Memaparkan catatan dengan label hutang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hutang. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2011

:: Urusan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Peringkat Sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti Ambilan 1988 - 2005::

Berkuatkuasa 1 November 2010, semua urusan berkaitan bayaran balik pinjaman pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) peringkat Sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti ambilan 1988 - 2005 diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Panduan Bayaran Balik

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi:
Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik Bahagian Biasiswa
Tel:             03 8884 4600       / 4678 / 4619




nota alinac-sila insaf yong..p bayar cepat..entri ni untuk kesedaran diri sendiri juga :)

Jumaat, 28 Januari 2011

:: Syukur kepada-MU ::

oke..macam tajuk lagu je kan? x kisah lah..cuma nak update je..nak btau orang yang berhutang dengan yong hari tu da bayar da duit yong..syukur gilak oke..then after da bayar, dia da start nak msg2 yong smula..nak beli produk la apa la.malas haku nak layan ko da yer cik..

dah la x brapa kenal..ko beli brg dgn yong 1 kali je oke..da brani pinjam duit..dah la lama..janji tipu je..ai msg..ko langsung xnak reply..dah hari-hari aku msg ko..bru reti nak bayar duit smula.skg ni aku pulak malasssssssss nak reply msg ko.xperlu la nak beli barang ke apa ke..haku da SERIK oke..sila jauh-jauh la dari saya! xsuka..xsuka!!!

tahun ni..NO MORE pinjam.pinjam DUIT oke..suka hati la korang nak cakap yong kedekut ke apa ke sebab tahun lepas cukup la muka yong ni da macam muka bank..sekali mintak nak pinjam, aku kasi..aku xkenal ko pon aku kasi..then kalo ko reti bayar semual cepat-cepat tak pe jugak..ni aku pulak macam berhutang dengan ko..nak msg ko tu.ingat x tolak kreadit ke? rugi da tu..so tahun ni tahun cari duit..kumpul duit..bukan tahun jadi banker lagik ya.! 

meluat !

oke puas hati aku lepas perasaan sat..korang pon meluat kan bca banyak-banyak? oke off!


Nota Alinac-abe halim cakap..duit banyak bukan bole bawak masuk kubur.

Khamis, 6 Januari 2011

:: kes teraniaya ::

korang ingat tak entri yong ari tu btau yong ada kasi pinjam duit pada orang yang tidak dikenali..da lama berlalu kan? tapi kan....dia masih tak bayar lagi duti yong..padan dengan muka yong :p ni tok tak tahu lagi..kalo tahu mamtik ah yong kena bambu (bebel) uh..sakit hati

so semalam yong post la status ni kat atas..ha amik ko kena sekali bebel dengan kawan kat FB(actually kawan di Fb je ye..ai x kenal juga org tu..hahah..buat-buat kenal je lah)

kenapa yong buat macam tu? supaya nak orang tu baca status yong..yong x letak nama lagi tu yer.kalo letak mau kecoh sat kena serang dengan aliens..hahahha..yong just tulis "seseorang"..erm..yong sms orang tu..dia x reply pon..nampak sangat la kan x nak bayar..mujur yong x kasi pinjam lagi duit tambah..dah la x bayar..ada hati nak tambah lagi hutang..kuang ajar btoi! semoga Allah balas perbuatan engkau..amin.

Rabu, 11 Ogos 2010

:: Selamatkan Diri Dari Hutang! ::

Anda tidak mahu berhutang? Mungkin tips pada email kali ini akan dapat membantu

1. Jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak,jangan sesekali untuk membeli barangan secara
ansuran. Kadar faedah lebih tinggi dan pastinya anda terpaksa membayar lebih banyak berbanding
beli secara tunai.

2. Jangan suka-suka berhutang kepada perkara yang remeh. Kadang-kadang suka sangat berhutang dengan
kawan-kawan. Akibatnya, hutang semakin banyak dan tidak terbayar. Kawan lari.. musuh datang!

3. Jika ingin sesuatu barang, jadikan hutang sebagai pilihan terakhir. Jika terpaksa, pilih hutang yang kadar faedahnya lebih rendah dan fleksible.

4. Pertimbangkan semula bayaran bulanan sama ada anda mampu atau tidak membayar ansurannya. Jangan
sampai tergadai rumah, kereta dan harta benda apabila anda tidak mampu membayar hutang. Tangguhkan
pengambilan hutang jika perlu.

5. Jangan memiliki kad kredit sekiranya anda seorang yang boros dan kewangan anda kucar-kacir. Kad kredit tidak sesuai untuk anda!

6. Beli barangan secara tunai. Jangan beli secara serentak jika tidak mampu. Berbelanja ikut tahap
kemampuan tunai anda sahaja.

7. Jika anda mengimpikan sesuatu barang, cuba sediakan tabungan khas untuk tujuan tersebut. Apabila cukup wang satu hari nanti, barulah anda membeli barangan tersebut.


hutang bukan satu pilihan kerana paling tidak pun, anda pasti akan berhutang juga seperti rumah dan kereta yang merupakan hutang TERBESAR bagi rakyat Malaysia.

Pengajarannya disini, rancanglah kewangan anda dengan bijak dan sebaik-baiknya elakkan dari
berhutang tak tentu arah.

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...