elektrik! ::

Salam sejahtera,

Tidak dinafikan, penggunaan elektrik pada hari ini merupakan keperluan penting di dalam menguruskan
kehidupan seharian.

Namun, jika penggunaan elektrik terlampau berlebih-lebihan, ia sudah menjadi pembaziran tenaga dan
pembaziran wang kocek

Ikuti tip-tip penjimatan elektrik dibawah :

1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala dan tentukan saiz penghawa dingin sesuai dengan
keluasan ruang tersebut.

2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan. Banyakkan menanam pokok-pokok teduhan untuk
mengurangkan bahang kepanasan di dalam rumah.

3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan sehingga melebihi kapasiti yang ditetapkan. Jika
tidak, udara sejuk sukar untuk mengalir bebas dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan.

4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahaja dan elakkan dari menggunakan penghawa dingin.

5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan masa memasak. Atau dalam erti kata lain, masa memasak anda lebih cepat!

6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam keadaan tertentu sahaja. Lebih baik gunakan shower
kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam tab mandi.

Ok ..bersambung pada entri yang akan datang. Cukup 6 tip terlebuh dahulu kerana 6 tip lagi lebih meletup!



Sekian,
Wassalam.

Rabu, 11 Ogos 2010

:: Selamatkan Diri Dari Hutang! ::

Anda tidak mahu berhutang? Mungkin tips pada email kali ini akan dapat membantu

1. Jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak,jangan sesekali untuk membeli barangan secara
ansuran. Kadar faedah lebih tinggi dan pastinya anda terpaksa membayar lebih banyak berbanding
beli secara tunai.

2. Jangan suka-suka berhutang kepada perkara yang remeh. Kadang-kadang suka sangat berhutang dengan
kawan-kawan. Akibatnya, hutang semakin banyak dan tidak terbayar. Kawan lari.. musuh datang!

3. Jika ingin sesuatu barang, jadikan hutang sebagai pilihan terakhir. Jika terpaksa, pilih hutang yang kadar faedahnya lebih rendah dan fleksible.

4. Pertimbangkan semula bayaran bulanan sama ada anda mampu atau tidak membayar ansurannya. Jangan
sampai tergadai rumah, kereta dan harta benda apabila anda tidak mampu membayar hutang. Tangguhkan
pengambilan hutang jika perlu.

5. Jangan memiliki kad kredit sekiranya anda seorang yang boros dan kewangan anda kucar-kacir. Kad kredit tidak sesuai untuk anda!

6. Beli barangan secara tunai. Jangan beli secara serentak jika tidak mampu. Berbelanja ikut tahap
kemampuan tunai anda sahaja.

7. Jika anda mengimpikan sesuatu barang, cuba sediakan tabungan khas untuk tujuan tersebut. Apabila cukup wang satu hari nanti, barulah anda membeli barangan tersebut.


hutang bukan satu pilihan kerana paling tidak pun, anda pasti akan berhutang juga seperti rumah dan kereta yang merupakan hutang TERBESAR bagi rakyat Malaysia.

Pengajarannya disini, rancanglah kewangan anda dengan bijak dan sebaik-baiknya elakkan dari
berhutang tak tentu arah.

Isnin, 11 Januari 2010

:: Kenali ACTIVE INCOME dan PASIF INCOME ! ::

Salam sejahtera,

Susulan daripada entri yang lepas, pada hari ini saya akan jelaskan serba sedikit apa yang
dimaksudkan dengan ACTIVE INCOME dan PASIF INCOME.


Maksud ACTIVE INCOME :

Anda perlu bekerja untuk mendapatkan pendapatan. Kalau tidak bekerja maka tak dapatlah duit..

Contoh paling mudah ialah gaji yang anda terima setiap bulan. Macam mana kalau anda berhenti
kerja, masih dapat lagikah gaji anda pada bulan-bulan yang berikutnya?

Income dari Over Time pun adalah dikira ACTIVE INCOME sebab anda terpaksa berhempas pulas bekerja
tapi hasilnya tidaklah banyak mana. Kalau tak OT, tak adalah duit lebih..

Perniagaan... jika anda masih uruskan perniagaan secara berseorangan atau keluarga, ianya masih dikira ACTIVE INCOME kerana kalau anda tidak berniaga, tidak adalah pendapatan anda pada bulan
tersebut.

Contoh terdekat ialah perniagaan pasar malam, kedai runcit (kecil) dan sebagainya.


Maksud PASIF INCOME :

Anda tidak perlu bekerja, sebaliknya aset/duit anda bekerja untuk anda sampai bila-bila walaupun anda tidak bekerja langsung.

Contoh yang paling senang dan biasa ialah pendapatan daripada sewaan hartanah sama ada rumah, premis perniagaan ataupun tanah.

Bayangkan jika anda mempunyai 5 buah rumah sewa yang tiap satunya disewa pada kadar Rm500 sebulan.
Secara keseluruhan anda mendapat Rm2,500 sebulan!

Anda menerima PASIF INCOME setiap bulan tanpa henti, tanpa perlu keluar bekerja, tanpa bekerja berhempas pulas sebanyak Rm2,500!

Best kan?

Antara lain ialah pelaburan di dalam ASB, Tabung Haji, Unit Amanah dan lain-lain seumpama dengannya.

Tugas anda hanya letak (parking) duit dalam ASB dan menerima 10% tiap-tiap tahun. Duit anda buat duit untuk anda!

Dari sudut perniagaan pula, boleh jadi PASIF INCOME walaupun kadangkala tidak tetap tetapi perniagaan tersebut mestilah dijalankan secara automatik tanpa anda perlu meluangkan banyak masa untuk menguruskan perniagaan.

Contohnya seperti perniagaan internet..

Anda hanya buat sekali kerja sahaja iaitu membina laman web dan kemudian tugas promosi dilakukan oleh ejen-ejen affiliate anda. Jualann dilakukan secara automatik dan anda hanya cuma semak baki di bank sahaja! Mudah kan!

atau...

anda mempunyai perniagaan offline yang diuruskan sepenuhnya oleh pekerja anda. Anda hanya cuma duduk di rumah dan memantau sekali sekala.


Diharapkan dengan penerangan ini akan membuka mata anda yang mana satukah INCOME yang anda
perlukan untuk mencapai kebebasan kewangan.

Sekian,
Wassalam.



sumber-email

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...