Memaparkan catatan dengan label kawen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawen. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2011

Majlis perkahwinan | tema Hitam & silver ::

Sabtu lepas yong dan tok ada menghadiri sebuah majlis perkahwinan..jemputan dari saudara terdekat..maka kena la p kan..sebab da 2 kali tok ter miss nak p kenduri rumah sedara ni...maka kami berdua pon ponteng le kelas kursus haji dan p makan kenduri..

ini keadaan di dalam bilik pengantin perempuan..sweet je kan..tema hitam and silver..

tu dia pengantin perempuan..muka cam orang arab dah yong tgk..yang pakai baju purple tu tok yong..lain2 tu sedara mara juga

ini pelamin..simple but nice

ok muka yong ada sket dalam entri ni hehehe..nampak tak apa yong pegang tu?? itu doorgift ya.nak tahu apa yang ada dalam tu?? mari kita buka~

kotak doorgift tadi..ada la besar tapak tangan..


taraaaa~ ada bahulu kemboja..sedap tau..dah la besar..makan sorang tak habis pon.. :) korang pernah rasa x bahulu kemboja?

bulan 7 ni ada cuti sekolah lagi ke ek? sebab ada juga kawan-kawan nak kawen bulan 7 ni..tak sabar nak p! heheheh

Ahad, 12 Jun 2011

:: patut lah mak bapak suka anak depa kawen dengan orang kerajaan::

erm..risau dengan masa depan.rasa macam gelap je ha..adeh~risau risau..

kenapa mak bapak suka anak depa kawen dengan orang kerajaan? sebab..

  • rasa masa depan anak depa terjamin.
  • kerja kerajaan ni gaji confirm tetap dah.
  • senang la semua perkara
  • dan macam-macam la yang baik-baik aja..


kenapa mak bapak nak yang terbaik untuk anak mereka?sebab..

  • dah tentu la nak yang terbaik kan.takkan nak anak hidup merempat lepas kawen..
  • dah tentu taknak anak-anak susahkan mereka pulak after kawen..macam hamba Allah yang dok ada sekarang ni :p
  • dah anak senang..mak bapak leh tumpang senang ye dak?
kalo anak kawen dengan orang yang biasa-biasa jer? adakah anak mereka tu bakal tak bahagia? bakal hidup susah? bakal melarat sampai nak makan pon kena mai rumah mak?waaaah..banyak betul persoalan yang terjah dalam palotak yong..cane nak kawen ni? serabut..serabut..

kenapa yong sebok pk? adakah yong nak kawen? haa..belum lagi maa..baru lepas musim kawen..terus kepala ligat nak pk pasal kawen gak..gatalkan aku? 

:P amik mood jugak la..hahahha

Sabtu, 11 Jun 2011

:: Jom p kenduri kawen | teringin nak kawen..huaaa ::

salam sabtu semua..yong baru balik dari kursus haji tadi..kursus pon da semakin sampai ke penghujung..tinggal 2 minggu je lagi sebelum tamat.. sedih jugak sebab belajar x berapa faham betul lagi hehehe

ok..hari ni last cuti sekolah di kawasan kedah kan..so ada ler kenduri kawen lagi dekat-dekat rumah yong ni haa..ingat malas nak p..tapi disebabkan ada LAKSA..adeh kena p nih weh hahaha.tok cakap siap ada pulut hitam lagi wow! best2~ yong harap ada teh tarik sekali la japg..bole gitu?

best jugak tengok orang kawen kan? yong ni belum mampu..kalo mampu pon kena fikir komitmen pulak..risau kang x layak nak jadi isteri lagi..sian si suami :p

ok la..hope yong semakin matang..so sementara nak matang banyak lagi nak kena belajar dalam hidup..kena belajar masak, kemas rumah, kena pandai menjahit..kena bergaul dengan orang tua..kena banyak REDHA huhu...sebab hari-hari yang mendatang mungkin lebey banyak dugaan kan? tah-tah nanti kena tinggal di kampung..haaa hambik ko..so sila biasa-biasa kan diri la wahai yong..jangan berlagak macam puteri sangat ler nanti. T____T

nak p bersiap-siap da ni..pakai simple-simple je dah ler..kenduri kat kampung je ni haa..lain ler kalo kat hotel kan?


*masalahnye sama je ha pakaian ko tu yong..mana ada baju lawa pon..:p

Isnin, 30 Mei 2011

:: Ini gambar masa di Perlis ::

Hari sabtu lepas yong p prelis..ada kenduri saudara disana..nak p sana pon da amik masa 3 jam tau..penat giler ha dok dalam kete..dah la baru balik dari kelas kursus~ sabar jela..mengantok ya amat..sian abah drive sepanjang jalan.

ni gambar kat bawah ni area kenduri tu la..best aww..rumah dorang kat bawah bukit gitu..mesti pagi-pagi sejuk je ha :)



nampak macam mak orang tak??

ini adik perempuan yong dan abah kesayangan yong :)

with lovely TOk :) eh asal gaya gedik gitu yong :p

tak sangka adik yong makin lawa skarang..hehehe

now yong baru je balik mengaji..japg nak sambung bersilat kat dapur.. *korang nak tau..tadi yong p shopping kat kedai bahan buat kek..habis duit beli macam-macam..tapi puas hati lah kan..nanti yong akan tunjuk hasilnya kat korang ek :0

Isnin, 25 April 2011

:: Berkahwin tanpa hutang ::

MELANGSUNGKAN perkahwinan adalah impian pasangan yang sedang hangat dilamun cinta, namun berapa ramai yang benar-benar mampu mengeluarkan belanja untuk menganjurkan majlis yang diimpikan?


