Memaparkan catatan dengan label saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saya. Papar semua catatan

Ahad, 16 Januari 2011

:: What Berry Are You?? ::

halooohaa..hehhe selamat hari ahad..selamat bercuti ya semua..Hari ni Kedah pon cuti aww sebab today Hari Keputeraan Sultan Kedah.maka semau orang bercuti.adik-adik pakat melepak la kat rumah..

haa.saje je post pasal What Berry Are You.. yela baru-baru ni kawan yong pakai juga Blackberry..tapi dia pakai line Celcom..katanya bil sebulan rm108 kalo x salah yong..erm, bole tahan juga harganya ya..

so yong btau la dia suh tengok web digi..ada plan yang bagus..see..macam-macam pilihan ada kan? cuba teka yong pakai plan yang mana? ya BTOLLLLL! mesti la plan rm68 tu..sebab yong nak semua keistimewaan guna Blackberry ni..tak nak leh guna sket2 jerk.x smart ah..nama pon Smartphone kan..maka haruslah tuan dia pon smart juga..hikss!

So ada yang bercadang nak beli Blackberry?? yu all nak jenis yang cemana? ada macam-macam jenis aww..yong nyer BB yang paling murah..ah malu la nak btau.korang teka jelah :p

Nota Alinac-siyes i lap u aww Berry :)

Khamis, 30 Disember 2010

:: Ciri-ciri keluarga sihat ::

hari ni yong nak share ciri-ciri keluarga sihat...info yong dapat dari email..saje share kat sini..senang nak buat rujukan pada masa akan datang :) jom baca
 

  • Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
  • Mempunyai pendidikan yang sewajarnya/mencukupi
  • Mengamalkan cara hidup sihat sepert makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan mengamalkan kesihatan pergigian yang baik
  • Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
  • Memupuk keselamat emosi
  • Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
  • Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
  • Beriadah bersama
  • Mempunyai sumber/pendapatan yang mencukupi
  • Mengamalkan nilai agama dan moral
  • Memupuk sokongan sosial
Kepentingan keluarga sihat
Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat.sebuah keluarga yang sihat dapat memnuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, social dan psikologi secara optima disamping menutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat
Amalan keluarga sihat
  • Makan secara sihat
  • Bersenam selalu
  • Mengamalkan kesihatan pergigian
  • Menjauhi daripada merokok
  • Mengamalkan kesihatan mental yang baik
  • Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yangoptima
  • Memastikan rumah yang selamat
  • Mengamalkan nilai agama dan moral
  • Memupuk sokongan sosial
Makan secara sihat
Pupuk amalan secara sihat bersama keluarga
  • Mulakan hari anda dengan sarapan pagi
  • Sarapan pagi memberikan anda tenaga dan nutrien untuk membolehkan anda berfungsi sepanjang hari
  • Pastikan ahli keluarga anda makan mengikut waktunya
  • Makan snek bila perlu. Pilihlah snek yang mengandingi kandungan lemak, gula dan garam yang rendah
  • Makan bersama boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik ahli keluarga makan secara sihat
Ketika menyediakan hidangan keluarga, ambil perhatian terhadap keperluan pemakanan semua ahli keluarga terutama yang muda, yang tua dan juga mereka yang mempunyai keperluan pemakanan khas
Gunakan garis panduan makan secara sihat
  • Makan pelbagai jenis makanan
  • Makan lebih bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti-aktiviti fizikal
  • Pilih makanan yang kurang kandungan lemak, kolestrol, garam dan gula
  • Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari
  • Sedia, hidang dan makan makanan yang bersih dan selamat
Bersenam selalu
Setiap ahli keluarga perlu bersenam - bukan sahaja ahli sukan. Anda akan mendapat faedah dari aktiviti fizikal dan senaman yang tetap
Faedah-faedah bersenam
  • Menjadi cergas
  • Mengawal berat badan
  • Membina stamina dan kekuatan
  • Meningkatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan
  • Menuatkan otot, tulang dan sendi
  • Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dna peredaran darah
  • Memperbaiki postur badan
  • Menyerikan wajah dan meningkatkan ketrampilan diri
  • Mengurangkan tekanan mental
  • Melambatkan proses penuaan seperti osteoporosis di kalangan wanita menopos
  • Meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan
Senaman bersama keluarga adalah menyeronokkan
  • Libatkan ahli keluarga dan kawan-kawan bila melakukan senaman
  • Ketahuilah bahawa terdapat pelbagai senaman, permainan dan sukan dimana anda dan keluarga boleh lakukan bersama seperti :-
  • Berjalan kaki
  • Lompat tali
  • Berbasikal
  • Berjoging
  • Berenang
  • Bersenamrobik
  • Bermain badminton
Pilihlah permainan atau sukan yang digemari dan menggembirakan semua ahli keluarga.
Tiada masa, tiada tempat untuk bersenam ?
Kebanyakkan kita terlalu sibuk untuk bersenam. Walaubagaimanapun kita masih boleh menikmati cara hidup sihat yang cergas dengan mengamalkan petua-petua berikut :-
Semasa perjalanan ke tempat kerja
  • Sekiranya menggunakan lif, keluarlah 2 tingkat lebih awal dan seterusnya gunakan tangga
  • Turun LRT/bas satu perhentian lebih awal dan seterusnya ke pejabat
  • Sekiranya anda memandu ke pejabat, bersenamlah 15 minit sebelum ke pejabat
Semasa di pejabat
  • Lakukan senaman ringan atau rengangan selepas lama bekerja
  • Lagihkan penggunaan tangga dan kurangkan pengunaan lif
  • Lakukan senaman di waktu rehat semasa menghadiri mesyuarat panjang
  • Libatkan rakan sekerja untuk sesi bersenam waktu rehat tengah hari
Semasa di rumah
  • Lakukan rengangan atau senaman ringan semasa menonton televisyen
  • Ikut serta anak-anak anda ke taman permainan dan bersenam selepas waktu bekerja
  • Berkebun adalah sejenis aktiviti fizikal yang baik
Semasa membeli- belah
  • Letakkan kereta jauh sedikit dari tempat membeli belah kerana berkalan kaki ke tempat tersebut merupakan satu bentuk senaman yang baik untuk anda
Bersenamlah secara tetap sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk 20 - 30 minit setiap kali.
Amalkan kesihatan pergigian yang baik
Kesihatan pergigian yang baik bermaksud mempunyai set gigi penuh dan gusi sihat yang boleh berfungsi serta bebas dari masalah pergigian.
Kesihatan pergigian adalah penting untuk membolehkan seseorang:
  • Mengunyah makanan dengan sempurna bagi membantu proses penghadaman.
  • Bercakap dengan jelas.
  • Memberikan senyuman dan paras rupa menawan yang dapat meningkatkan keyakinan diri.
  • Mencegah masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi.
  • Memelihara gigi yang baik seumur hidup.
Bagaimanakah keluarga dapat menjaga kesihatan pergigian yang baik?
  • Setiap ahli keluarga seharusnya mengamalkan kesihatan pergigian yang baik semenjak usia muda.
  • Berus gigi anda dengan berkesan untuk menanggalkan plak.
  • Gunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi berfluorida.
  • Flos gigi anda selalu untuk membuang sisa makan.
  • Berkumur setiap kali selepas makan.
  • Kurangkan gula dalam makanan dan minuman.
  • Pilih makanan dan minuman yang kurang kandungan gula.
  • Dapatkan permeriksaan gigi secara tetap sekurang-kurangnya sekali setahun.
Jauhi daripada merokok
Merokok adalah satu amalan yang merbahaya dan telah dibuktikan sebagai salah satu penyebab utama kanser paru-paru. Merokok juga boleh meningkatkan risiko :
  • Penyakit-penyakit kronik seperti bronchitis dan emfisema
  • Serangan sakit jantung
  • Atherosklerosis (penyempitan saluran darah)
  • Penyakit darah tinggi dan strok (angin ahmar)
  • Diabetes
  • Ulser dalam perut dan usus
  • Mati pucuk dn kemandulan
  • Osteoporosis (tulang rapuh)
Merokok boleh menyebabkan:
  • Kerap batuk dan selsema.
  • Mengurangkan stamina dan kekuatan fizikal
  • Mulut berbau busuk dan muka berkedut pada usia lebih awal.
Merokok memberi kesan buruk kepada keluarga dan orang sekeliling. Sebanyak 85% hingga 90% asap dari sebatang rokok yang dilepaskan ke udara akan disedit oleh orang di sekitar. Mereka juga akan mendapat :
  • Serangan sakit jantung
  • Kanser paru-paru
  • Memburukkan lagi penyakit yang sedia ada
  • Iritasi (gangguan) kepada mata, hidung dan tekak
Ibu yang mengandung yang merokok atau terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan, rendah berat badan atau mati
Kanak-kanak yang kerap terdedah kepada asap rokok akan :
  • Selalu megalami batuk, selesema, jangkitan telinga, hidung dan tekak
  • Mengalami perkembagan paru-paru yang lambat
  • Berisiko mendapat serangan asma
Jadilah seorang yang tidak merokok
  • Keluarga yang tidak merokok akan menjadi lebih sihat
  • Setiap ahli keluarga berhak menikmati udara yang bersih dan bebas dari asap rokok
  • Asap rokok mengandungi bahan beracun yang boleh menyebabkan kanser
