Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2011

Mencari Face Mask yang sesuai denga wajah anda? Jom try Black Soymilk Mask! best tau :)

Kebelakangan ni..ramai yang bertanyakan yong tentang yong jaga wajah..produk apa yang yong guna..erm..susah tu nak jawab..kang yong cakap suh berwuduk 5 kali sehari  kang..korang cakap yong main-main pulak :0

so hari demi hari yong akan sentiasa share dengan korang pelbagai produk untuk kecantikan wajah dan body yer..hari tu yong ada share produk untuk untuk masalah mata lebam dan eye bag kan? so today yong nak share dengan korang produk mask pula..mask ni tak payah bancuh pon..instant mask je haa..bukak plastik dan lekat je ha kat muka tu..


Black Soymilk Ultra Hydration Face Pad Mask

Mask ni bagus untuk whitening..so elok sangat la kalo sesiapa ada masalah muka dan teringin nak wajah yang cerah dan berseri..



Rm6/each

Jika ada sesiapa berminat bole la isi form disini ya

Ceriakan wajah anda di bulan Ramadhan ini :)







Khamis, 23 Jun 2011

:: Kelebihan dan Kekurangan Kad Kredit! ::

Salam sejahtera,

Sejak kerajaan meluluskan cukai perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50 setahun, ramai yang berhasrat
untuk membatalkan kad kredit..

Mungkin boleh mempertimbangkan semula sama ada kad kredit yang anda miliki masih diperlukan ataupun tidak..


KELEBIHAN


1. Boleh digunakan pada waktu kecemasan dan dalam keadaan terdesak yang memerlukan wang segera.

2. Tak perlu bawa tunai yang banyak.

3. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan memberikan bonus, ganjaran, insentif, diskaun barangan dan
sebagainya kepada pelanggan.

4. Melakukan pembelian secara online dengan mudah.


KEKURANGAN


1. Ramai yang GAGAL mengurus kad kredit sehingga diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

2. Jika kad kredit dicuri, anda terpaksa menanggung hutang kad kredit yang telah dibelanjakan oleh
pencuri tersebut!

3. Anda terpaksa berbelanja besar untuk mengumpul mata ganjaran. Jadi, jangan sesekali terpengaruh!

4. Cenderung untuk berbelanja melebihi bajet.

5. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkan sahaja.

6. Kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun!

7. Terdapat yuran dan caj tambahan jika anda membayar lewat baki kad kredit anda.

8. Anda mengambil masa yang lama untuk mambayar hutang kad kredit jika hanya membayar jumlah
minimum pada setiap bulan.


TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT


1. Baca terma dan syarat sebelum bercadang untuk mengambil perkhidmatan kad kredit.

2. Gunakan satu kad kredit sahaja.

3. Langsaikan hutang kad kredit anda secepat mungkin dan jangan bertangguh!

4. Tetapkan had kredit perbelanjaan anda berdasarkan pendapatan yang anda perolehi.


Semoga tips kali ini dapat membantu anda. Ingat, kad kredit hanyalah instrumen kewangan yang
disediakan oleh pihak bank. Terpulang pada anda untuk menilai sama ada perlu atau tidak memiliki
kad kredit.


sumber-email

Rabu, 25 Mei 2011

:: Khasiat Daun Sireh ::

Berikut beberapa penyakit yang dapat memanfaatkan daun sirih sebagai bahan pengubatan:

- Batuk
15 lembar daun sirih, ditambah 3 gelas air, kemudian direbus sampai tinggal 3/4 nya.
Setelah sejuk, tambahkan madu.
Minum 3 kali sehari dan setiap minum sebanyak 3/4 gelas.

- Bronchitis
7 lembar daun sirih 
Tambahkan sepotong gula batu.
Rebus dengan 2 gelas air sampai menjadi 1 gelas air.
Minum sehari tiga kali sebanyak 1/3 gelas.

- Bau badan yang kurang sedap
5 lembar daun sirih segar yang direbus dengan 2 gelas air sampai air tersebut tersisa 1 gelas.
Minum di siang hari.

- Luka bakar
Daun sirih segar, peras airnya.
Tambahkan sedikit madu.
Bubuhkan di tempat luka bakar.