Kerana itu segelintir pasangan memilih untuk membuat pinjaman peribadi semata-mata bagi menampung perbelanjaan majlis perkahwinan mereka. 


Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, SYARIFAH DAYANA SYED BAKRI dengan Pengarah Shuth Network Sdn Bhd, Mohd Suhaimy Abu Bakar mengenai tip mengumpul wang bagi melangsungkan perkahwinan tanpa perlu membuat pinjaman peribadi.


KEBANYAKAN pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman peribadi bagi menampung perbelanjaan. Adakah langkah berkenaan sesuatu yang perlu dilakukan pada zaman sekarang? 


Pinjaman peribadi pada zaman sekarang adalah sesuatu yang mudah didapati dan kebanyakan institusi kewangan menawarkan kemudahan ini. Namun, saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang baik kerana hanya akan menyusahkan peminjam di kemudian hari. 

Pada pandangan saya, meminjam duit untuk menjana duit yang lebih banyak adalah sesuatu yang bijak. Namun, sekiranya membuat pinjaman semata-mata untuk membelanjakannya adalah sesuatu yang merugikan.

Tetapi, disebabkan keadaan mendesak, terdapat segelintir pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan terpaksa membuat pinjaman peribadi.

Adakah cara lain untuk mendapatkan wang bagi melangsungkan perkahwinan selain membuat pinjaman peribadi?

Selain membuat pinjaman peribadi, pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan masih boleh mengumpul wang secukupnya untuk hari bahagia mereka.

Malah, jika konsisten dan mampu menahan diri daripada membelanjakan gaji bulanan untuk perkara yang tidak penting, mereka yang mempunyai gaji minimum RM1,000 boleh mengumpul sehingga RM15,000 dalam tempoh kurang dua tahun.

Bagaimanapun, terdapat perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan proses mengumpul duit dapat dilakukan dengan sempurna.

Langkah pertama adalah dengan mengawal perbelanjaan serta mengelak diri daripada membelanjakan wang untuk perkara yang kurang penting seperti menonton wayang, melancong, berkaraoke atau membeli perabot tidak perlu.

Selain itu, bakal pengantin juga perlu mengelak daripada menambah hutang atau membuat hutang baru seperti membeli kereta atau berbelanja menggunakan kad kredit.

Bagi membantu menambah pendapatan, mereka juga boleh membuat kerja sampingan seperti berniaga dalam talian atau berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam.

Selain mengikut saranan yang diberi, apakah cara lain untuk membantu bakal pengantin mendapatkan wang mencukupi?

Perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan menukar gaya hidup masing-masing. Jika selama ini kebanyakan individu hanya membuat simpanan selepas berbelanja, maka mereka perlu mengenepikan kira-kira 10 peratus daripada gaji diterima untuk simpanan.

Selepas membuat bayaran bil utiliti, mereka perlu menyimpan untuk diri sendiri.

Apakah saranan yang boleh diberi kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan tanpa membuat pinjaman peribadi?

Walaupun agak sukar mengumpul wang, tindakan mengumpul duit sendiri bagi melangsungkan perkahwinan adalah sangat bijak.

Ini kerana kebanyakan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan tidak mengetahui cabaran selepas selamat diijabkabulkan.

Cabaran mengumpul wang menjadikan seseorang itu lebih matang dan menghargai wang yang dimiliki. Tetapi sekiranya mereka mengambil keputusan membuat pinjaman, maka pada masa akan datang kemungkinan untuk membuat pinjaman lain boleh terjadi.

Apakah nasihat untuk mereka yang ingin berusaha mengumpul wang sendiri bagi melangsungkan perkahwinan.

Apa yang paling penting adalah mengukur baju di badan sendiri. Jangan berbelanja di luar kemampuan atau menginginkan majlis yang luar biasa atas alasan perkahwinan itu sekali dalam seumur hidup. Berbelanjalah secara sederhana kerana apa yang paling penting adalah mengutamakan perkara wajib dan mengadakan kenduri untuk memaklumkan kepada saudara-mara, rakan-rakan dan masyarakat mengenai perkahwinan itu.

Malah, saya juga nasihatkan mereka yang mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga agar merancang dari awal kerana ia akan menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan.





SUMBER-HERE

Khamis, 21 April 2011

:: Mencari Tudung Pengantin.please help me.. ::

salam semua..nak mintak tolong korang if ada ternampak atau terjual tudung pengantin sila beritahu yong secepat mungkin ya.nak tudung sarung je jenis ada batu kat depan tu..warna putih gitu..if ada tolong ya btau..


1 mei nak kawen ni..harap-harap sempat




*kawan yong yang nak kawen..hehehhe

Jumaat, 18 Mac 2011

:: Faridah's Wedding ::

Sabtu Lepas yong ada p kenduri kawen kawan yong..dia buat kat hotel aww.. best btoi~ makan pon sodap..tapi kawan-kawan sekolah tak ramai yang bole datang sebab sekarang belum mula cuti semester kan?so kawan-kawan yang dekat-dekat je ada..yang penting yong ada kan? HARUSlah ada..nak amik berkat hehehe.