  • Wang yang dibelanjakan untuk membeli rokok boleh digunakan untuk kebaikan ahli keluarga
  • Merokok adalah dilarang oleh kebanyakkan agama
  • Lindungi keluarga anda di rumah. Jangan galakkan tetamu anda meokok dengan tidak menyediakan bekas abu rokok dan rokok di rumah
Bebaskan diri anda daripada merokok
Kebaikan berhenti merokok
  • Tubuh badan anda akan pulih kembali seperti sediakala
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan penyakit lain
  • Kesihatan orang yang anda sayang tidak lagi terancam
Jika anda mahu berhenti merokok
  • Buat keputusan untuk berhenti merokok dan maklumkan kepada ahli keluarga dan sahabat anda
  • Tetapkan bila hendak berhenti merokok
  • Buang semua rokok dan bekas abu rokok
  • Dapatkan sokongan ahli keluarga dan rakan
  • Bergaullah dengan rakan-rakan yang tidak merokok
  • Libatkan diri dalam kumpulan sokongan berhenti merokok
Belum terlewat jika anda ingin berhenti merokok.
Amalkan kesihatan mental yang baik
Ahli keluarga yang mempunyai kesihatan mental yang baik sentiasa :
Menerima satu sama lain ;
  • Menerima kekuatan dan kelemahan
  • Saling hormat menghormati
  • Mampu menerima kekecewaan
  • Bersikap reslistik
Berasa selesa dengan orang lain
  • Saling percaya mempercayai
  • Berkerjasama
  • Bertanggungjawab
  • Memahami dan menerima perbezaan
  • Bina ikatan yang berkekalan
Mampu menghadapi cabaran hidup sebagai satu keluarga
  • Tumpu perhatian dalam menyelesaikan masalah keluarga
  • Rancang masa hadapan
  • Terima pengetahuan dan pengalaman secara terbuka
  • Tentukan matlamat yang realistik
  • Buat keputusan bersama
Langkah-langkah ke arah kesihatan mental yang baik dalam keluarga
  • Ketahuilah kekuatan dan kelemahan ahli
  • Tetapkan matlamat yang realistik
  • Berfikir secara positif
  • Berkongsi masalah
  • Belajar menyayangi diri
  • Bina ikatan kekeluargaan yang berkekalan
  • Berbuat baik, sayang menyayangi dan bersopan santun
  • Bersedia untuk menerima teguran
  • Rancang masa depan dengan baik
  • Luangkan masa untuk keluarga
  • Jarakkan perubahan dalam hidup
  • Amalkan nilai agama dan moral
Memupuk keselamatan emosi
Keselamatan emosi bermaksud mempercayai diri sendiri, berupaya berdikari dan mempunyai kestabilan emosi. Ini dibina dalam keluarga
Ciri-ciri seseorang mempunyai keselamatan sosial :-
  • Tenang
  • Boleh mengawal diri
  • Yakin diri
  • Berdikari
  • Peka dan prihatin
  • Dapat menjalin hubunganbaik dengan orang lain
  • Berani untuk meminta bantuan
Cara-cara memupuk keselamatan sosial dalam keluarga :-
  • Tunjukkan minat dan saling bertanya khabar serta mengambil bahagian dalam aktiviti keluarga
  • Tunjukkan kasih sayang secara fizikal seperti sentuhan dan pelukan
  • Berikan pujian dan penghormatan secara lisan dan bukan lisan seperti memuji kejayaan anak, meminta maaf bila bersalah dan murah dengan senyuman
  • Hormati hal-hal peribadi keluarga seperti mengetuk pintu sebelum masuk atau meminta kebenaran menggunakan barang persendirian
  • Berikan ruang untuk memajukan potensi seperti belajar dari kesalahan, menerima idea baru dan bertolak ansur
  • Luangkan masa bersama-sama ahli keluarga seperti makan dan beriadah bersama
Amalkan kesihatan reproduktif yang baik
Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental serta sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan dengan sistem reproduktif serta proses dan fungsinya
Kepentingan kesihatan reproduktif yang baik dalam keluarga
  • Untuk perkembangan keluarga sihat dan interaksi positif
  • Untuk mencegah kehamilan yang tidak dikehendaki, penyakit kelamin dan penderaan seks
  • Untuk memastikan hubungan seksual yang bertanggungjawab dan memuaskan antara pasangan
Bagaimana keluarga boleh membina kesihatan reproduktif yang baik ?
  • Suami/isteri mestilah secara aktif mendorong peningkatan tahap kesihatan pasangan masing-masing
  • Pasangan suami/isteri sepatutnya saling hormat menghormati dan menjalin persefahaman untuk mencapai kepuasan hubungan seksual
  • Setiap kehamilan perlu dirancang, dikehendaki dan selamat
  • Setiap ahli keluarga seharusnya memastikan bahawa ibu yang hamil perlu menerima penjagaan kesihataan yang baik semasa hamil dan bersalin serta selepas bersalin
  • Ibu bapa seharusnya membimbing dan memupuk harga diri anak-anak serta menanam nilai-nilai murni khususnya berhubug tanggungjawab perilaku seks
  • Ibu bapa patut mengetahui bahawa anak remaja mempunyai keperluan reproduktif yang khusus
  • Ibu bapa mesti melindungi anak-anak mereka dari penderaan seksual
  • Setiap ahli keluarga seharusnya mengetahui bahawa tingkah laku seksual berisiko boleh menyebabkan penyakit kelamin termasuk AIDS
Memastikan rumah selamat
Rumah yang selamat boleh mencegah kemalangan di kalangan ahli keluarga. Kemalangan kerap berlaku di dapur, bilik air dan ruang tamu dan biasanya melibatkan kanak-kanak dan orang tua
Pastikan rumah anda selamat
Dapur
  • Pastikan semua bahan kimia, ubat-ubatan dan benda-benda tajam seperti pisau, disimpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
  • Pastikan alas meja tidak terjuntai dan tidak boleh ditarik
  • Pastikan lantai dapur kering
Bilik air
  • Pastikan lantai bilik air tidak licin
  • Bahan-bahan pencuci disimpan di tempat khas yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
  • Semua bekas takungan air hendaklah sentiasa ditutup
Ruang tamu
  • Pilih perabot yang tidak berbucu tajam dan bukan diperbuat daripada kaca
  • Susun atur perabot tidak menghalang pergerakan
  • Pastikan permaidani tidak mudah bergerak dan permukaan rata
  • Pastikan tiada barang seperti permainan, buku dan surat khabar bersepah di lantai
  • Tutup semua soket dinding dan pastikan tiada wayar yang berjuntai
Amalkan nilai agama dan moral
Keluarga sihat dibina atas asas dan amalan agama yang kukuh, kasih sayang, hormat menghormati, bersefahaman, tolak ansur dan tanggungjawab. Nilai agama dan moral adalah penting untuk kehidupan berkeluarga yang sejahtera
Bagaimana mengamalkan nilai agama dan moral dalam keluarga?
  • Tetapkan matlamat yang jelas sebelum berkahwin kerana ia adalah satu komitmen dan pelaburan sepanjang hayat
  • Pilih pasangan hidup dengan bijaksana
  • Lakukan perubahan dalam keluarga dengan bijaksana
  • Hormati ibu bapa anda kerana restu mereka menjamin keredaan Tuhan dalam kehidupan berkeluarga
  • Berkongsi tanggungjawab dan saling bekerjasama dalam keluarga
  • Memperakui dan menghargai sumbangan ahli keluarga
  • Jadikan diri anda sahabat dan contoh yang baik kepada keluarga anda
  • Didiklah anak anda mengikut zamannya
  • Amalkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian
Jadikan rumah anda sebagai syurga yang penuh dengan kasih sayang dan kedamaian.
Memupuk sokongan sosial
Keluarga sihat sentiasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat. Masyarakat yang bertanggung jawab dan bersikap sivik bermula dari keluarga yang sihat.
Amalan-amalan yang memupuk sokongan sosial
  • Membantu ahli keluarga dan kawan dalam kesusahan
  • Memupuk semangat kejiranan
  • Bersama menyeru kepada kebajikan dan mencegah kejahatan dalam masyarakat
  • Menghargai dan tidak merosakkan harta awam
  • Setiap keluarga berperanan mengawasi ahli keluarga dari pengaruh negatif
  • Setiap keluarga turut berperanan mempengaruhi media massa ke arah lebih positif

