Memaparkan catatan dengan label anak luar nikah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak luar nikah. Papar semua catatan

Khamis, 2 Disember 2010

:: sambungan OMG!!! Anak Luar Nikah??? ::

oke kepada yang da baca entri OMG!!! Anak Luar Nikah???  
jom baca sambungan nyer ek? sebab ada yang bertanya.tak perasan ke kawan perempuan tu mengandung?

oke macam biasa la kan..manusia kalo da buat salah..mesti la nak selindung.kalo da mengandung tu..dia mestila pakai baju besar-besar..tapi masa mengandung..pelik badan dia takda mengembang sangat..cuma nampak chubby je gitu...kira kalo tengok orang chubby dan dia tu macam takda beza sangat la..biasa je..tapi dalam hati ni mestilah ada kata-kata something kan? kau tahu jela..mulut yong ni kan jahat sket..tapi jahat-jahat pon yong ni.."siapa antar dia g hospital?" yong jugak tau..malu aku satu hospital weh..nurse senior2 tu dok mengata dia je masa kena isi borang semua.."sapa dok tahan telinga?" yong jugak tau!!!!

yang si "bapa" pulak masa tu mana tah lari..adoi..sakit je jiwa masa tu sebab yong je sorang kena handel suma tu..first time in my life.tapi takpa pengajaran mengajar kita kan?  hope dorang akan insaf..sekarang da kawen pon..ala majlis simple2 jerk..dan yong tak hadir pon majlis pernikahan dorang sebab yong ada kerja di luar kawasan..

pengajaran nyer..sila lah berfikir guna akal ya kawan-kawan.bukan guna nafsu..mak bapak suh belajar kat sekolah..yang kau pergi bercinta buat apa? hidup ni jangan menyusah orang lain..belajar agama bagi pandai sket.supaya tak terkeluar landasan~





sekian 








mukaku diconteng arang,
Alinac


:: OMG!!! Anak Luar Nikah??? ::

tudia tajuk nak hot je kan? tapi macam biasa..tajuk harus selaras dengan isi entri..bukan nak tipu korang yer.pernah ke yong tipu.tak pernah lagi kan? next time maybe..kah kah kah

oke malam ni yong cuma nak tanya apa pandangan atau perasaan korang apabila korang mengalami satu kejadian seperti berikut :

suatu hari, seorang kawan minta tolong kamu bawakkan kawan perempuan dia ke hospital katanya demam dan sakit perut.maybe apendix kot..so korang tanpa berlengah lagi terus la tolong bawak la kawan perempuan itu ke hospital tanpa ada perasaan lain.just tolong-tolong je kan? apa salah nya :)


so pas beberapa lama tunggu, seorang nurse panggil siapa yang bawak kawan perempuan tersebut.mesti la dengan cepatnya korang mengaku korang yang bawak dia kan..
then nurse tu pon tanya..."awak tahu tak dia baru je melahirkan anak tadi? "" 


errkkk?


sekian..stakat tu je nak cerita...kalo korang? apa perasaan korang time tu? cerita benar ni tau... terjadi pada yong..tapi bukan yong la yang melahirkan anak tu..kau gila? aku tak kawin lagi la..hahahhaha..kawan perempuan tu tak kawin lagi aww..terketar kaki yong ni haa bila dapat berita macam tu..mujur tak beranak dalam kereta yong..sigh!




Nota Alinac-sila mengandung pas kawen oke! sapa ajar kau mengandung dulu? SETAN Kan?!!!!

Isnin, 22 November 2010

:: Mengahwini Wanita Hamil ::

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.


Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila... .


Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di
sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini
seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan,
atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut,
adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.






sumber-email
Nota ALinac-jika ada sebarang kesalahan pada sumber di atas..diharap ada yang tampil beri penjelasan..anda bole copy entri ini jika ia bole membantu dan memberi pengajaran pada orang lain..

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...