Entri ni penuh gambar je ek..korang layankan je lah..yong yang pakai baju biru tu ler..pengantin yang lawa pakai baju putih tu :) 












nota Alinac-Stress jugak la bila balik rumah ada orang cakap "kawan-kawan yong ramai da kawen da ye....bla bla bla (perbualan terpaksa dipotong)" nak tahu sapa yang bercakap tu? Tok yong la..hheheh cakap la suh kawen cepat..kan senang. :p

Selasa, 25 Januari 2011

:: Lihatlah kek pengantin Yong ::

uiks..masa bila ang kawen yong? hahahha eleh suka hati la yer nak kata apa pon..:p saja je nak meroyan..maybe yer..maybe ini warna kek kahwen yong nanti but xnak la 3 tingkat jerk.membazir..kalo bole nak 7 tingkat..hahhaha baru tak membazir..erk? yeke aku nih?hahha

so macam biasa la. anda semua jangan risau..kalo kek tu x habis.mesti habis punya sebab yong kan gila kek..pas kahwen bole breakfast, lunch and dinner makan kek..yong da btau da abg halim.hahha dia kata x bole!!! nak nasi..it's oke darling..i'll give u rice+budu..enough la kan..hikhikhik



alahai..sweet giler ah kek ni..tension terus hahha..nak je yong tolak meja kek tu tau.sebab xda sapa kawal..saja nak rosakkan majlis orang..:p 


ehm setiap kali majis kawen mmg ada kek yer? kenapa mesti ada kek? perlu yer? btau sket...

Isnin, 24 Januari 2011

:: gambar Ayu Raudah and Rozita Che Wan..korang ada? ::

hikhikhik..pergi memana blog..asyik gambar yang sama jerk..xde ke posing macam lain sket? ceaaa..saja la nak tunjuk haa pic dari yong pulak...nak tengok?ala..sket je haa ada.. layan lah sat naa..suka tengok muka depa ni..terutama akak rozita.asal dia lawa sangat haa..jeles ah!

 see..lawa ke x lawa meh habaq sat kat ceq? tu baru sipi2 ja tengok tu..isk..isk..

 alahai..dok pikir apa tu ayu? sweet jerk nengok muka dia..nak mekap mcm tu gak lah..hehhe


 manih nya la senyuman..:p kalo yong? manih jugak ka? *perasan!

lawa banget! isk..mana lagi picture nyer ek..yg ni je siap edit..yang lain simpan dalam laptop je..kedekut nak kasi korang tengok.*bole gitu? hahahha


semoga muka yong nanti se suwitt muka dorang..tension ah tgk muka dorg manis jerk.hahhaha..all picture kredit to my jiran..kehkehkeh..next time p la join kenduti artis lagi naa.. :P

Rabu, 5 Januari 2011

:: Perkahwinan, tujuan dan falsafahnya ::

Assalamualaikum warahmatullah
Mengapa saudara-saudari menikah atau ingin menikah? Apa tujuan saudara-saudari menikah?
Lelaki atau perempuan bagaimana yang telah dipilih atau akan dipilih untuk menjadi suami atau isteri? Adakah:
  • kerana kecantikannya atau rupanya. Kalau lelaki, kerana tampan atau gagahnya?
  • kerana kekayaannya?
  • kerana keturunannya?
  • kerana agama dan akhlaknya?
Mengapa menikah?

Ramai di kalangan umat Islam terutama di akhir zaman, di zaman moden dan sains teknologi canggih ini akan memberi jawapan bahawa mereka menikah kerana ingin bersenang-senang dan memuaskan nafsu. Kalau tidak menikah kita akan terasa sepi.
Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu menikah ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang salah, jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat menikah lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumahtangga baik kita sedar atau tidak.
Kenapa dan mengapa?
Pertama: Kita telah setarafkan diri kita sebagai haiwan. Haiwan berhubungan kelamin tidak ada tujuan lain selain kerana melepaskan nafsunya semata-mata. Tidak ada tujuan-tujuan selain seks itu saja.
Kedua: Kalau menikah dengan tujuan nafsu semata-mata, ini amat berbahaya kerana sekiranya kemahuan kita sudah tidak ada lagi dengan isteri kita atau suami kita disebabkan kita sakit, atau isteri kita sakit, atau setelah isteri sudah tua, atau setelah kecantikannya sudah pudar, di waktu itu keinginannya sudah tidak ada lagi untuk perhubungan kelamin, mungkin kita ceraikan dia atau isteri minta cerai.
Kalaupun tidak bercerai kerana memandang anak-anak sudah ada dan tidak mahu berpisah dengan anak-anak, di waktu itu kemesraan sudah tidak ada lagi. Hubungan suami isteri sudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat onar, mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah, maka terjadilah krisis rumahtangga tidak habisnya. Kemudian hal ini akan memberi pengaruh terhadap psikologi anak-anak. Oleh kerana itu menikah dengan tujuan hiburan seks semata-mata tidak akan dapat membangun keluarga yang bahagia lebih-lebih lagi masyarakat yang bahagia.

Perempuan atau lelaki seperti apakah pilihan kita?

Dalam memilih jodoh baik lelaki atau perempuan, terjadiah pemilihan itu dari berbagai-bagai sudut dan aspek:

1. Pilih kerana kecantikan
Ada orang memilih kerana kecantikan, itu kalau lelaki. Kalau perempuan kerana kegagahan dan tampannya seorang lelaki. Kalau itulah yang menjadi target, hal ini amat berbahaya. Bahayanya itu kalau tidak terjadi dalam jangka pendek mungkin akan terjadi dalam jangka panjang. Kerana kalau seorang perempuan itu sudah tidak cantik lagi dan suami sudah tidak tampan, mungkin kerana selalu sakit, atau kerana kerja berat, sudah menghilangkan kecantikan atau ketampanannya, atau setelah berumur sudah tentu hilang kecantikan. Pada waktu sudah hilang kecantikan, daya tarik sudah tidak ada untuk hubungan suami isteri sebab berahi sudah lemah. Lebih lagi di luar rumah seperti di tempat kerja, pergaulan laki-laki perempuan pun bebas, rangsangan kepada perempuan atau lelaki lain lebih daripada isteri atau suami sendiri, sehingga di waktu itu mudah saja bertengkar atau bercerai.