- Mimisan
Selembar daun sirih yang agak muda, lumatkan.
Lumatan daun sirih tersebut digunakan untuk penyumbat hidung yang berdarah.

- Bisul
Daun sirih secukupnya, giling halus dan tutupkan pada bisul dan sekeliling bisul kemudian balut.
Lakukan penggantian dua kali sehari.

- Sakit mata khususnya bila mata gatal dan merah
5-6 lembar daun sirih muda yang segar.
Rebus dengan 1 gelas air hingga mendidih.
Setelah dingin, mata dicuci dengan air rebusan tadi menggunakan gelas pencuci mata.
Lakukan 3 kali pencucian hingga sembuh.

- Koreng
20 lembar daun sirih yang tua.
Rebus dengan air secukupnya sampai mendidih.
Hangat-hangat digunakan untuk mencuci koreng atau gatal-gatal.

- Pendarahan gusi
4 lembar daun sirih rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih.
Setelah dingin pakai untuk berkumur.

- Sariawan
1-2 lembar daun sirih segar, dikunyah hingga lumat dan biarkan sebentar dalam mulut. Kemudian ampasnya buang.

- Bau mulut
2-4 lembar daun sirih seduh dengan air panas.
Dalam keadaan hangat, seduhan tersebut bisa dipakai untuk berkumur.

- Jerawat
7-10 lembar daun sirih yang segar, kemudian tumbuk hingga halus.
Tumbukan seduh dengan 2 gelas air panas.
Airnya digunakan untuk cuci muka.
Lakukan sehari 2-3 kali.

- Keputihan 
10 lembar daun sirih direbus dengan 2,5 liter air hingga mendidih.
Dalam keadaan hangat cuci vagina sesering mungkin.

Sumber: here

Jumaat, 15 April 2011

:: Menurunkan Darah Tinggi ::

ni entri re-post..saje la nak share skali lagi kan..kot-kot ada yang memerlukan :)
semua ni yong dapat dari email
  1. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
  2. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
  3. Makanlah biji buah Peria. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
  4. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh! hendaklah sama nisbahnya.
  5. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
  6. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
  7. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Jumaat, 18 Februari 2011

Petua Kecantikan Islam

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-

DOA TENGOK CERMIN


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

sumber-email

:: Masalah Bau Badan Busuk ::

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.
Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.

Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.

Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan
• Kerap mandi
• Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
•Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)


sumber-email

Isnin, 7 Februari 2011

:: PETUA MENGASIHI SUAMI ::


1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor, selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.

:: PETUA : Isteri-isteri sentiasa dara ::


PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan
rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.


sumber-email 





Nota Alinac-jom amalkan ya puan-puan~

Rabu, 2 Februari 2011

:: Masalah Dark cirle dan Eye Bag ::

5Masalah betul la bila eye bag (EB) dan lingkaran hitam bawah mata (DC) mula menyerang...


EB dan DC ni kalau dah start ada, susah betul la nak hilang kecuali kita rajin buat rawatan di salun dan juga rawatan sendiri di rumah


EB dan DC ni bukan sahaja menyebabkan muka kita nampak kusam dan tidak bermaya, malah kita nampak tua dari usia, ish bab tu ni memang tak leh blah arrr..sensitip! hehe biasa la perempuan kan..orang laki pulak katanya lagi tua lagi mahal, katanya lahhhhhhhh.. tapi ye ke??:p


Meh nak list tabiat harian kita yang kita tak sedar menyebabkan EB dan DC ni bermaharajalela






1.Tidur
dilema utama yg dialami oleh hot mummy ibu muda dan yang ada anak kecil..terpaksa berjaga malam dan tidur-tidur ayam saja. inilah yang dinamakan pengorbanan. .iaitu mengorbankan masa rehat yg paling utama dan insyaAllah mendapat balasan yang baik dariNya


tapi, kalau ada peluang, tidurlah dengan cukup sebab masa tidur ni kulit kita terutamanya bahagian muka repair itself. kandungan PH pada waktu malam juga berbeza menyebabkan krim anti penuaan sangat mudah diserap ke dalam kulit.


bila tidur tak cukup, lingkaran gelap bawah mata dan eye bag pun bercambah dengan sihatnya..


