Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Rabu, 8 Jun 2011

:: Nilai Sepuluh Ringgit T__T ::

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu. 

“
Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?” 

“Ya, nak tanya apa?” 

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?” 

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?” 

“20 ringgit sejam.” 

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...” 

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. 

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. 

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. 

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? 
Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah. 

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “
Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan. 

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah. 

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. 

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.... 

Moral : Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang

Selasa, 18 Januari 2011

:: Dah Buka Tabung Simpanan Untuk Anak? ::

Siri Kewangan pada hari ini agak menarik sedikit kerana saya akan membawa anda berfikir tentang masa depan kewangan anak anda.

Ada beberapa soalan yang perlu anda jawab sebelum saya meneruskan siri kewangan ini..


1. Sudahkah anda membukan akaun simpanan untuk anak anda?

2. Adakah wang simpanan tersebut di simpan di tempat yang betul?

3. Apakah matlamat kewangan simpanan anak anda tersebut? Pendidikan atau kesenangan?

4. Adakah anda membuat potongan gaji setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun anak anda?


Apa pun jawapannya, teruskan membaca dan mungkin anda akan menemui penyelesaian yang terbaik untuk simpanan kewangan masa depan anak anda.


1# Di mana tempat yang baik, sesuai dan memberikan keuntungan dalam jangka masa yang panjang?

Anda boleh pilih antara TIGA :
a) Tabung Haji - 5% setahun
b) ASD (Amanah Saham Didik) - 6%-7% setahun
c) Emas - secara puratanya 20% setahun!

atau.. anda boleh pelbagaikan dengan menyimpan di dalam ketiga-tiga jenis diatas.

Saya tidak mencadangkan Unit Trust kerana nilainya sentiasa turun naik. Adakala untung, adakala rugi.
Berbeza dengan 3 jenis diatas, nilai pokoknya dijamin tidak akan turun! Apapun, ia masih
terpulang kepada anda.

2# Berapa yang anda perlu tabungkan setiap bulan di dalam akaun anak anda?

Secara mudahnya, tabungkan sebanyak mana yang anda mampu untuk anak anda. Jika tidak, saya syorkan
RM20 sebulan iaitu RM10 dari suami dan RM10 dari isteri (minimum).

RM20 sebulan = RM240 setahun.
Dengan pulangan sebanyak 6% setahun selama 17 tahun iaitu dari anak anda lahir sehingga tamat SPM,
jumlah tabungan akan menjadi RM6,771.09. Keuntungan yang diperolehi daripada simpanan ialah RM2,691.09.

Itu kalau RM20 sebulan, kalau RM50 sebulan?
Tabungan anak anda akan menjadi RM16,927.73 selepas 17 tahun!

Ini semua tidak termasuk duit raya yang diperolehi oleh anak anda setiap tahun. Katalah secara purata
duit raya yang anak anda perolehi ialah RM200 dalam setahun dan anda menabung RM50 setiap bulan.
Bermakna, anda menabung ke dalam akaun anak anda adalah sebanyak RM800 setahun. Berapa jumlah
tabungan anak anda selepas 17 tahun dengan kadar pulangan ialah 6% setahun?

Jumlahnya ialah RM22,570.30!

Dengan duit sebanyak itu, anda boleh merancang untuk anak anda..

- Yuran pengajian
- Kos hidup sepanjang anak anda berada di Universiti
- Wang untuk mula hidup secara berdikari

dan sebangainya.. AJAIB kan? Hanya RM50 jer sebulan!

Maka dengan sebab itulah, simpanlah dan tabunglah wang anak anda ke dalam akaun simpanan yang memberikan pulangan yang terbaik untuk masa depan anak anda.

Walaupun nilainya hanya RM10 sekalipun, ia akan menjadi BESAR dalam jangka masa yang panjang!

Sekian,
Wassalam.





klik sini untuk baca TIPS KEWANGAN yang lepas



sumber-email

Khamis, 30 Disember 2010

:: Terima kasih kerana menampar saya ::

BARU-BARU ini saya pulang ke kampung. Kebetulan adik-beradik lain pun ada bercuti sama. Emak yang selama ini tinggal seorang, gembira tidak terkata melayan cucu-cucunya. Masak lauk yang special sajalah orang tua saya itu.