Isnin, 15 November 2010

:: bole btau tak apa perasaan korang bila..... ::

bole btau tak apa perasaan korang bila "kononnya" korang ada business sendiri.menyewa di salah sebuah tempat..tapi bila nak pergi kerja..pintu pagar tempat korang sewa tu da kena rantai..(kena lock la tu)
rantai pulak jenis rantai kapal ko..mmg JELAS taknak bagi da korang menyewa kat situ..

then tuan penyewa datang maki2 korang cakap suh berambus jerk?? (tuan penyewa ala2 kena histeria da ni)
maka lepas tu korang pon buat la business baru..hidup baru da cuba melupakan business lama tu..

then pagi ni.tuan penyewa dulu tu cuba msg korang dan bertanyakan khabar.katanya ingin berjumpa (tanya kabar tu saje je la..bukan nak tanya khabar sangat...WTH)

then dia call korang tapi tak dapat sehingga terpaksa call ahli keluarga korang yang lain sbb nak cakap dengan korang..dia beri pesanan supaya menghubungi dia semula..

apa perasaan korang kalo jadi keadaan macam ni?

  • perlu ka nak contact dia semula? 
  • atau biarkan jerk?

yong rasa..misi pen"jilat"an LUDAH akan kembali...(itu pendapat yong jerk)


kita tengok kesudahan nyer..adakah dia nak jilat ludah dia semula..atau ada perkara lain disebalik MEE itu.


sekian.






menunggu jawapan,
yong.


happy dgn kehidupan skg,tapi keluarga..cincang cemana pon takkan putus T__T

Selasa, 9 November 2010

:: percaya Takdir Allah ::

yong percaya..Perempuan Baik jodohnya Lelaki yang Baik..

sebab yong pernah lihat situasi itu..







kenapa ek malam ni lemau jerk rasa.
huh! 
takda semangat..













Perlu ke terburu-buru untuk kawen?

Ahad, 24 Oktober 2010

:: header baru..beauty ke yong? ::

da tgk header terbaru yong?? lawa tak??


anyways..ada sedikit rasa happy..pliss happykan yong :)

otak da kurang berat.tp masalah tak kurang lagi.kejap lagi pas hbis kelas agama nk p pos brg..sapa nk tlg yong jpg ek?

ari tu yong suh adik perempuan yong masuk pejabat pos laju tu.akak kaunter tu tanya "kenapa kakak tak masuk??" 

haish! yong xmasuk pon tanya ka? hahaha..
isu..isu..