Kalau tidak bercerai pun oleh kerana anak sudah banyak kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak, namun hubungan suami isteri sudah tidak indah lagi. Kerenggangan dan marah-marah pun mudah berlaku. Singgung menyinggung pun terjadi. Mudah saja benci membenci. Kalau begitu di manalah indahnya berkeluarga di waktu itu dan ini juga sangat memberi tekanan psikologi kepada anak-anak. Anak-anak akan menjadi korban, mungkin mereka akan menjadi liar, jauh dengan orang tua, benci tinggal di rumah, suka mencari hiburan di luar rumah, maka mudahlah terjebak dan terlibat dengan narkoba, rokok, minuman keras, bohsia, bohjan, melepak, mungkin terlibat dengan zina dan berbagai kriminalitas kerana berasal daripada rumahtangga yang tidak bahagia dan tidak harmoni.

2. Pilih kerana kekayaan

Ada orang memilih jodoh baik lelaki atau perempuan kerana kekayaannya. Dia mungkin kaya kerana gajinya besar, kerana dia dari keturunan orang kaya atau sebab-sebab lain. Ini juga amat berbahaya.

a. Mana tahu dengan takdir Allah Taala, si isteri atau suami itu dipecat. Boleh jadi kekayaan yang ada itu habis atau dia jatuh miskin kerana berbagai-bagai sebab yang dapat saja terjadi. Di waktu itu sudah tentu akan terjadi kerenggangan di antara suami isteri. Mulailah tidak senang satu sama lain, benci-membenci pun dapat terjadi. Masam-masam muka pun terjadi. Pertengkaran dan krisis rumahtangga pun terjadi. Pintu perceraian pun terbuka.

Kalau tidak bercerai pun hal ini dilakukan kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak atau kerana hendak menjaga status diri. Tapi apalah ertinya lagi rumahtangga yang sentiasa bergolak dan bergelora macam air laut yang sentiasa bergelombang. Yang akan lemas adalah anak-anak yang tidak berdosa, anak-anak juga akan mengalami seperti yang sudah kita ceritakan di atas.

Biasanya seorang lelaki menikah dengan perempuan kerana kekayaannya, si isteri tidak begitu hormat dengan suaminya. Ini kerana dia merasakan bahawa dialah yang menanggung suaminya. Atau kalau dia tidak menanggung pun, dia merasakan dapat berdikari tanpa pemberian suami. Ada suami atau tiada suamikah, dia sanggup hidup sendiri kerana memiliki kekayaan.

Dengan sebab itu lama-kelamaan taat dan setianya kepada suami itu akan berkurang. Bahkan kalau suami itu bersandar hidup dengan isteri, isteri biasanya memperbudak suaminya sesuka hati. Di arah ke sana, arah ke sini, suruh itu, suruh ini, dia akan kontrol suami sesuka hati (queen control). Akhirnya wibawa suami tergugat, kuasa suami sudah tiada lagi, bahkan takut kepada bini atau bapak mertua atau ibu mertua.

Biasa orang kaya, selalunya isteri itu dibacking oleh ibu dan ayahnya. Ada kalanya isteri berani bersuara tinggi dan mengherdik suaminya. Apakah suami boleh tahan selama-lamanya hidup begini? Apakah suami sanggup dayus sepanjang masa? Apa suami boleh merasa bahagia dengan hidup begini? Kalau pun tidak bercerai, saya rasa hidup berkeluarga begini sudah tentu tidak ada makna apa-apa. Tidak ada kemerdekaan. Sedangkan rasa kemerdekaan itu satu nikmat dan menjadi cita-cita hidup setiap orang.

3. Pilih kerana keturunan

Ada orang menikah kerana keturunan seperti keturunan orang-orang yang bangsawan, umpamanya keturunan raja, keturunan Datuk-Datuk atau keturunan orang-orang besar. Kalaulah pernikahan itu atas dasar itu saja yang tidak ada bersangkutan dengan agamanya, ini amat berbahaya lebih-lebih lagi kalau keturunan bangsawan itu adalah isteri. Di waktu-waktu berselisih faham dia akan menyebut-nyebut keturunannya dan dia akan menghina keturunan suami. Atau biasa orang berketurunan bangsawan itu kalau tidak ada agama, dia sombong dengan suami, atau keluarganya memandang rendah terhadap suami hingga suami akan terasa terhina atau merasa rendah. Di sini dapat mencacatkan kebahagiaan dan keharmonian suami di dalam rumahtangga.

4. Pilih kerana agamanya

Menikah kerana agamanya. Seorang menikah baik lelaki atau perempuan kerana agamanya, itulah yang tepat. Itulah yang dituntut oleh syariat Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi ambillah perempuan yang beragama uapa beruntung hidupmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hal ini adalah dipuji oleh Allah dan Rasul kerana menikah di atas dasar agama itu, baik dia cantik atau tidak, kaya atau miskin, bangsawan atau orang biasa, masing-masing tetap merendah hati, berakhlak mulia, suami kasih dengan isteri, isteri menghormati suami, suami memberi tanggungjawab terhadap isteri, isteri juga memberi tanggungjawab kepada suami. Akan berlaku tenggang rasa, isteri mengutamakan suami, suami bertimbang rasa dengan isteri, ada kerjasama, masing-masing berlomba-lomba hendak layan-melayan satu sama lain, maaf-bermaafan, isteri memandang hormat dengan suaminya, suami senantiasa belas kasihan dengan isteri, kedua-dua keluarga dihormati.