Malam terakhir sebelum kembali ke Kuala Lumpur, kami duduk berkumpul lagi di ruang tamu sambil menonton televisyen. Beberapa orang saudara yang tinggal tidak jauh dari rumah kami pun ada sama ketika itu.

Kami bercerita kisah-kisah silam, dari satu topik ke satu topik lain. Emak ceritakan perihal arwah abah yang selalu menyuruh saya membelikannya rokok pada waktu malam. Kata emak, saya yang ketika itu berusia 7 ke 8 tahun akan merungut kerana selalunya waktu itu saya sedang menonton televisyen.

Ketika itu sedang hangat cerita Six Million Dollar Man dan Combat. Tengah sedap-sedap menonton itulah abah suruh saya belikan rokoknya. Pertengahan 1970an, kampung kami belum ada elektrik lagi. Saya bergegas-gegas ke kedai dengan berbekalkan lampu picit atau pelita minyak tanah. Kedai pula jauh. Jalan gelap.

Malangnya bila sampai ke rumah semula, cerita Combat sudah habis! Kami ketawa dengar cerita emak.

Dan malam itu, sekali lagi emak membuatkan air mata saya bergenangan.

Mulanya hanya cerita tentang rokok, kemudian emak menceritakan kenapa sampai sekarang saya tidak merokok. Ia bermula dengan kisah saya mencuri rokok abah, kemudian ditampar dan berakhir dengan kata-kata abah yang berbunyi, "kalau awak sayang, saya lagi sayang."

Ya... kalau emak sayangkan saya, abah lebih sayangkan saya. Kerana itu dia menampar saya hingga bibir saya berdarah.

Tanpa emak sedar, semasa dia mengungkap balik kata-kata abah, `kalau awak sayang, saya lagi sayang...' Dada saya serta-merta sebak. Air mata saya ini hanya menunggu masa saja untuk jatuh dari kelopaknya. Saya terkenangkan abah.

Ketika usia saya enam tujuh tahun, saya sering melihat abah merokok. Sehari kadang-kadang tiga kotak rokok dihisapnya. Selalunya rokok Gold Leaf.

Pun begitu, abah sentiasa mengingatkan kami adik-beradik supaya jangan sekali-kali merokok sepertinya. Kata abah, kalau dia tau kami merokok, dia akan tampar.

Saya kecil lagi, belum mengerti sangat kata-kata abah itu. Suatu hari, saya lihat abah tertinggal rokoknya selepas membaca Surat khabar. Saya terus ambil dan menunjukkannya kepada Z, kawan saya di sebelah rumah.

Z ambil mancis, kami masuk ke dalam tong dram. Dalam tong bulat itu kami nyalakan rokok tersebut dan menghisapnya. Tekak jadi pahit. Mulut terasa kelat. Kami batuk beberapa kali tersedakkan asap rokok itu.

Seronok betul kami ketika itu. Rasa seperti orang tua.

Saya cakap dengan Z, cepat sikit, jangan sampai orang nampak. Lagipun, kami kena hantar rokok itu cepat sebelum abah saya tahu. Kalau dia tahu, memang naya. Kami hisap dua batang rokok saja sebab pahit. Lepas itu saya terus bawa pulang kotak rokok tersebut.

Sewaktu hendak meletakkan rokok berkenaan di tempat asalnya itulah saya tertangkap. Abah berdiri di depan saya dengan wajah bengis. Dan... `PAANGGG!!!' tanpa sepatah kata, seliang penampar hinggap di muka saya. Sakitnya tidak terperi. Saya menangis dan memegang bibir yang pecah berdarah.

Hampir saja abah melepaskan penamparnya yang kedua, tapi tidak jadi. Tangannya yang sudah hampir benar ke pipi saya, ditarik balik. Saya meraung dan berlari ke bawah sebatang pokok bunga.

Di bawah pokok yang di hadapannya ada parit kecil itu saya menangis. Saya tak suka pada abah. Abah tak patut buat saya macam ni. Tak patuttt! !

