Memaparkan catatan dengan label elektrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label elektrik. Papar semua catatan

Ahad, 15 Ogos 2010

:: Sambungan 12 Cara Jimatkan Elektrik! ::

Salam sejahtera,

Susulan daripada entri yang lepas, entri kali ini akan menyambung 6 cara lagi dalam menjimatkan
penggunaan elektrik.

Berikut adalah sambungannya...

7. Cuci pakaian dengan muatan yang sesuai. Keringkan pakaian pada tahap sederhana sahaja sekiranya
cuaca panas terik.

8. Penggunaan warna cat dinding yang cerah akan memantulkan banyak cahaya dan ini boleh mengurangkan
penggunaan lampu pada waktu siang.

9. Tukar peralatan elektrik yang telah melebihi10 hingga 15 tahun. Beli barangan elektrik yang mesra alam dan jimat tenaga.

10. Televisyen dan komputer menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi, cabut palamnya daripada
soket untuk mengurangkan aliran keluar tenaga jika tidak menggunakan televisyen dan komputer.

11. Matikan semua bekalan elektrik sekiranya anda meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang panjang.

12. Pastikan sistem pendawaian di rumah anda selamat dan tidak membahayakan. Buat semakan secara berkala bagi mengelakkan berlakunya lintar pintas dan bebanan elektrik.

Saya yakin tentu korang boleh mengaplikasikan12 cara penjimatan elektrik, sekaligus mengurangkan
perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran.

Sekian,
Wassalam.

:: 12 Cara Jimatkan Elektrik! ::

Salam sejahtera,

Tidak dinafikan, penggunaan elektrik pada hari ini merupakan keperluan penting di dalam menguruskan
kehidupan seharian.

Namun, jika penggunaan elektrik terlampau berlebih-lebihan, ia sudah menjadi pembaziran tenaga dan
pembaziran wang kocek

Ikuti tip-tip penjimatan elektrik dibawah :

1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala dan tentukan saiz penghawa dingin sesuai dengan
keluasan ruang tersebut.

2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan. Banyakkan menanam pokok-pokok teduhan untuk
mengurangkan bahang kepanasan di dalam rumah.

3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan sehingga melebihi kapasiti yang ditetapkan. Jika
tidak, udara sejuk sukar untuk mengalir bebas dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan.

4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahaja dan elakkan dari menggunakan penghawa dingin.

5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan masa memasak. Atau dalam erti kata lain, masa memasak anda lebih cepat!

6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam keadaan tertentu sahaja. Lebih baik gunakan shower
kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam tab mandi.

Ok ..bersambung pada entri yang akan datang. Cukup 6 tip terlebuh dahulu kerana 6 tip lagi lebih meletup!



Sekian,
Wassalam.

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...