Salam sejahtera,
Ok.. topik kali ini lebih kepada nasihat saya kepada anda jika mahu membeli kereta.. jika anda sudah pun memiliki kereta, digalakkan baca entry ini sebagai satu ilmu baru yang ingin saya kongsikan.
tentu anda pernah dengar kes-kes kereta kena tarik akibat tidak membayar hutang pinjaman kenderaan bukan?
Perkara ini berlaku kerana mereka tersilap menganalisa kemampuan dan komitmen untuk bayaran dan perbelanjaan bulanan terhadap kereta tersebut.
Baiklah
Sebelum anda membeli kereta, anda perlu pertimbangkan 4 perkara iaitu :
1. Kos Minyak/Petrol
Anda perlu kaji dan membuat sedikit analisa berapa kos yang anda terpaksa keluarkan untuk pembelian petrol pada setiap bulan. Kos ini bergantung kepada sekerap mana anda akan menggunakan kereta tersebut.
2. Kos Tol
Jika anda menggunakan laluan bertol, kira kos tol tersebut. Kebiasaannya kos tol bergantung sekerap mana anda melalui laluan lebuhraya bertol. Kos tol meningkat jika anda menggunakan kereta untuk pergi balik kerja.
3. Kos Servis
Kereta perlu diservis apabila sampai masanya. Lagi jauh perjalanan anda, maka lagi keraplah anda perlu servis kenderaan anda. Purata servis kereta adalah sekitar 2-3 bulan sekali.
4. Kos Insuran
Insurans kereta perlu dibayar setiap tahun. Biasanya kos Insurans ini agak mahal sehingga beribu ringgit bergantung kepada hayat kereta tersebut. Jika baru, ianya semakin mahal.
NASIHAT SAYA......
Jadi, nasihat saya ialah.. jika anda bercadang untuk membeli sebuah kereta idaman, sebaik-baiknya belilah kereta yang bayaran bulanannya kurang daripada berapa yang anda mampu bayar.
Gunakan prinsip 60/40
Contohnya..
Katakan anda mempunyai lebihan tunai sebanyak RM850 sebulan dan dengan wang sebanyak itu, anda mampu untuk membayar instalment sebuah kereta Proton Exora 1.6 CPS AT (H-Line).
Akan tetapi.. RM850 itu tidak termasuk kos tambahan yang perlu anda tanggung seperti minyak/petrol, tol,
servis dan insurans.
Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, anda perlu gunakan prinsip 60/40 iaitu :
60% = Amaun yang anda mampu dan selesa untuk menangung bayaran bulanan.
40% = Amaun yang anda perlu tanggung untuk kos tambahan iaitu 4 perkara yang telah saya nyatakan
diatas.
Contohnya...
60% daripada RM850 ialah RM510
40% daripada RM850 ialah RM340
Berdasarkan prinsip di atas, dengan jumlah sebanyak RM510 anda mampu untuk membayar instalment bulanan
sebuah kereta Proton Persona 1.6 IAFM MT (B-Line).
Manakala RM340 pula adalah untuk kos tambahan yang mungkin anda akan belanjakan pada setiap bulan.
- Minyak RM150 sebulan
- Tol RM60 sebulan
- Peruntukan untuk servis RM50 sebulan
- Peruntukan untuk insurans RM80 sebulan
Semoga tips kali ini akan dapat membantu anda merancang dan mengurus kewangan dengan lebih baik!
Sekian,
Wassalam.
info-email
Memaparkan catatan dengan label belanja. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Mac 2011
Jumaat, 3 September 2010
:: Sambungan Tips Jimat Belanja Dapur! ::
Tips ! sampai 10 da ada....kalo belom baca boleh klik sini
Baik.. teruskan dengan tips tersebut..
11. Sebelum membeli sesuatu barang, pastikan anda melihat tarikh luput terlebih dahulu.
12. Rajin-rajin buat survey atau bandingkan harga dengan kedai-kedai yang lain. Anda juga boleh semak
harga barangan di laman web KPDNKK supaya tidak tertipu dengan harga yang diletakkan oleh penjual.
13. Beli hanya barang yang telah disenaraikan. Jangan beli barang yang diluar daripada senarai.
Jika mahu.. masukkan ke dalam senarai bulan hadapan atau pertimbangkan semula sama ada barang tersebut perlu atau tidak.
14. Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Makan diluar akan menyebabkan
bajet anda lari..
15. Jangan bawa anak semasa membeli belah. Jika tidak, anak-anaklah yang selalu menyebabkan bajet
anda lari. - itu pun kalau bolehlah..
16. Sesetengah pasaraya ada memberikan kupon atau voucher untuk membeli belah di pasaraya tersebut.
Gunakan kupon atau voucher tersebut untuk dapatkan diskaun dan penjimatan.
17. Beli barang sewaktu jualan murah. Beli barang murah sewaktu jualan murah. Pastinya lebih murah
dan lebih jimat!
18. Semak resit belian anda sama ada anda terlebih bayar atau tersalah kira harga barangan.
19. Jangan mudah terpedaya dengan produk baru atau produk yang diperbaharui semula. Ingat, beli untuk
keperluan sahaja.
20. Jika anda rajin, belilah barang di pasaraya borong seperti TESCO, MYDIN dan MAKRO. Harganya
biasanya lebih murah berbanding di kedai runcit.
Semoga tip berjimat kali ini dapat membantu anda mempunyai lebihan tunai ditangan.

Selasa, 10 Ogos 2010
:: Tips Jimat Belanja Dapur! ::
Salam sejahtera,
Setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang anda akan fikirkan ialah membeli barangan keperluan
dapur. Ianya sudah menjadi rutin bulanan kepada semua orang..
Kali ini saya membawakan tip-tip bagaimana anda boleh berjimat sewaktu membeli barang dapur.
1. Rancang dan senaraikan barang yang perlu dibeli.Ingat! Beli barang yang penting sahaja!
2. Masak ikut keperluan. Lihat bilangan ahli keluarga anda dan jangan membazir.
3. Jangan masak sesuatu masakan tersebut sehingga hilang khasiatnya seperti vitamin, zat dan mineral.
4. Lebihan bahan mentah boleh digunakan untuk masak masakan yang lain. Cari resepi yan berkaitan.
5. Nikmati makanan anda pada kadar diet yang sihat. Cara ini dapat menjaga kesihatan anda. Dapatkan
nasihat doktor untuk mengetahui jadual pemakanan seimbang.
6. Ambil makanan dalam kuantiti sedikit terlebih dahulu dan tambah kemudian jika perlu.
7. Jika anda ada memelihara binatang, berikan sisa makanan yang masih elok untuk elakkan dari binatang perliharaan anda sakit.
8. Elakkan makan makanan ringan. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan. Kurangkan juga dari
menggunakan bahan pewarna dan perasa tambahan. (Kalau sakit, kan susah.. kena keluar duit lebih
untuk belanja rawatan..)
9. Jik merokok, tinggalkan tabiat merokok tersebut kerana selain wang ringgit anda 'terbakar', organ-organ dalaman anda juga turut 'terbakar'!
10. Bawa bekal ke pejabat. Beri anak-anak anda bekal makanan ke sekolah. Selain dapat makan makanan yang sedap, anda dapat berjimat dengan perbelanjaan persekolahan mereka.
Cukup 10 tip jimat belanja dapur pada entry kali ini.Sambung pada next entri ya :)

Langgan:
Catatan (Atom)