Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

11 jenis manusia didoa Malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk man usia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis man usia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. 

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersa man ya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." 

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
 

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" 

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." 

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf." 

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. 

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." 

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di man a ia melakukan solat." 

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. 

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku?" 

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" 

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" 

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di man a pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
 

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." 

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." 

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah 






sumber -email

Jumaat, 18 Februari 2011

Petua Kecantikan Islam

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-

DOA TENGOK CERMIN


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

sumber-email

:: Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan? ::

Seseorang bertanya kepada Ibrahim Bin Adham,Wahai Ibrahim Bin Adham, kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankanNya. Khabarkan kepada kami apakah sebab-sebabnya. Ibrahim Bin Adham Menjawab,Doa terhijab disebabkan sepuluh perkara...

1. Kamu mengenali Allah SWT, tetapi kamu tidak menunanikan hakNya (perintahNya)
2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.
3. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi menurut hasutannya.
4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah SAW tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
5. Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6. Kamu mendakwa membenci neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
7. Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
9. Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.
10. Kamu menghantar jenazah ke kubur, tapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

sumber-email

Khamis, 17 Februari 2011

:: Selamat pagi Malaysia ::

Salam semua..da breakfast ke? hope today adalah hari yang baik untuk yong..no need stress anymore.semoga semuanya berjalan dengan lancar :)



jadi mari kita mulakan pagi ini dengan bacaan doa.Klik sini untuk BACAAN DOA

Rabu, 26 Januari 2011

:: CARA MENADAH TANGAN/BERDOA YANG BETUL ::


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ba. Titik ba letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ba bernama Har Hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan .

Mencari keberkatan doa
Doa senjata orang mukmin. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama har hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa
sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Wallaahu a'lam…


sumber-email

Isnin, 3 Januari 2011

:: Surah Penawar ::

Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu
 dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi   iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika 
menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi 
dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan, terima kasih.


sumber-email

Rabu, 29 Disember 2010

:: 6 orang mendapat doa para malaikat ::

Allah SWT berfirman, Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya *(QS Al Anbiyaa 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa "Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" * (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra bin Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan" *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf" *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca "ghairil maghdhuubi alaihim waladh dhaalinn", maka ucapkanlah oleh kalian "amiin, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" *(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, "Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia" *(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)




sumber-email

Rabu, 10 November 2010

:: Doa...Selamat Beramal ::





sumber-email









selamat beramal ya!

Khamis, 28 Oktober 2010

:: Malas nak cakap dengan orang bodoh sombong ::

haish..i dari dulu lagi mmg x brapa suka dengan dia ni..hadoi.bukan apa..kita tegur dia..dia tegur kita semula..da la blur2...memang bikin gua fanas heh!

kena baca doa kalo marah!

tudia intro xde salam apa mende..main terjah je yong hari ni..wakaka..

so hari ni  berdasarkan tajuk di atas.yong nk tegaskan la yer..yong memang malas da nak cakap dengan orang yang ala-ala bodoh sombong gitu! aww..nyampah nyah! :p


kenapa yong cakap macam tu? sebab bila orang minta pandangan yong..maka yong pon akan keluarkan la hujah-hujah yang yong fikir agak bernas dari otak yong ni..sekali da btau..dia bantah pulak..dia hentam kita balik..haish! tambahan pulak when she ask me about business..i know la kan.i ni bukanlah usahawan ternama pon..baru je berjinak-jinak dalam business..yela..umur pon baru 22 tahun..mesti orang fikir.."apa ada dengan budak ni kan??" tapi baru nak jinak-jinak pon..yong da mula diajar berniaga seawal umur 7 tahun tau!

panas betul lah! haish..last2 aku pulak x puas hati ni...bole pulak org tu cakap.."kalo business xpopular sangat pon takpe..kang jadi macam arwah Sosilawati pulak" WTH cakap mcm tu heh?

ada motif ka? xpuesh hati terus gua.malas aku nak layan ko da..

papepon Yong nak cakap kat sini..Kalo kita buat kerja APA-APA pon..tak kira la keje full time ke..part time ke..business online ke..tak online ke..atau pape keje la kat dunia ni..BUATLAH SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH YA..Allah suka orang berusaha..TAPI KALO BUAT KERJA "biasa"..ALA KADAR JE..I NAK TOLONG PON TAK HINGIN!!!..

nak tanya pasal business tp main-main, pi tanya orang lain oke..yong layan orang yang serius jerk!!!!!!!



Nota Alinac-kagum dengan orang yang kreatif..buat barangan menggunakan kain, kertas, card, button, ribbon..but...ada juga yang perasan dia kreatif..padahal TAK pon!

malas nak cakap banyak..kang terasa :p

:: Doa Penerang Hati ::

pas solat..elok sangat la baca doa ni ya murid-murid..
yong tahu ramai yang da tahu doa ni..
tapi yong nak share juga..kot-kot ada yang terlupa kan..hehe


so ada belum baca doa ni? meh kita baca sama-sama yer :)

selamat beramal :)

:: Doa Ketika Menuntut Ilmu ::


Bukan student je elok baca doa ni..tapi semua orang yer.

sebab menuntut ilmu ni tak kira sesiapa..so jom kita baca doa nya


baca banyak kali sket.skg kan musim exam..ajak kawan-kawan sekali baca ek :)

Sabtu, 2 Oktober 2010

:: Doa Selepas Azan ::

Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi wassallam.


Maksudnya:
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

Jumaat, 7 Mei 2010

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...