2.Tenung monitor 
hehe ni common 'mistake' yang terpaksa dihadapi oleh wanita2 bekerjaya nih..Jadi, rajin2 la tanam indoor plant dan buat senaman mata


selain menyebabkan masalah EB dan DC ni, ianya juga menyebabkan power mata ni bertambah2.. adeh..lagi tebal la spek mata cheq!

3.Gosok mata
haha..ni pun selalu 'terbuat' terutama bila mata dah gatal, masuk habuk dan pakai contact lense lebih masa..bila mata rasa kering mula la terkedip-kedip mata tu n jari jemari pun ralit la dok gosok pi mai pi mai


amalan gosok mata ni selalu jugak terjadi bila nak remove eye make up terutama sekali bila nak remove mascara.


bukan tak tau, tapi buat jugak..kulit area mata ni sgt la nipis..sapa penah dok cucuk collagen ke botox ke area mata ni mesti tau 'kesedapan' jab kat area mata compare area pipi dan lain2 tempat yang banyak isi. kawasan mata ni la yang nak berkedut dulu bila ada fine wrinkles..


jadi agak2 tangan nak naik ke mata tu cepat2 bayangkan muka dengan kedutan2 bagai..confirm tak jadi nak gosok




4.Minum air lebih pun tak elok jugak
Sebelum tidur atau sejam sebelum tidur elakkanlah dari minum air. Ni pun antara punca formation of EB dan DC.


5.Period
Perasan dak, masa period ni lagi la mudah EB berlaku. Ni common sebab perubahan hormon dalam badan berlaku.

6.Suka makanan masin
Salt tooth ni ialah ina! memang suka masin, especially kalau buat sayur campur..ni lah penyebab utama juga berlakunya EB. Jadi sejam sebelum tidur jangan dah makan jajan atau supper makanan yang masin2 yer..




Tips mudah untuk merawat sendiri EB dan DC:


1. Sejukkan sudu
Masukkan sudu dalam freezer for 15 minutes, then pejam mata..letak belakang sudu yang dah sejuk tu di kawasan mata. Buat selalu ye, insyaAllah DC tu makin faded dan EB makin kurang.


2.Urut kawasan mata
Guna jari manis, tap kawasan EB tu untuk loosen fluid under ur eyes.


3.Letak tea bag/timun
Seelokknya tea bag/timun yang sejuk di kawasan mata..elok letak time tidur. Kandungan dalam teh dan timun tu berfungsi untuk mengecilkan pores dan menegangkan kulit serta dapat mengecutkan EB.






sumber-email

Sabtu, 8 Januari 2011

:: tips rawatan kuku ::

sumber gambar tak tahu amik mana
wah..kali ni ada tips la geng...
rawatan kuku taw..
maw cuba??

klik je ni >>> RAWATAN KUKU

Sabtu, 11 Disember 2010

:: Petua Dapur Anda ::


Post melekat sekejap!


Ulam sering dijadikan sebagai menu sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam akan menjadi layu sekiranya terdedah terlalu lama.




Oleh itu, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.

Laksa lebih putih

BAHAN:
Asam keping
Semangkuk air

CARA-CARA:
1. Mula-mula, rendam dahulu laksa bersama asam keping di dalam air.
2. Biarkan semalaman.
3. Keesokan harinya, bolehlah anda rebuskan laksa tersebut seperti biasa.
 

Tauhu goreng lebih enak

BAHAN:
Santan
Serbuk perasa

CARA-CARA:
1. Campurkan sedikit serbuk perasa di dalam santan.
2. Kemudian, rendamkan tauhu di dalam santan tersebut.
3. Biarkan selama 10 minit.
4. Setelah itu, toskan dan goreng seperti biasa.

Menghilangkan kutu beras

BAHAN:
6 tangkai daun belimbing buluh

CARA-CARA:
1. Mula-mula, cuci daun belimbing buluh sehingga bersih.
2. Kemudian, biarkan ia kering.
3. Setelah itu, masukkan daun belimbing buluh ini ke dalam bekas simpanan beras.
4. Anda dapat lihat, kutu beras akan beransur hilang.

