Memaparkan catatan dengan label penyakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mac 2011

::doktor cakap "......."::



mula-mula yong masuk bilik doctor.doc tny "u sakit apa?" yong btau la "saya alergik doc" then doc amik lampu suluh.dia suluh muka yong.terus dia separa menjerit "hey, u pakai apa kat muka ni sampai jadi macam ni?"



terkedu yong sat.haha doc pon terkejut.inikan pula orang luar.patot ler orang dok tengok yong semacam.muka macam mangsa dera kot.hihihi.



then doc kasi ubat. dia cakap "lipstick, u jangan pakai terus!" haiya xleh pakai ka? habis cemana lipstick kat rumah tu? sapa nak pakai.



huuu sedey nya..dapat 3 ubt. 2 ubt alergik.sapu ubat jenis krim. bila sapu kt muka x rasa panas da muka yong. tp sekarang masih rasa gatal-gatal.balik kang kena sapu semula ubat gatal tu.habis lah. bila nak baik ni :( tahun lepas record yong baik.. x p jumpa doctor pakar kulit langsung. tahun ni awal tahun da record buruk. muka pon buruk. hahhaah padan muka yong!!!



Sent from my BlackBerry® smartphone

Powered by ShowMeBlogger.com

Khamis, 25 November 2010

:: Merawat Penyakit Hati ::

Pertama; 
Jangan banyak berbicara yang lara, hanya pada perkara yang perlu.
 
Kedua:
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu kita sebaiknya selalu menjaga 
emosi kita agar tidak menjurus ke penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan 
antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu 
mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah 
dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat maupun puasa wajib ramadhan.
 
Ketiga:
Selalu mengingat Allah SWT. Ada beberapa cara untuk dapat selalu mengingat Allah SWT iaitu 
seperti dengan rajin solat baik solat wajib lima waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, 
dan lain-lain. Selain zikir, doa dan mengaji atau membaca al-qur'an juga dapat menghindarkan 
kita dari penyakit hati. Diharapkan dari mengingat Allah SWT kita menjadi takut atas murka Allah 
SWT jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.
 
Keempat:
Bergaul dengan orang-orang yang soleh. Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan 
penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin 
jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat samada 
disedari atau tidak telah kita lakukan. Tetapi apabila kita bergaul dengan orang soleh yang selalu 
menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat.

Semoga anda selalu terhindar dari penyakit hati, serta masalah yang disebabkan olehnya. Hati 
yang baik dan jujur adalah lebih baik dari segalanya. Dan orang yang paling pandai bermuka-
muka di dunia ini, adalah orang yang busuk hatinya.
 
Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, sekiranya
baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging itu maka rosaklah
seluruh tubuh, daging itu ialah hati," (HR Bukhari & Muslim)

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...