Allah Taala sentiasa dibesarkan melalui ibadah yang berbagai jenisnya. Perjalanan hidup Rasul dijadikan tradisi kehidupan mereka. Allah, Rasul, Syurga, Neraka, dosa, pahala, menjadi bahan percakapan. Walaupun berusaha mencari kekayaan dunia namun ia dipandang kecil, bukan menjadi tujuan, bukan menjadi bahan perbincangan. Akhirnya dunia selamat, akhirat selamat. Wujudlah kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumahtangga.

Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama, pilihlah kerana agamanya. Hal ini sangat menyelamatkan dunia dan akhirat kita. Tapi kalau mampu memperoleh keempat-empat sekaligus maka bertambah cantik dan indahnya kehidupan berumahtangga itu. Kehidupan ini bertambah ceria dan berseri namun susah hendak dicari.

Mengapa kita menikah?

Bagi umat Islam yang faham Islam, yang beramal dengan agamanya, menghayati dan mencintai agamanya, yang ada cita-cita hendak membangun agamanya secara syumul (menyeluruh) atau global, kemudian diperjuangkannya, pernikahan atau mendirikan rumahtangga mempunyai erti yang besar.
Ini kerana dari peribadi muslim dan keluarga muslim itulah titik tolak atau starting point untuk memancarkan Islam ke masyarakat, ke negara dan seluruh alam sejagat.
Dari sinilah kalau pilihan suami isteri itu tepat mengikuti ajaran Islam, kemudian hiduplah dua sejoli atau mempelai itu secara aturan Islam, setelah itu kalau Allah Taala takdirkan mereka mendapat cahaya mata atau anak-anak yang banyak dari dua insan yang berpadu kasih, yang mempunyai cita-cita Islam yang mendalam itu, maka sudah tentulah anak-anak itu dididik secara kehidupan yang dikehendaki oleh Islam. Maka insya-Allah akan lahirlah satu keluarga yang hidup secara Islam yang menjadi contoh teladan. Kalau suami isteri yang lain pula mendirikan rumahtangga mempunyai cita-cita yang sama, gabungan keluarga-keluarga yang menghayati Islam itu menjadi masyarakat yang menghayati Islam lebih besar lagi. Selepas itu sudah tentu mudah saja untuk menegakkan Islam dalam negara dan seterusnya Islam sejagat.
Tidaklah seperti apa yang terjadi hari ini di seluruh dunia. Bagi pejuang-pejuang Islam, amat sulit sekali untuk memperjuangkan Islam di peringkat negara, kerana individunya belum siap. Keluarga Islam belum siap. Masyarakat lebih-lebih lagilah belum siap. Oleh kerana itu, sudah tentu amat susah sekali untuk diajak menegakkan Islam di peringkat negara.
 
Mengapa terjadi demikian?
Kesilapan itu bermula dari individu dan dari dua suami isteri yang menikah. Islam itu tidak dijadikan tujuan mereka mendirikan rumahtangga. Mereka tidak ada cita-cita Islam.
Menikah itu sekadar hendak melepaskan dorongan naluri, keinginan alami atau dorongan biologi. Tidak ada pun dikaitkan dengan cita-cita Islam itu. Maka dari itu apakah tujuan penikahan itu? Apakah sekadar melepaskan nafsu?

Tujuan pernikahan yang sebenarnya
Tujuan pernikahan menurut Islam yang sebenarnya adalah seperti berikut:
  1. Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu kepada perempuan. Perempuan juga ada nafsu dengan lelaki. Hakikat ini tidak dapat ditolak. Kita tidak dapat lari daripada dorongan alamiah itu. Oleh kerana itu untuk menyelamatkan keadaan maka tujuan kita menikah agar jangan sampai kita melakukan zina yang terkutuk. Mestilah kita menikah agar ia tersalur secara yang halal yang memang dibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih.
  2. Daripada hubungan suami isteri itu, adalah sebagai sebab pertemuan benih kedua jenis manusia yang akan melahirkan zuriat (keturunan), anak-anak, cucu-cucu yang ingin sangat kita jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar menjadi hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa. Yang akan menyambung perjuangan Islam kita agar perjuangan Islam kita bersambung selepas kita mati. Memang setiap umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan generasi penerusnya.
  3. Kalau begitu tujuan kita menikah, kita inginkan anak yang akan kita didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anak itu adalah merupakan aset kepada kita. Anak itu sendiri pula boleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam.
  4. Dengan pernikahan itu, jika tujuan kita mendapat anak berhasil, dan berhasil pula dididik dengan Islam dan menjadi seorang muslim yang berguna, kemudian dia akan melahirkan cucu yang juga berjaya dididik secara Islam dengan sebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapat sambung-menyambung. Itu adalah merupakan aset simpanan kita di Akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara yaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat." (Hadis riwayat Muslim)
  5. Alangkah indahnya kalau Islam yang maha indah itu dapat menjadi budaya hidup sebagaimana yang pernah mengisi ruangan dunia ini di masa yang silam, selama tiga abad dari sejak Rasulullah SAW. Sekarang keadaan itu tinggal nostalgia saja. Yang tinggal pada hari ini hanya akidah dan ibadah. Itu pun tidak semua umat Islam mengerjakannya. Kita sangat ingin keindahan Islam itu dapat diwujudkan. Di dalam suasana keluarga pun jadilah, kerana hari ini, hendak buat lebih dari itu memang amat sulit sekali. Lantaran itulah pernikahan itu amat perlu sekali kerana hendak melahirkan masyarakat Islam kecil. Moga-moga dari situ akan muncul masyarakat Islam yang lebih besar.
  6. Seorang muslim bukan saja diperintah untuk mencari keredhaan Allah Taala tetapi diperintah juga untuk menghiburkan hati kekasih Allah Taala yaitu Rasulullah SAW, yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga dengan ramainya pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Maka sebab itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya menikah,seperti dalam sabda baginda yang bermaksud, "Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan dan supaya kamu menjadi banyak, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di hari Kiamat." (Hadis riwayat Al Baihaqi) Setiap umat Islam hendaknya apa yang menjadi kesukaan Rasul-Nya itulah juga kesukaan mereka.
  7. Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembira dengan banyaknya umat, maka kita sepatutnya juga berbangga dengan ramainya umat Islam di dunia ini. Maka untuk memperbanyakkannya, lantaran itulah kita menikah. Jadi kita menikah itu ada bermotifkan untuk menambah jumlah umat Islam. Ada cita-cita Islam sejagat. Kita menikah itu ada cita-cita besar, bukan sekadar sebatas hendak melepaskan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia.
  8. Menikah itu jangan sampai putus zuriat kerana kita berbangga dapat menyambung zuriat yang menerima Islam sebagai agamanya dan dengan keturunan itulah orang kenal siapa asal-usul kita atau mereka.
  9. Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada pernikahan bahawa setiap lelaki dan perempuan yang menjadi pasangan suami isteri hendaklah meniatkan satu sama lain hendak memberi hiburan kepada seorang hamba Allah Taala yang inginkan hiburan, kerana niat menghiburkan orang mukmin itu mendapat pahala.
Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-maksud daripada pernikahan di dalam Islam. Pernikahan dalam Islam ini mempunyai cita-cita yang murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujudkan satu rangkaian dan elemen-elemen amalan serta suasana Islam.
 