Khamis, 23 September 2010

:: Esok ada rumah terbuka kat rumah yong ::

hai semua..



salam muhibbah.. :)


seperti tajuk diatas..esok rumah yong ada buat open house aww..da lama x buat open house :)
ingt ke tahun ni xde nk open2 da..x sgka..ada jugak buat nyer.so kepada sesiapa yg tinggal area sungai petani ni..jemput lah datang yer kerumah..masakan biasa2 saja..ada la spageti sket2..ketupat rendang tu biasa la..bla3...hahaha..(banyak jenis jugak tu)

dan x lupa...kepada my abe halim.mu jangan x dtg ya! hahahhaha ada hati nk ckp loghat sana...
besh nya esok! x sabar nk makan banyak2..n nk dating ngn abe halim...:p yahoooo!!!







p/s=mai jangan x mai!

Rabu, 22 September 2010

:: masa untuk pulang kampus! ::

bukan yong yg balik kampus..yong bukan student da..xlayak da nk study..IPTA x terima.hahahha
masa ni yong hantar adik nk balik POLY..kat stesen ketapi Butterworth..kat sp pon ada stesen ketapi..xtahu kenapa dia bli kat butterworth..nyusah yong jah! hahhaa
 kat pintu masuk stesen.ada ketapi model! 
yong bukan model! just patung gedik ja.:p

 masa untuk pulang :)

 muka sedey ke apa tuh?

syok jgk kadang-kadang naik ketapi..kadang-kadang je oke..slalu-slalu maw patah pinggang ni..



nota alinac-suka naik ketapi tak? yong suka "kadang-kadang " je

Selasa, 21 September 2010

:: NURIZ COSMETIC ::

Salam semua..hai2..baik2 aja kan hari ni?
yong nak tanya..korang sekarang pakai produk apa kat wajah? sesuai tak dengan wajah korang?
muka yong? xde rahsia oke..kalo orang tanya..baru yong bitau..tp muka biasa2 aja..mana ada rahsia pape :)
amik wuduk 5 kali sehari pon da ckup nk bg seri wajah taw..

oke..penah dengar tak NURIZ Cosmetic? ala..akak2 kita mesti tahu punya..iklan pon ada kuar TV..xkan xtahu kot :) byk juga produk keluaran Nuriz.. antaranya yang ini


kalo ada masalah wajah pon..bole cuba la produk dari NURIZ..skg ni Nuriz da buka hotel taw..da ada dua da :) cantik!

masa yong balik dari SIAM ari tu..yong ada singgah kat hotel nyer..ala lupa..produk NURIZ ni keluaran sini je.tempat yong..auntie Nuriz lak mmg da kenal ngn Mummy yong..yelakan..dari bidang yang sama..mestilah kenal kan..

dapat jugak makan free kat cafe hotel dia..skali dpt mkn BBQ and steamboat..adoi..x larat da nak makan..dah le kat siam melantak x ingt...pas makan suma..skg masa untuk usha2 bilik n sesi tangkap gambar..jom layan :)

 ni la Tuan punya produk :) NURIE ZAIN 

 gaya gatal ;D

 lawa kan :)

dalam salah satu bilik..mmg besar la.syok btol kalo itu bilik yong





nota alinac-masuk je hotel tu.trus tibe2 ada impian nak buat and berjaya jugak mcm auntie Nuriz..
i hope! yeah!

Isnin, 20 September 2010

:: mahu Template yang lawa..ada sesiapa bole bantu? :

salam semua...yong bercadang nak tukar template untuk blogshop yong..nk yg simple n lawa la..
but..dah berkenan kat satu template ni..dari td dok buat..x menjadi..x reti ah..
buat benda senang pon x bole..tetiba rasa nak nangis :(
cis! sgt2 senang buat org lain..asal yong dok buat x menjadi pape pon..
maka..kena cari lain la..dok buat tp xmenjadi..macam buang masa pulak..

kalo ada sesiapa yg bole tolong...hulurkan tangan anda ya :)

terima kasih
lihat..shawl Bob Marley :) lawa kan..yong x jual tudung..tp jual muka..hah! (cemana tuh?? )

:: raya Ketujuh plus rojak ::

salam semua..dah berapa hari raya ni..yong baru nak update raya ketujuh..agak lambat kan?
sebab YONG PUASA SEBULAN..(percaya tak?x tipu oke) maka beraya la yong selama sebulan..
update blog pon jarang-jarang..haha..mood raya masih ada..mood nak kumpul harta pon makin menebal
jom layan pic lak :)

 ni anis rina n farah farhana.masa ni dorg dtg umah yong :)
muka yong besar je kan?? haha

 masa ni p beraya umah khalilah...makan spageti sampai 2 mangkuk..opss..sunguh x cover yong..


 dorg pon nak jugak oke :) oke smile 

 masa ni pg beraya umah mun..kwn masa skol TARP dulu.. :) hanis pon ada..kami kawan baik aww..ada lg sorg xdtg..tertinggal kot..hehe

cam semak je latar belakang tu kan??

dah habis raya ketujuh..penat beraya..raya ke lapan yong lepak je kat umah..pastu sambung beraya lagi..hahah
.................................................................................................................................................

