Memaparkan catatan dengan label terasa hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terasa hati. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Ogos 2010

:: Di sebalik kejadian yang berlaku..semua ada hikmah nya ::

salam sejahtera buat kwn2 semua..da berapa hari yong x online kan?
yong taw suma x rindu kt yong..hahhaa..smlm yong da balik da ke rumah..tp xsmpt nk on9 lg...
so pg ni semangat la kan nk p keja..nk jual produk bru la katakan..tp apakan nasib..ada masalah yg btol2 xdpt nk di elakkan..so buat sementara wktu ni..yong bukan lg beautician girl..dah jd ala2 penganggur berjaya gitu....mujur ada side income..so xde la anggur byk sgt kan..isk..melalut da..
nk citer kat korg pon..ibarat membuka pekung didada..so diringkaskan cerita..hari ni yong mcm kena bala yg sadis! ada ke ayat mcm tu?? huhu
serius! down giler oke..xsgka adik bradik bole buat jahat sesama sendiri..xsgka lgsg! sanggup tutup periuk nasi kami :( apa la nasib kami nnti..da la nk raya nnti.org nk cari duit lebeh..tp org tu buat mcm ni lak.
aduh! semoga Allah membantu org2 yg teraniaya spt kami...semoga yong dpt cari tmpt lain utk bekerja.semoga keadaan kembali pulih..semoga family yong seperti dulu..semoga..semoga..semoga..
yong hny boleh berdoa dan berusaha..keputusan di tangan Allah..
maybe Allah nk uji yong n family di bulan puasa ni..yong yakin yong bole harungi nya dgn cool! wah..xde job leh cool lg ek..muahahhaha..
alahai..rileks2..xde job bukan leh mati yong..semua under control..org buat jahat ngn kita..Allah pasti balas.x balas skg..maybe di akhirat nnti..Alhamdulillah dgn apa yg terjadi..semoga yong kuat! jgn menangis yong! plsss :(

Sabtu, 5 Jun 2010

:: PAKU DI DINDING HATIMU.. ::


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada
kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Sabtu, 8 Mei 2010

:: senstitive jgk aku ni ::

aiseh..rasa hati ni mcm kena peluru berpandu jerk bila baca satu blog ni..
blog mana??ada lah.. ;[
xpe lah...ckp la pape pon..
cpt giler aku trasa hati..yela..klo blog tuh aku hari2 dok ngadap..
kira mcm sanjung kowt(amboi)..tp tetibe ada kata2 yg mengguris hati ni..aduh.. sob..sob.. ;(
erm...yela..blog aku ni kan tah pape jerk.. "kosong"..xde "isi"...sapa la aku ni kan??
thanks to mr.ben....hari2 baca blog dia..aku pon hmpir tegar berblogging..
tp kalo ter femes mcm dia..slah aku ker??
aku buat blog suka2 jerk...klo femes..itu bonus!!! leh promote spa aku plak pasni..
kan??
but pape pon thanks kpd si dia yg berkata2 itu... :(

drpd si tah pape

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...