Memaparkan catatan dengan label haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haji. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2012

Nota Kursus Haji Bersiri | tahun kedua yong datang kursus

salam dan selamat pagi.. sihat tak pagi ni? yong oke je..pagi ni yong bersiaran di KL.. baru sampai semalam..kemarin yong di seremban.. manyak busy maa.. merata je yong ada.. ;p

so today yong nak cerita la sket aktiviti yong di pagi sabtu lepas..macam biasa lah..seperti tahun lepas.yong ada menghadiri kursus haji bersama tok yong.. elok juga pergi kelas kan..dari tido je dikala pagi sabtu haha..dapat ilmu agama..bole jugak share dengan korang..


ini buku teks yong..actually dah pernah tunjuk dah dulu..tapi takpe lah..nak jugak tunjuk lagi kepada kawan-kawan blogger yang baru.. muda-muda pon bole p kursus haji yer.. p jer daftar awal..kot ada panggilan haji..nanti bole ler bergelar haji/hajjah..

kalo yong p haji..insyaAllah dapat ler bergelar Hajjah Nurul Ain.. oh sedap nama tu kan?? semoga sempat ler kita semua menjadi tetamu Allah.. kena praktis dari sekarang..ilmu kena cukup..tak gitu??

Khamis, 23 Jun 2011

:: Pengertian Haji dan Umrah ::

Pengertian Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) di Makkah pada bulan-bula Haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Pengertian Umrah
Umrah ialah mengujungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Sejarah ringkas Haji

Sejarah Haji dibawah syariat Rasulullah
  • Haji telah diwajibkan pada tahun ke-5 Hijrah.
  • Pada tahun ke-6 Hijrah, Rasulullah S.A.W mengerjakan Umrah dan disertai oleh 1500 orang pada sahabat tetapi rombongan ini tertahan di Hudaibiyah.
  • Pada tahun ke-7 Hijrah, mereka membuat Umrah Qada.
  • Pada tahun ke-9 Hijrah, Rasulullah S.A.W mengutuskan Saidina Abu Bakar yang disertai seramai 300 sahabat pergi menunaikan Haji.
  • Pada tahun ke-10 Hijrah, Rasulullah S.A.W telah mengisytiharkan untuk menunaikan Fardu Haji.
  • Pada 25 Zulkaedah tahun 10 Hijarah, Rasulullah S.A.W dengan isteri-isteri baginda telah memulakan perjalanan dan diikuti oleh 124,00 orang para sahabat.
  • Haji tersebut dikenali sebagai:
  1. Haji Islam
  2. Haji Akhbar
  3. Haji Wada'

Khamis, 14 April 2011

:: adakah anda mempunyai simpanan Haji?? ::

adakah anda mempunyai simpanan haji??? 
jika mahu menyimpan ada caranya..serendah RM52.00 sebulan..banyak kelebihannya jika menyimpan bersama PREUDENTIAL BSN TAKAFUL...jika berminat ,sila msg Hafes di 0174242716 ....beliau akan ceritakan kelebihnnya.....antaranya BADAL HAJI, PAMPASAN PENDAPATAN KELUARGA, KHAIRAT KEMATIAN DAN BANYAK LAGI....
apa tunggu lagi?? mari lah...


iklan tiada tajaan..sekadar membantu :)

Jumaat, 18 Februari 2011

:: Kursus Haji minggu ni takda Class ::

Salam semua..ingat tak dulu yong pernah buat entri masa dalam kelas kursus Haji? yang x pernah baca bole click here oke..so da lama x start cerita pasal kursus tu kan? hampir terlupa da yong.hehe..

minggu lepas yong ada pergi lagi kursus nyer.sekarang ni belum lagi masuk lagi bab haji.baru masuk bab Fardu Ain..wajib oke kita pelajarinya.kalo Fardu Ain kita tak tahu..cemana dengan Haji yang kita bakal buat tu? so better belajar je kan.. First class ari tu pergi sana, yong ada beli buku nota ni..kira nota macam buku teks la..balik rumah bole study..masa dalam class ustaz tu dok terangkan la secara detail semua tentang Fardu Ain..yang mana agak-agak macam tak tahu tu.bole jadi tahu la bila kita p majlis ilmu ni..happy juga dapat belajar ilmu agama.


 muka depan nota haji :)


belajar Fardu Ain dulu..yang penting sekali..cara solat, ambil wuduk..kot ada yang tersalah buat ke apa ke kan.so bole refresh balik masa ni :0


syarat-syarat sah solat, rukun solat..semua ada..

But, minggu ni yong takda class..sebab semua ustaz yang mengajar area sini semua akan p mesyuarat di Penang..mesyuarat tentang Haji la :) so, after this baru kitorang akan belajar secara detail tentang Haji..banyak bab nak kena baca tau..ada sesiapa nak belajar juga?nanti yong share nak?

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...