td masa check fb..ada org tag lagi pic masa raya ari tu..nak tgk x?
jom2




dua pic kat atas ni sambungan CERITA ROJAK lepas :)

eh..ai suka la tgk baju merah ni..baju ni da lama beli..jarang sangat pakai..tp nampak cam baru kan?
lawa! (puji diri sendiri amatlah digalakkan) hahahha


tata

Sabtu, 18 September 2010

:: SEMUANYA ADA 13 PEDANG ::

Salam semua..
apa kena tajuk mcm tu ek?haha..kita stop dulu cerita pasal raya..
meh nak kenalkan sket follower yong yg ke 300..
mcm biasa la kan.yong rajin kasi gift kat follower yg tertentu.jadi follower yg bertuah ni pon dpt..
siap buat entri ttg yong aww! sungguh terharu taw..ngeee
anyway..tq ya 13 pedang.byk sungguh pedang kamu..
nk usha entri yang 13 pedang buat? tgk ni bukti nya

 cakap byk xyah la kot ek..nnti kita jumpa kat next entri..yong skg bz promosi set baru..nnti yong tunjuk ya:)
jom la p blog 13 pedang.kita beraya sana pulak ya..


tata

Jumaat, 17 September 2010

cerita raya rojak :)

Gambar ni masa raya keempat..baru je balik dari Perak..tgk2 ada sedara dtg dari kl n perlis..
syok la sbb dpt duit raya! haha..Budak lelaki kecik kat belakang tu panggil ai "mak".ayoyo..jd mak yong ler nmpknyer..da tua la ai..:p

Raya kelima..mmg yong bersemangat waja la nk p beraya umah kawan2..
skali sentap lah! kena p siam pulak..kelam-kabut mcm apa da :p
tgk baju ai..merah gitu..candid by syuhaida..lawa x?



 ni masa p umah anis rina..ngn syaida :)


 macam mak org kan?

masa kat umah syu...dari kiri anis,yong n syaida :)
  besh jgk jumpa kawan2 lama :)

................................................................................................................................

 da habis beraya dua buah rumah (sket je kan) maka yong pon bergegas pulang..nk raya umah mentua  kat siam pulak..haha..kalo ai kawen ngn abg halim..mmg ai jadi org siam jgak la.. :)


 breakfast @ SIAM..mcm biasa msti ada tea ais! mmg sodap la kat sini..dah la mahal berpatutan..harga rm4 ja..mahal murah kan?

 sebelum p siam..harus amik gambar depan pintu umah :)
 actually nk tunjuk shawl baru tu..haha

 ngn tok yong..aiya..lap u la tok!

sekian..next entri :)

Selasa, 7 September 2010

:: shopping yang tiada kesudahan ::

Salam semua..hari ni 28 ramadhan ya?

x lama lagi da nak raya..em..sebut pasal shopping...memang kalau selagi belum raya..shopping takkan stop ka?

ari tu yong dan famili da shopping sakan kat KL..now da blik kedah..setiap hari ada ja benda nak beli..aiyo..ada lagi ka benda tak cukup? ni yong da bersiap untuk keluar shopping lagi..tok siap order kain langsir nak jahit..

aik? lagi 2 3 hari nk raya pon sempat nk jahit ke? yong x kesah la kan..x jahit pon xpe..lgpon utk bilik yong..bukan ada orang nak msuk pon..dah la mcm kapal karam..sesapa masuk pon mengucap..hahhaa

oke.nnti balik sambung ya...kita tgk balik nti bwk balik apa..huh! 




nota alinac-mesti jem giler nanti..sakit lutut!

Isnin, 6 September 2010

:: Yong dan Kuala Lumpur ::

salam semua..da lama x update citer ttg yong..waa..bajet org nk taw sgt le citer yong ek..pirah! hahah
seperti yg sedia maklum..atau yg blom termaklum..yong bru je balik dr KL kemarin...da seminggu tgl kat sna membawa hati yg duka dan lara..hahah..sedey punya ayat! cis!

yela..ada sedara pon masukkan "pasir" dalam periuk nasi kita..nk wt cemana kan? Allah Maha Besar..semoga dia bertaubat! amin :(

dah2..jgn sedey2 nurul ain! anda kuat kan? :P

bg motivasi kpd diri sendiri xpe kan..hehehe..now saya nk berterima kasih kpd pakngah n makngah yg btol2 bg layanan terbaik masa kami kt KL..

sgt2 besh sbb bole kata setiap hari kua..smpi kaki pon sakit2..tok pon da x larat nj jalan..hehe
yong pg sana bwk tok.yela.tok pon sedey dgn apa yg berlaku pada keluarga kami..maka dgn rasa sukanya...yong bwk tok pg jgk..cucu yg baik kan..bwk tok p jalan2 kt KL..kami pg naik kancil je taw..
dr kedah ke kl naik kancil..hehe mujur selamat sampai..kuat jgk kancil yong ni..ngeee

byk tmpt kami pg..gambar ni ms kat MIDVALLEY..ada sale laa..aiyooo..ramai btol org

 candid! mmg gumuk nmpk kan?wlupon berat da turun.hahaha

 pandangan pelan.. :P 

 yong n fariz (anak pakngah) kuat nangis fariz ni..

