Memaparkan catatan dengan label dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dapur. Papar semua catatan

Khamis, 17 Februari 2011

:: Semua barang mahal eh?? habis apa yang murah??? ::

semalam yong keluar shopping barang basah untuk dapur..just p econsave jerk sebab petang da kan..tu pon keluar ngan mummy sebab kereta yong masih di bengkel.sadis nya nak cerita pasal kereta..kang ada yang nangis lagi ni..huhu T____T



masuk je econsave tengok harga-harga sayur, ikan, ayam..amboiiiiiiiiiiiiiiiiii awat la "murah" sangat ni...pedih mata aku tengok tanda harga ampa semua ni tau! hahahhaha.tapi nak buat cemana kan? terpaksa la beli juga.kang x beli..makan sardin lagi la kat rumah nun.



harga ikan semua nak lebih dari 6 ringgit je sekilo..mahal la tu kan?



 haa sayur bayam tengah murah..harus la yong amik..peberet yong ni tau..i love bayam! hahaha



perempuan berjubah hitam yang kelihatan agak GEMUK tu ialah alinaclover ya..korang kenal x dia? siyes selekeh ya perempuan ni.kalo korang selisih tepi jalan confirm tak kenal..mekap langsung xpakai ya sebab baru balik dari mengaji.tak sempat nak salin baju da.kena p amik adik dari sekolah pulak.hehe




percayalah inilah Beautilicious sebenar..bakal menjadi Chef Delicious la pasni..saat ni berada di ruangan bahan-bahan buat cake..ruangan feberet ni tau.ada je bahan nak beli.tapi tak tahu nak masak apa lagi..:)



so kepada akak-akak blogger..today kita masak apa je ek? 

Sabtu, 11 Disember 2010

:: Petua Dapur Anda ::


Post melekat sekejap!


Ulam sering dijadikan sebagai menu sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam akan menjadi layu sekiranya terdedah terlalu lama.




Oleh itu, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.

Laksa lebih putih

BAHAN:
Asam keping
Semangkuk air

CARA-CARA:
1. Mula-mula, rendam dahulu laksa bersama asam keping di dalam air.
2. Biarkan semalaman.
3. Keesokan harinya, bolehlah anda rebuskan laksa tersebut seperti biasa.
 

Tauhu goreng lebih enak

BAHAN:
Santan
Serbuk perasa

CARA-CARA:
1. Campurkan sedikit serbuk perasa di dalam santan.
2. Kemudian, rendamkan tauhu di dalam santan tersebut.
3. Biarkan selama 10 minit.
4. Setelah itu, toskan dan goreng seperti biasa.

Menghilangkan kutu beras

BAHAN:
6 tangkai daun belimbing buluh

CARA-CARA:
1. Mula-mula, cuci daun belimbing buluh sehingga bersih.
2. Kemudian, biarkan ia kering.
3. Setelah itu, masukkan daun belimbing buluh ini ke dalam bekas simpanan beras.
4. Anda dapat lihat, kutu beras akan beransur hilang.

Membersihkan kerang

BAHAN:
Serbuk kunyit

CARA-CARA:
1. Mula-mula, campurkan sedikit serbuk kunyit ke dalam air basuhan kerang.
2. Cuci beberapa kali sehingga ia bersih.
3. Hasilnya, kotoran mudah hilang dan kulit kerang menjadi lebih bersih.

Tauhu kekal segar (1) 

BAHAN:
Garam

CARA-CARA:
1. Cuci dahulu tauhu seperti biasa.
2. Kemudian, lumurkan garam ke seluruh permukaan tauhu.
3. Simpan ia di dalam peti sejuk.
4. Tauhu yang disimpan, akan bertahan lebih lama malah rasanya tidak akan masam.

Tauge kekal segar (Cara 2)

BAHAN:
Limau nipis
Semangkuk air

CARA-CARA:
1. Mula-mula, masukkan tauge ke dalam semangkuk air.
2. Kemudian, perahkan limau nipis ke dalam mangkuk tersebut.
3. Gaulkan sehingga sebati.
4. Simpan di dalam peti sejuk. Tauge yang disimpan akan bertahan lebih lama.