Lima minit kemudian, emak datang. Emak pegang bibir saya yang membengkak itu. Kemudian emak kesat darah yang masih mengalir.

"Kenapa curi rokok abah?" emak bertanya.

Saya diam. Saya terus menangis.

Emak usap kepala saya dan peluk bahu saya.

"Dah, berhenti nangis tu. Mari makan. Ada lauk asam pedas ikan kembung. Man suka, kan?" pujuk emak.

Tapi saya tidak berganjak. Walaupun itulah lauk kegemaran saya, tapi hari itu saya tidak mahu menjamahnya. Biarlah hari ini saya berlapar, saya tidak akan makan. Saya tidak mahu lihat muka abah.

Bibir saya sakit. Hati saya sakit. Saya benci abah kerana menampar saya hingga bibir saya berdarah. Abah tak sayang saya. Abah tak sayang saya!!!

Saya terus menangis dan akhirnya emak masuk ke rumah selepas gagal memujuk saya. Hari itu saya tidak makan tengah hari.

Saya tidak tahu apa berlaku selepas itu sampailah saya sudah bekerja dan berkeluarga, apabila emak mengimbas kembali kejadian tersebut. Emak ceritakan kepada kami adik-beradik, selepas saya enggan makan tengah hari itu, emak menangis.

Emak pergi jumpa abah dan bertanya, kenapa tampar anak sampai berdarah bibir? Tak sayang anak ke?

Ketika itulah abah menjawab, `kalau awak sayang, saya lagi sayang'. Abah bertanya balik, adakah emak mahu saya jadi penghisap rokok seperti abah? Bekerja di kebun pagi dan petang, tapi habiskan wang itu untuk rokok? Awak nak anak awak hisap rokok? Hisap dadah?

Masuk malam ini, sudah berapa puluh kali emak ungkapkan kembali cerita itu. Tapi setiap kali emak buka cerita lama itu dan ulangi kata-kata abah, dada saya pasti saja terasa sebak. Tekak terasa sakit dan air mata serta-merta bergenangan di kelopak.

Saya terkenangkan wajah abah. Saya terkenangkan kasih sayangnya. Saya jadi teramat rindu pada pelukan abah, juga senyum manisnya di penghujung usia. Abah pernah menyatakan kegembiraannya kerana tiada di antara kami tiga beradik ini yang menghisap rokok. Abah bangga dengan saya.

Pada usia-usia begini, ketika sudah mempunyai anak yang mula menginjak remaja, saya mengerti mengapa abah bertindak tegas terhadap saya dulu. Abah bukan bencikan saya, tapi abah sayangkan saya. Abah tidak mahu saya melakukan sesuatu yang sia-sia. Abah tidak mahu saya jadi sepertinya.

Sudah lebih 10 tahun abah pergi. Kepada orang lain, kejadian ini kecil saja. Tapi tidak saya. Saya akan kenang peristiwa itu sebagai lambang kasih bapa kepada anaknya. Terima kasih kepada abah kerana menampar saya.
 

Oleh:
Meor Shazman Zakaria,
Kuala Kangsar, Perak. 



sumber-email

Nota Alinac-serius sedey T__T..korang ada hati kan?

Rabu, 24 November 2010

:: Wanita 70 tahun ditinggalkan bogel di rumah usang ::

INAP ditinggalkan bersendirian tanpa berpakaian menyuap sisa makanan di atas katil di rumahnya di Kampung Melekek Dalam, Alor Gajah, Melaka.
Wanita 70 tahun ditinggalkan bogel di rumah usang

ALOR GAJAH: Seorang ibu berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.

Warga tua malang ini didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian, manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60, berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau beberapa tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan, minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.

Katanya, wanita itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak berhasil.
"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus," katanya.

Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak, manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan. 



Sumber-email

Khamis, 28 Oktober 2010

:: 7 Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak ::

Menjadi orangtua adalah hal yang paling penting di dunia, mengajarkan anak 7 hal penting ini akan membantu ia tumbuh besar, tangguh, mandiri dan bertanggung jawab.

1. Mencuci pakaian sendiri

Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilah pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin cuci dan menjemur, dan menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi; hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.

Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar saat ia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor--mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan noda, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.

2. Memasak yang sederhana

Ajar anak, baik lelaki maupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Karena manusia selalu perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orangtua, untuk belajar maupun bekerja nantinya, atau saat ia membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan bisa masak sendiri, selain lebih hemat juga lebih sehat.

Mulailah dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan ia memasak, dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak ia merapikan meja dan mencuci piring setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan ia menjadi orang yang independen dan meningkatkan rasa percaya diri mereka.

3. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri

Biarkan anak memiliki pekerjaan kecil yang tidak mengganggu waktu belajarnya, Seorang anak menghargai wang yang dihasilkannya sendiri dan belajar menggunakannya secara bijak.

Bila ia suka berjualan untuk menambah wang saku atau memberikan les privat pelajaran, atau dengan hobby yang ditekuninya dapat menghasilkan wang, atau misalkan ia membantu mencuci kereta sehingga papa tidak perlu ke bengkel lagi, memotong rumput dan menyiram bunga sehingga mama tidak perlu bantuan tukang kebun, hal ini juga boleh diberi wang saku tambahan untuk mereka.

Hal ini mengajarkan mereka tanggungjawab atas suatu pekerjaan dan mereka akan belajar standart kualiti untuk suatu pekerjaan, hasil baik dibayar baik, pelajaran memberi dan menerima.

4. Memilih teman yang baik

Pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk seluruh hidupnya. Itu bakal merupakan pengalaman positif atau negatif. Orangtua tidak dapat mengontrol secara detail hubungan pertemanan remaja, namun paling tidak orangtua dapat memberi contoh, untuk menghargai orang lain, toleransi pada pendapat berbeda, berpikiran terbuka dan easy-going.

Saat hubungan memburuk, orangtua harus suportif dan memberikan pengertian, jadi sebagai teman untuk curahan hati, jelaskan bahwa hal demikian adalah normal di usia mereka, dan merupakan pengalaman dari perjalanan hidup manusia.

5. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan

Remaja harus memahami fakta bahwa kompromi (kesepakatan) adalah hal yang harus dilakukan, tidak boleh menuruti kemahuan sendiri (egois) dan memaksakan kehendak kepada orang lain. Misalnya, anak ingin pergi main basketball dan jalan-jalan ke mall bersama teman-temannya di akhir minggu, dan minta diantar ke rumah temannya itu.

Sedangkan anda juga ada rencana yang harus dilakukan, undangan pernikahan di malam hari yang harus dihadiri. Untuk mengakomodasi keperluan bersama, lakukan komunikasi untuk mencapai kesepakatan. Anda setuju untuk mengatarkan anak, namun si anak juga harus pulang tidak terlalu malam agar sudah di rumah sebelum anda pergi ke undangan pesta.

6. Belajar etiket sosial dan penghargaan pada siapapun

Bekali anak dengan sopan santun dan etiket sosial. Anak mencerminkan kehidupan di rumah, jadi "pendidikan" terbaik dalam hal ini adalah pada orangtua, bagaimana mereka memperlakukan pasangannya, pembantu rumah tangga, dan orang-orang di luar rumah.

Contohnya, saat di restoran, saat makanan datang, dahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan terlebih dahulu (kakek/nenek/orangtua), anak-anak jangan berisik atau berteriak di tempat umum karena bisa menggangu ketenangan orang lain. Saat ada yang mengirimkan hadiah ulang tahun, jangan lupa menelepon atau mengucapkan terima kasih.

Saat mengunjungi teman atau bertamu, harus berpakaian rapi dan sopan, atau membawa sedikit buah tangan, apalagi bila diundang makan/pesta, hargai bantuan orang dengan rasa terima kasih dan jangan melupakan balas budi, hargai orang-orang di sekitar kita seperti cleaning service, pembantu dan lainnya dengan respek yang setara.