Membersihkan kerang

BAHAN:
Serbuk kunyit

CARA-CARA:
1. Mula-mula, campurkan sedikit serbuk kunyit ke dalam air basuhan kerang.
2. Cuci beberapa kali sehingga ia bersih.
3. Hasilnya, kotoran mudah hilang dan kulit kerang menjadi lebih bersih.

Tauhu kekal segar (1) 

BAHAN:
Garam

CARA-CARA:
1. Cuci dahulu tauhu seperti biasa.
2. Kemudian, lumurkan garam ke seluruh permukaan tauhu.
3. Simpan ia di dalam peti sejuk.
4. Tauhu yang disimpan, akan bertahan lebih lama malah rasanya tidak akan masam.

Tauge kekal segar (Cara 2)

BAHAN:
Limau nipis
Semangkuk air

CARA-CARA:
1. Mula-mula, masukkan tauge ke dalam semangkuk air.
2. Kemudian, perahkan limau nipis ke dalam mangkuk tersebut.
3. Gaulkan sehingga sebati.
4. Simpan di dalam peti sejuk. Tauge yang disimpan akan bertahan lebih lama.

Bahulu lebih enak

BAHAN:
3 kuntum bunga lawang

CARA-CARA:
1. Mula-mula, pukul telur seperti biasa.
2. Kemudian, masukkan 3 kuntum bunga lawang ke dalam bekas telur yang dipukul tadi.
3. Setelah itu, anda bolehlah membancuh dan masak adunan seperti biasa.
4. Rasa bahulu akan lebih lazat dan tidak hanyir.

SELAMAT MENCUBA!

Khamis, 9 Disember 2010

:: Ada sesiapa nak Petua Kecantikan Wajah?? ::

sebenarnya sebelum ni yong da pernah buat entri untuk kecantikan wajah..so tadi sebab ada customer yang tanya petua kecantikan wajah untuk hilangkan jerawat bagai..maka yong pon terpaksa la godek-godek semula entri tersebut..

erm..alang-alang godek..so apa kata yong kongsi ngan korang sekali lagi ek? nak lawa sila baca tau..hehhe

PETUA KECANTIKAN WAJAH >>> SINI

Jom melawa ramai-ramai oke! muah!


Jumaat, 26 November 2010

:: Khasiat Air Liur Basi ::


Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi
adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.
     
Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat
khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..
Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh
badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang
lain.   Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari
tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka,
berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan  Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden  

Nabi Muhammad   semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum
baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur
basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Kalau rajin. Tolong sebarkan kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
Allahuakbar!
Wallahua'lam bisshawab
wassalam.... ...... 






sumber-email

Khamis, 25 November 2010

:: Merawat Penyakit Hati ::

Pertama; 
Jangan banyak berbicara yang lara, hanya pada perkara yang perlu.
 
Kedua:
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu kita sebaiknya selalu menjaga 
emosi kita agar tidak menjurus ke penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan 
antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu 
mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah 
dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat maupun puasa wajib ramadhan.
 
Ketiga:
Selalu mengingat Allah SWT. Ada beberapa cara untuk dapat selalu mengingat Allah SWT iaitu 
seperti dengan rajin solat baik solat wajib lima waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, 
dan lain-lain. Selain zikir, doa dan mengaji atau membaca al-qur'an juga dapat menghindarkan 
kita dari penyakit hati. Diharapkan dari mengingat Allah SWT kita menjadi takut atas murka Allah 
SWT jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.
 
Keempat:
Bergaul dengan orang-orang yang soleh. Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan 
penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin 
jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat samada 
disedari atau tidak telah kita lakukan. Tetapi apabila kita bergaul dengan orang soleh yang selalu 
menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat.

Semoga anda selalu terhindar dari penyakit hati, serta masalah yang disebabkan olehnya. Hati 
yang baik dan jujur adalah lebih baik dari segalanya. Dan orang yang paling pandai bermuka-
muka di dunia ini, adalah orang yang busuk hatinya.
 
Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, sekiranya
baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging itu maka rosaklah
seluruh tubuh, daging itu ialah hati," (HR Bukhari & Muslim)

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...