Bahulu lebih enak

BAHAN:
3 kuntum bunga lawang

CARA-CARA:
1. Mula-mula, pukul telur seperti biasa.
2. Kemudian, masukkan 3 kuntum bunga lawang ke dalam bekas telur yang dipukul tadi.
3. Setelah itu, anda bolehlah membancuh dan masak adunan seperti biasa.
4. Rasa bahulu akan lebih lazat dan tidak hanyir.

SELAMAT MENCUBA!

Jumaat, 3 September 2010

:: Sambungan Tips Jimat Belanja Dapur! ::

Tips ! sampai 10 da ada....kalo belom baca boleh klik sini

Baik.. teruskan dengan tips tersebut..

11. Sebelum membeli sesuatu barang, pastikan anda melihat tarikh luput terlebih dahulu.

12. Rajin-rajin buat survey atau bandingkan harga dengan kedai-kedai yang lain. Anda juga boleh semak
harga barangan di laman web KPDNKK supaya tidak tertipu dengan harga yang diletakkan oleh penjual.

13. Beli hanya barang yang telah disenaraikan. Jangan beli barang yang diluar daripada senarai.
Jika mahu.. masukkan ke dalam senarai bulan hadapan atau pertimbangkan semula sama ada barang tersebut perlu atau tidak.

14. Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Makan diluar akan menyebabkan
bajet anda lari..

15. Jangan bawa anak semasa membeli belah. Jika tidak, anak-anaklah yang selalu menyebabkan bajet
anda lari. - itu pun kalau bolehlah..

16. Sesetengah pasaraya ada memberikan kupon atau voucher untuk membeli belah di pasaraya tersebut.
Gunakan kupon atau voucher tersebut untuk dapatkan diskaun dan penjimatan.

17. Beli barang sewaktu jualan murah. Beli barang murah sewaktu jualan murah. Pastinya lebih murah
dan lebih jimat!

18. Semak resit belian anda sama ada anda terlebih bayar atau tersalah kira harga barangan.

19. Jangan mudah terpedaya dengan produk baru atau produk yang diperbaharui semula. Ingat, beli untuk
keperluan sahaja.

20. Jika anda rajin, belilah barang di pasaraya borong seperti TESCO, MYDIN dan MAKRO. Harganya
biasanya lebih murah berbanding di kedai runcit.


Semoga tip berjimat kali ini dapat membantu anda mempunyai lebihan tunai ditangan.

Sekian,
Wassalam.

Selasa, 10 Ogos 2010

:: Tips Jimat Belanja Dapur! ::

Salam sejahtera,

Setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang anda akan fikirkan ialah membeli barangan keperluan
dapur. Ianya sudah menjadi rutin bulanan kepada semua orang..

Kali ini saya membawakan tip-tip bagaimana anda boleh berjimat sewaktu membeli barang dapur.

1. Rancang dan senaraikan barang yang perlu dibeli.Ingat! Beli barang yang penting sahaja!

2. Masak ikut keperluan. Lihat bilangan ahli keluarga anda dan jangan membazir.

3. Jangan masak sesuatu masakan tersebut sehingga hilang khasiatnya seperti vitamin, zat dan mineral.

4. Lebihan bahan mentah boleh digunakan untuk masak masakan yang lain. Cari resepi yan berkaitan.

5. Nikmati makanan anda pada kadar diet yang sihat. Cara ini dapat menjaga kesihatan anda. Dapatkan
nasihat doktor untuk mengetahui jadual pemakanan seimbang.

6. Ambil makanan dalam kuantiti sedikit terlebih dahulu dan tambah kemudian jika perlu.

7. Jika anda ada memelihara binatang, berikan sisa makanan yang masih elok untuk elakkan dari binatang perliharaan anda sakit.

8. Elakkan makan makanan ringan. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan. Kurangkan juga dari
menggunakan bahan pewarna dan perasa tambahan. (Kalau sakit, kan susah.. kena keluar duit lebih
untuk belanja rawatan..)

9. Jik merokok, tinggalkan tabiat merokok tersebut kerana selain wang ringgit anda 'terbakar', organ-organ dalaman anda juga turut 'terbakar'!

10. Bawa bekal ke pejabat. Beri anak-anak anda bekal makanan ke sekolah. Selain dapat makan makanan yang sedap, anda dapat berjimat dengan perbelanjaan persekolahan mereka.


Cukup 10 tip jimat belanja dapur pada entry kali ini.Sambung pada next entri ya :)

Sekian,
Wassalam.

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...