7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik

Seseorang yang terlalu pendiam dan penyendiri, malas berkawan akan merasa tersisih. Bentuklah anak menjadi pribadi yang ramah, riang, terbuka dan selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu, toleransi terhadap perbedaan dan menjadi orang yang dapat dipercaya, mampu memaafkan dan rendah hati.



sumber-email
Nota Alinac-yong copy je tu..xlarat nak taip and nak kasi ulasan sendiri :)

Selasa, 26 Oktober 2010

:: Berdoalah kepada ibu bapa kita ::





Rassulullah SAW pernah bersabda :
” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah,
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,
- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : ‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)
Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…….


sumber-sini
 
 
 
 
Nota Alinac- amalkan ya doa kepada ibubapa..insyaAllah korang akan dimurahkan rezeki..dipermudahkan segala kerja dan dirahmati Allah~ Amin~

Isnin, 23 Ogos 2010

:: Tip Mendidik Anak Ilmu Kewangan! ::

Salam sejahtera,

Anak-anak adalah permata hati setiap ibu bapa.Kadang-kadang, anda terpaksa melayan kerenah anak-anak
dengan menuruti kehendak mereka terutamannya apabila membeli barangan yang mereka inginkan.

Sekaligus menyebabkan bajet anda "lari" daripadaapa yang telah dirancangkan.

Mungkin tip ini boleh membantu anda mendidik anak-anak anda mengenai ilmu pengurusan kewangan.

1. Mulakan ketika usia muda. Kanak-kanak akan tahu bahawa wang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu barang yang diinginkan.

2. Jadi contoh kepada anak anda. Amalkan tabiat berbelanja dengan cara yang berhemah dan terapkan amalan ini kepada anak anda.

3. Cara terbaik mengajar anak anda berdikari dalam mengurus kewangan ialah dengan memberikan elaun bulanan kepada mereka. Jika mereka mahu mendapatkan sesuatu barangan, sarankan kepada mereka agar menyimpan sehingga cukup untuk membeli barang tersebut.

4. Ajarkan mereka supaya membuat belanjawan atau bajet. Lihat corak perbelanjaan mereka sama ada mereka berbelanja melebihi elaun yang diberikan atau mempunyai lebihan.

5. Tunjukkan kepada anak-anak anda jumlah bil yang perlu dibayar setiap bulan. Melalui cara ini, mereka akan sedar bahawa pendapatan yang diperolehi bukan semata-mata untuk 'enjoy' tetapi sebaliknya untuk keperluan isi rumah.

6. sewaktu membeli belah, ajar anak anda cara membandingkan harga dan kualiti barangan. Didiklah mereka mengenai jenis barangan keperluan dan barangan bukan keperluan. Selain itu,tunjukkan kepada mereka bahawa anda hanya membeli barang yang telah disenaraikan sahaja.

7. Buka akaun simpanan untuk mereka. Didik mereka untuk menyimpan di dalam tabung khas. Bawa anak
anda ke bank setiap kali anda mahu menyimpan wang tersebut ke dalam akaun simpanan mereka. Mereka tentu seronok melihat wang mereka bertambah!

Mungkin 7 tip di atas dianggap remeh. Tetapi percayalah bahawa melalui pendekatan ini, anak anda akan menjadi lebih arif mengenai pengurusan kewangan.

Cubalah...!

Sekian,
Wassalam.

Jumaat, 30 Julai 2010

:: Biar Mati anak, Jangan Rosak BMW ::

p/s:cerita ini yong dpt dr email..so bole la baca n amik iktibar!!


Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.

Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.

Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis…alahai kesiannya…

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya …

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu…

Pompuan A: umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu: tak boleh …(sambil menangis)…nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare…

Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu: (sambil menangis)…nanti suami saya marah…

Pakcik B: Isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni…

Pakcik C: “Mana bapaknya???”

Mak Budak tu: “Dia balik Meru ambil kunci”

Semua orang: “Apa! Meru!!!”

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram…

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata…”saya takut suami saya marah” “Tunggu suami saya datang”…Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni… biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin kereta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu…

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen ” aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!”

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu…praannng….!!!! Selesai masalah…

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan…kesian baby tu..berpeluh- peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru….

Seorang lagi lelaki menjerit “biar saya periksa dia…. saya doktor”. Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu…

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC…bapak dia masih tak muncul-muncul …ye la Meru tu kan jauh…. mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu…

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...