Jika hal ini dapat digabungkan dengan rangkaian-rangkaian dan elemen-elemen golongan yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang sama seperti yang Islam kehendaki, lama-kelamaan gabungan ini akan menjadi satu masyarakat Islam yang lebih besar lagi, yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana saja di muka bumi Tuhan ini. Dunia ini akan menjadi amat meriah, ceria, gembira dan bahagia. Barulah kita dapat meyakinkan orang lain kerana keindahan Islam itu begitu nampak.


sumber-email

Khamis, 30 Disember 2010

:: takda duit..cemana nak kawen kan?? ::

salam semua..adohai...rasa macam da lama tak berblogging..padahal hari-hari update..blogwalking pon jarang-jarang da sekarang..very-very takda mood..huhu..tah la..rasa macam ada kekurangan sangat-sangat..yong perlu cari kekurangan tersebut..maybe juga dengan keadaan sekarang..buat yong risau tak tentu hala..risau itu,.risau ini..jadi hormon pon kurang stabil..

kewangan? uh..semua orang mesti la ada masalah tu kan? melainkan jutawan..orang biasa macam kita ni sudah semestinya ada masalah tersebut..yong pon ada oke..jangan pk yong ni banyak duit..asal ingat yong teringat $$$..nampak muka yong je nak pinjam duit.maaflah..anda salah ya..jangan paksa yong lagi..ai hati lembut..kekeke..korang cakap lembut-lembut kang mula la yong cair..cis!

erm..rasa macam tak kawen jerk yong..duit pon takda..masalah berganda-ganda..rasa macam kena p kaunseling je yong ni..tension lah..oh..ada sesiapa yang nak kawen tak? mesti lah ada kan? semua orang nak kawen..tapi jodoh je tak sampai lagi..haha..semoga semuanya cepat berakhir..sekarang ni hanya menangis dalam hati..nak cerita kat orang? orang takkan faham..maybe orang ingat yong ni gila.uh T__T

mana pelamin anganku?? :p

Khamis, 2 Disember 2010

:: OMG!!! Anak Luar Nikah??? ::

tudia tajuk nak hot je kan? tapi macam biasa..tajuk harus selaras dengan isi entri..bukan nak tipu korang yer.pernah ke yong tipu.tak pernah lagi kan? next time maybe..kah kah kah

oke malam ni yong cuma nak tanya apa pandangan atau perasaan korang apabila korang mengalami satu kejadian seperti berikut :

suatu hari, seorang kawan minta tolong kamu bawakkan kawan perempuan dia ke hospital katanya demam dan sakit perut.maybe apendix kot..so korang tanpa berlengah lagi terus la tolong bawak la kawan perempuan itu ke hospital tanpa ada perasaan lain.just tolong-tolong je kan? apa salah nya :)


so pas beberapa lama tunggu, seorang nurse panggil siapa yang bawak kawan perempuan tersebut.mesti la dengan cepatnya korang mengaku korang yang bawak dia kan..
then nurse tu pon tanya..."awak tahu tak dia baru je melahirkan anak tadi? "" 


errkkk?


sekian..stakat tu je nak cerita...kalo korang? apa perasaan korang time tu? cerita benar ni tau... terjadi pada yong..tapi bukan yong la yang melahirkan anak tu..kau gila? aku tak kawin lagi la..hahahhaha..kawan perempuan tu tak kawin lagi aww..terketar kaki yong ni haa bila dapat berita macam tu..mujur tak beranak dalam kereta yong..sigh!




Nota Alinac-sila mengandung pas kawen oke! sapa ajar kau mengandung dulu? SETAN Kan?!!!!