yong pg kl ari Isnin..ktrg smpi ptg..mlm pas berbuka trus g Jalan TAR..shopping sket2 jerk...yong bli baju kurung jenis cotton...style skg kan? semestinya yong xnk ketinggalan..
setiap hari ada je agenda..pening kpala ni..hehe.
ok stop dulu..smbung next entri ya :)

Rabu, 1 September 2010

:: Gen Fujita.. sila lapor diri ::


hai...pengumuman..follower yong da naik ke 300..
jd mcm biasa..ada nk kasi sket gift..
seperti nama di atas..GEN FUJITA..
sila add saya kat fb Alinac Shoppe (ada kat side bar jerk)..n sent ur name, address n no phone ya...

yong skg berada di kl..da dua tiga hari da..jumaat @ sabtu nnti baru balik :)
shopping sakan dok sini..nnti yong update oke..tata

Isnin, 30 Ogos 2010

:: kenapa perlu "anonymous" ?? ::


yong dapat komen tu..tp xde nama la..komen plak kat entri SAKIT LUTUT LAH :( 
perlu ke buat mcm tu.bg komen xde nama?iskk..
nk tergelak plak tgk tajuk tu.haish..apa la yong ni.hehe..
bikin malu plak... :p

xpe la kan..tq la..May Allah Bless U :)

Jumaat, 27 Ogos 2010

:: Jangan takut berfesyen bak kata HAWA ::

salam semua..hari ni kita kasi femes sket kwn yong yg sorg ni..NUR HAWA nama dia..
semalam Hawa ada buat entri tentang Jangan takut untuk berfesyen..so mcm besh lak tajuk nyer kan??
pinjam tajuk ek Hawa..jangan marah..hihi
so korang?takut tak berfesyen..suka tak try fesyen terbaru..suka tak pakai fesyen yang orang lain x pakai lagi...
kalo yong..stakat ni xde lagi takut...main hentam jerk..alhamdulillah stakat ni xde lagi yong pakai ala-ala LADY GAGAP..oke jerk..orang tgk pon x sakit mata..hahaha
semalam yong kuar...mcm biasa la..asyik-asyik kena pg ECONSAVE..nenek yong suh bli brg dapur...mcm ikan ke ayam ke sayur ke..muka ni la hari-hari kat ECONSAVE..adoi..kadang2 malas taw nk p..tp kalo x p..kang berbuka nak makan apa?
Disebabkan sekarang ni ramai da orang jual n bli skirt mini yang bole pakai ngn suar tu...maka yong pon ada la keinginan sebegitu rupa..tp yong malas nak order online..nak taw apa yong buat? yong pg kedai kain..then yong p bli kain..kain apa tah nama dia..lupa lak..kain tu bole buat inner syria jgk tu.jnis mcm getah2 tu..taw kan?
yong bli la dlm 3 warna..black,red and grey..yong kasi kat nenek yong..and tunjukkan contoh skali...ada contoh banyak dalam fb..amik sudah..hahahha
maka..dalam masa beberapa hari..siap la beberapa inner n skirt mini ai! awww..seksi gitu! hahaha
bila dipakai oleh yong..jadi la mcm ni...

 nampak x inner tu sama ngn skirt? hahha..tq for my grandmom!! muah2~

 bli ikan..haish!

 ni la keje ai sehari-hari..ai bukan beautician da..hahhaa

 bawal ada..sotong ada..bla.bla..blaa..



 hahhaha..oke x weh?? x oke pon nk pakai jugak! sian nenek i buat...u all ckp x cantik taw..
ada persoalan??kenapa yong pakai mask? hahhaha..tu kan fesyen..xde2...sekarang kan bulan puasa..jadi kulit yong jadi sgt2 kering..hbis bahagian bibir ni mengelupas..mujur ada mask dalam beg..dpt le pakai..oke what...?? :p


nota alinac=kalo yong pakai mask..agak-agak pekerja ECONSAVE dapat cam yong x? :P

Khamis, 26 Ogos 2010

:: kasi KAD RAYA..ketinggalan zaman ke??? ::

salam semua :) sihat ke?

yong ingat tahun ni nk kasi kad raya la..ms g tesco ari tu..ada la bli sedikit kad raya..
so sapa nk kad raya..sila sent nama penuh, address n no phone ya kat FACEBOOK ALINAC SHOPPE...
scpt mgkin taw..

da hbis shopping bagai..maka dlm perjalanan nk balik..ada la nmpk kedai majalah..usha2 sket..ada nmpk majalah ni~


sori pic xclear...xpndai amik elok2...

itu majalah INTREND..x penah pon bli sblm ni..yong bli sbb cover depan dia muka SITI NURHALIZA...pastu dlm majalah tu ada free gift..dalam hati ni punya la nk tahu apa benda la dalam ni ek..sbb majalah tu berbalut ngn plastik..maka xdpt la nk tgk apa ada dalam tu..sbb nk tgk..maka kena la bli...
sudah bli...

rupa2 nya..ada free PAD..nmpk x dalam picture tu??pastu ada free gift dr jenama SYAHIRAH n last ada sampul duit raya muka NORA DANISH...pasni sapa dpt duit raya ngn yong..ada nmpk muka NORA DANISH tu paham2 la ek..