Khamis, 25 November 2010

:: Surat Rasmi - Cara Minta Kawin Lagi :

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Rabu, 24 November 2010

:: SAERAH ADIK DATUK SITI... ::

Jom layan je ek pic ni..syok tgk org kawen...














amacam? suka tak? heheh

Selasa, 9 November 2010

:: percaya Takdir Allah ::

yong percaya..Perempuan Baik jodohnya Lelaki yang Baik..

sebab yong pernah lihat situasi itu..







kenapa ek malam ni lemau jerk rasa.
huh! 
takda semangat..













Perlu ke terburu-buru untuk kawen?

Khamis, 10 Jun 2010

:: Tips Malam pertama ::


Assalammualaikum

Wah! mesti anda tak sabar-sabar membuka entri ini. Maklumlah.. tengok tajuk je pun sudah sedikit mengujakan...

Saya bukanlah orang yang handal atau sesuai untuk untuk memberikan tips apabila tiba bab-bab seperti ini..

Jadi, saya rasa.. adalah elok saya "copy & paste" kan satu artikel yang menarik yang saya temui di internet mengenai tips malam pertama ini..

Selamat membaca..!

===========
8 Teknik memulakan Malam Pertama

Malam pertama adalah saat yang paling diidamkan dan dinantikan oleh setiap pasangan yang baru bergelar raja sehari. Kesibukkan disiang harinya akan tidak begitu terasa memandang fikiran melayang kepada layanan yang akan diberikan oleh pasangan masing-masing.

Namun begitu tidak semua pasangan yang akan menantikan kehadiran malam pertama dengan penuh terbuka, sebaliknya ada yang belum betul-betul bersedia melayani kehendak pasangan masing-masing.

Awas! Harus di ingat, sekiranya anda bertindak terburu-buru,keindahan dan kenikmatan malam pertama kemungkinan besar tiada, ianya akan berubah menjadi suatu malam yang menyakitkan.

1. Jangan Terburu-buru
Malam pertama adalah memori yang harus diingati oleh pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat, maka haruslah lakukan dengan penuh kesabaran kerana anda perlu ingat anda masih lagi dalam peringkat saling kenal mengenali antara satu sama lain.

2. Tidur Secukupnya
Tidurlah secukupnya 3 hari sebelum malam pertama itu kerana ini membekalkan tenaga yang cukup dan janganlah lakukan kerja-kerja yang berat.

3. Jaga Kesihatan.
Jagalah kesihatan anda sebulan sebelum hari malam pertama anda. Ambilah vitamin-vitamin dan jagalah pemakanan anda. Vitamin yang cukup akan membuatkan anda ceria dan dapat mengelakkan anda daripada terkena penyakit. Pada siang hari perkahwinan anda janganlah makan banyak nanti malam kalau sakit perut…rugilah.

4. Pastikan Pasangan Anda betul-betul Bersedia.
Pada malam pertama nanti pastikan pasangan anda betul-betul bersedia dan sekiranya pasangan anda tidak dapat melayani kehendak pada malam pertama anda haruslah faham. Sekiranya terlalu mendesak, kegairahan malam pertama tidak akan dinikmati dan dirasai oleh pasangan masing-masing.

5. Suasana Romantis.
Wujudkan suasana yang romantis di malam pertama. Suami boleh mulakan dengan mengucapkan kata-kata romantis pada pasangannya. Isteri boleh mewujudkan suasana yang romantis dengan boleh mengenakan pakaian yang "daring ".

6. Jangan mengambil ubat.
Janganlah mengambil ubat dengan bertujuan untuk meransangkan pasangan masing-masing, lakukanlah dengan kesabaran dan penuh kasih sayang.

7. Jaga Kebersihan Diri.
Pastikan mulut dan badan anda tidak berbau. Seeloknya bersihkan diri anda dahulu kemudian pakai wangi-wangian untuk membangkitkan ghairah pasangan. Jangan pula guna wangian yang tidak digemari oleh pasangan anda, kerana ini akan menghilangkan mood untuk bersama.

8. Kurangkan bercakap
Elakkan berbincang hal-hal yang berkaitan dengan kenduri di siang hari dan masalah-masalah yang berlaku sebelumnya. Anda haruslah memberikan fokus dan kurangkan berbual dengan pasangan anda. Sebaiknya gunakan sentuhan,rabaan,ciuman,kucupan dan sebagainya untuk membangkit ghairah pasangan anda.


sekian~

credit to maskawin.com

Sabtu, 29 Mei 2010

di hari persandingan ::

Alhamdulillah..suma nya berjalan dgn lancar..
Izzati yg demam truk smlm sudah pulih pada hti ini.
yelakannhari ni nk jdi raja sehari..msti kena ada tenaga.td dorg dah bersanding..
Aku plak kena jadi pengapit.ayoyo.mcm x kena jer..huhu..
Pengalaman baru ni taw..

Hope pasni aku plk la ek..huhu..
Adoi..skg ni zati n hubby nyer dok sebok tgkp pic..
Aku??? Uh..ngntok ya amat..
Xtaw nk tido mana.. :(


Jap td aku ada jmpa sorg rakan cyber..cyber ek..huhu..anyss nama nyer..
Org kemaman..dulu knal kt myspace..pastu skg slalu cntct kt fb je..
Hepi jmpe dia tadi.. :) dh lama nk jmpa..

Ala..klo mlm ni dpt g merewang kn best..malu la I dok sni lelama..hahahah
Sok nk blik dh..nnti leh update blog lelaju..lallala

Khamis, 27 Mei 2010

:: Makna cinta dan perkahwinan ::

 Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:"Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:"Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa."Guru itupun berkata:"Itulah cinta"Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinanGuru pun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan…akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah."Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkahwinan. "Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih…tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.

Isnin, 24 Mei 2010

:: Tips Raja Sehari ::


Assalammulaikum..

Pada musim cuti sekolah yang akan datang, seorang demi seorang rakan saya akan menamatkan zaman bujang.. maklumlah, musim cuti sekolah.. memang ramai yang akan mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Mungkin anda juga salah seorang daripada orang-orang yang akan menempuh hari bahagia tersebut. Tahniah saya ucapkan jika benar begitu.. semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

macam-macam tips yang di terima dari rakan-rakan saya yang lain yang telah pun berumahtangga. Ada yang suruh pergi berurut la.. ada yang surut hafal doa qunut la.. ada yang suruh simpan janggut panjang2 .. dan yang paling ganas yang pernah saya dengar.. masa hari akad nikah tu, pastikan si pengantin lelaki memakai seluar dalam terbalik. Ha! ha! ha!.. kononnya, ia boleh mengelakkan daripada terkena "buatan orang" semasa majlis akad nikah berlangsung.. kata rakan saya..ha! ha! ha!.. macam-macam...

Oklah.. itu cerita rakan saya, sekarang ini, saya nak berikan anda beberapa tips sewaktu majlis raja sehari anda nanti. Terpulang pada anda sama ada nak ikuti atau tidak.. :)

#1 : Sentiasa memberikan senyuman..
Di hari tersebut, pastikan diri anda sentiasa tersenyum. Jika anda seorang yang kurang memberikan senyuman, maka, anda boleh praktisnya dari sekarang. Senyuman ini penting, selain menunjukkan yang anda amat gembira pada hari tersebut, ia juga akan memberikan impak yang mendalam pada gambar-gambar perkahwinan anda kelak.

#2 : Sediakan Upah yg Secukupnya.
Mungkin ramai yang tidak maklum lagi, selepas akad nikah, anda perlu memberikan sedikit upah kepada tok kadi yang menikahkan anda. Jumlah ini adalah tetap mengikut negeri, namun jika anda tidak tahu berapa kadar bayarannya, sediakan sahaja RM100 - RM150, jika ada bajet lebih, mungkin juga anda boleh berikan sedikit saguhati kepada 2 orang yang menjadi saksi pernikahan anda. Masukkan duit tersebut dalam sampul surat/bekas angpau siap-siap.

#3 : Solat Sunat Sebelum & Selepas Akad
Mengikut trend terkini, majlis pernikahan biasanya akan diadakan di dalam masjid. Jadi, bagi bakal pengantin lelaki,adalah elok anda melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas akad nikah,semoga rumahtangga yang dibina lebih diberkati dan dirahmati.

#4 : Makan
Sewaktu makan, memang kena control skit. Biasalah.. pengantin, takkan nak makan dengan gelojoh pula kan? Jadi, nak tak nak. anda kena sedikit control gaya anda menikmati juadah pengantin.. dan disebabkan itu, maka, memang tidak banyak yang anda akan dapat makan.. ala kadar sahaja orang kata. Disebabkan itulah, maka, adalah penting untuk anda mendapatkan sarapan di waktu pagi, semasa hari majlis perkahwinan anda. Kemungkinan anda terpaksa untuk menahan lapar sepanjang hari adalah agak tinggi. Jadi, makan dulu siap-siap pada pagi itu. Kalau tidak, mesti muka anda akan masam sahaja nanti sewaktu sedang bersanding di atas pelamin, sedang kelaparan lah katakan.

#5 : Solat jamak
Ermm.. "jamak" yer!.. bukan "jimak".. jauh maksudnya itu. Bagi pengantin yang datang dari jauh, bolehlah anda gunakan kemudahan yang disediakan oleh syariat ini. Dihari perkahwinan anda, sudah pastinya anda adalah watak utama pada hari tersebut dan agak sukar untuk anda melarikan diri sebentar untuk menunaikan solat. Jadi, berniatlah untuk menunaikan solat jamak, jika tidak pasti bagaimana melakukan solat jamak dengan betul serta apa syarat-syarat untuk mengerjakan solat tersebut. Dapatkan segera buku panduan solat tersebut di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Itulah antara beberapa tips yang saya mampu kongsikan untuk kali ini. Mungkin tips ini kelihatan agak remeh-temeh, tapi, kadangkala, perkara remeh-temeh inilah yang akan mengganggu kelancaran majlis perkahwinan anda itu. Apa-apa pun, saya doakan agar majlis perkahwinan anda kelak akan berjalan lancar dan meriah.

Rabu, 12 Mei 2010

:: SALAM IN DA MORNING ::

HYE DEAR..

awal bgun pg ni...haip2..itu ptot nye ayat utk dri sndri...
heheh..org lain da mmg bgun awal..ko jerk lmbt yong...
oke lah...bgun pg ni...rasa lebih semangat nk berbloging.
bgun pg trus on laptop..
ape kejadah nyer yong..
xde keje lain da..
aku rasa mcm nk benti keje je sbb nk trus ngadap laptop wat entri bru..
eh.buang tebiat dah yong ni..
hehe..

merepek da pg2 ni..
aku snbr nyer dah rasa berdebar2 lah..
yela..xsbr nk g KL mgu depan..
2 mgu lg nk g pahang lak..
dua pg tgk org kawen..aku??jadi pengapit lah
org lain kawen..aku lak berdebar2 lebeh..
ape kes??

tah2..aku pon kawen sama??NAKKKKK!!! (gatainyer) ;p

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...