aik! yong nk bg duit raya ke???kan yong da "miskin" skg.keje pon xde :( cancel lah! tahun depan la ek yong bg duit raya..kad raya bole start tahu ni..so cpt2 sent address ya..n p pos da ni..hehehhe

p/s-hati x terteram dok sini...jom berhijrah :(

Sabtu, 21 Ogos 2010

:: Di sebalik kejadian yang berlaku..semua ada hikmah nya ::

salam sejahtera buat kwn2 semua..da berapa hari yong x online kan?
yong taw suma x rindu kt yong..hahhaa..smlm yong da balik da ke rumah..tp xsmpt nk on9 lg...
so pg ni semangat la kan nk p keja..nk jual produk bru la katakan..tp apakan nasib..ada masalah yg btol2 xdpt nk di elakkan..so buat sementara wktu ni..yong bukan lg beautician girl..dah jd ala2 penganggur berjaya gitu....mujur ada side income..so xde la anggur byk sgt kan..isk..melalut da..
nk citer kat korg pon..ibarat membuka pekung didada..so diringkaskan cerita..hari ni yong mcm kena bala yg sadis! ada ke ayat mcm tu?? huhu
serius! down giler oke..xsgka adik bradik bole buat jahat sesama sendiri..xsgka lgsg! sanggup tutup periuk nasi kami :( apa la nasib kami nnti..da la nk raya nnti.org nk cari duit lebeh..tp org tu buat mcm ni lak.
aduh! semoga Allah membantu org2 yg teraniaya spt kami...semoga yong dpt cari tmpt lain utk bekerja.semoga keadaan kembali pulih..semoga family yong seperti dulu..semoga..semoga..semoga..
yong hny boleh berdoa dan berusaha..keputusan di tangan Allah..
maybe Allah nk uji yong n family di bulan puasa ni..yong yakin yong bole harungi nya dgn cool! wah..xde job leh cool lg ek..muahahhaha..
alahai..rileks2..xde job bukan leh mati yong..semua under control..org buat jahat ngn kita..Allah pasti balas.x balas skg..maybe di akhirat nnti..Alhamdulillah dgn apa yg terjadi..semoga yong kuat! jgn menangis yong! plsss :(

Rabu, 18 Ogos 2010

:: Oversea Again..ada nk kirim apa-apa???

salam semua..sudah mlm bru bole update ttg diri sndri..post2 yg lain suma xde kaitan..hahha yeke?
erm..smlm yong p keje jp jerk..ada la dlm 15 minit..keje apa la 15 minit je tuh?
mulanya mcm ni..byk nyer keje nk buat..smpi x terbuat rasa..pg2 lg mcm biasa la yong kelas ngaji.kat belakang umah je pon..da blik ngaji blaja menjahit plak ngn tok..tok ajar jahit guna mesin jahit..tp bkn yg bru tuh..yg lama.. :( failed! x menjadi..kaki ni MATI kata tok..xbergerak..huhu...geram btol..last2 tok jgk yg buat..yong bercadang nk buat inner sndri :) see..ala2 kedekut nk p bli inner kt kedai..gegeh nk buat inner sndri..berbekal duit yg x sberapa..dpt la 3 color kain jnis apa tah..lupa..kain tu mmg utk buat inner n shawl la..tp yong bg cadangan kat tok..suh buat skirt ke..sarung tgn ke..tiub ke..bla3..mcm2 idea da kuar..but now.da siap inner n skirt..tok ckp bli la lg kain..nnti tok jahit..ni syg tok ni..hahahha..xsbr nk tgu tok jahit suma kain2 yg yong bli..pasni ada la shawl bru..xyah bli kat kedai..puas hati..dpt byk..giler kedekut! hahahha

dah hbis menjahit..ms utk rehat n ber Online pape yg ptot..da ptg bru kuar g post suma brg customer..
today pon mcm tu...ptg bru kuar..pstu kena g bli brg dapur jgk..kelam kabut jdnyer..
hari ni ada buat karipap..jadi la kan..xde la lawa pon..so xde gmbr nk tnjuk..da pandai buat lawa2 rupa kuih..bru yong update oke..hehe

so esok..pg2 yong akan kua post brg2 customer..n p imegresen utk buat border pass..sepupu yong x buat lg..ktrg nk ke thai lg..yahoo! besh2..mcm2 product nk bli..nnti yong update kt fb n blog oke..ada sapa2 nk pesan brg??

da p sna..xleh la nk p tarawikh..sian tok..xdpt pg 2 mlm nnti..tok slalu p ngn yong jerk.muka kami msti kat saf depan..mula2 mmg liat sket yong nk p masjid..yela..da kenyang..nmpk tilam jela..tp da hari2 p.rasa syok la taw..pstu rasa mcm bersenam pon ada..hehe...20 rakaat hbis buat..mmg rasa mcm bersenam la..sihat badan ni smbil beribadah..skg ni ramai lg kt msjid..lama2 sket msti da kurang..td pon tgk pas 8 rakaat..tgl 2 3 bris je saf pmpuan..xpe la..hope yong n tok akan sntiasa di saf depan..doa2 la yong ni rajin..xde yong..xde jgk la tok..frust tok nnti :)

nota alinac-mesti abg halim rindu yong

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...