Memaparkan catatan dengan label kursus haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kursus haji. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2012

Nota Kursus Haji Bersiri | tahun kedua yong datang kursus

salam dan selamat pagi.. sihat tak pagi ni? yong oke je..pagi ni yong bersiaran di KL.. baru sampai semalam..kemarin yong di seremban.. manyak busy maa.. merata je yong ada.. ;p

so today yong nak cerita la sket aktiviti yong di pagi sabtu lepas..macam biasa lah..seperti tahun lepas.yong ada menghadiri kursus haji bersama tok yong.. elok juga pergi kelas kan..dari tido je dikala pagi sabtu haha..dapat ilmu agama..bole jugak share dengan korang..


ini buku teks yong..actually dah pernah tunjuk dah dulu..tapi takpe lah..nak jugak tunjuk lagi kepada kawan-kawan blogger yang baru.. muda-muda pon bole p kursus haji yer.. p jer daftar awal..kot ada panggilan haji..nanti bole ler bergelar haji/hajjah..

kalo yong p haji..insyaAllah dapat ler bergelar Hajjah Nurul Ain.. oh sedap nama tu kan?? semoga sempat ler kita semua menjadi tetamu Allah.. kena praktis dari sekarang..ilmu kena cukup..tak gitu??

Khamis, 23 Jun 2011

:: Pengertian Haji dan Umrah ::

Pengertian Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) di Makkah pada bulan-bula Haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Pengertian Umrah
Umrah ialah mengujungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Sejarah ringkas Haji

Sejarah Haji dibawah syariat Rasulullah
  • Haji telah diwajibkan pada tahun ke-5 Hijrah.
  • Pada tahun ke-6 Hijrah, Rasulullah S.A.W mengerjakan Umrah dan disertai oleh 1500 orang pada sahabat tetapi rombongan ini tertahan di Hudaibiyah.
  • Pada tahun ke-7 Hijrah, mereka membuat Umrah Qada.
  • Pada tahun ke-9 Hijrah, Rasulullah S.A.W mengutuskan Saidina Abu Bakar yang disertai seramai 300 sahabat pergi menunaikan Haji.
  • Pada tahun ke-10 Hijrah, Rasulullah S.A.W telah mengisytiharkan untuk menunaikan Fardu Haji.
  • Pada 25 Zulkaedah tahun 10 Hijarah, Rasulullah S.A.W dengan isteri-isteri baginda telah memulakan perjalanan dan diikuti oleh 124,00 orang para sahabat.
  • Haji tersebut dikenali sebagai:
  1. Haji Islam
  2. Haji Akhbar
  3. Haji Wada'

Rabu, 20 April 2011

:: Perkara-perkara yang membatalkan KeIslaman ::

Salam semua dan selamat pagi.Pagi ni yong nak share sesuatu ilmu dengan korang..iaitu Perkara-perkara yang membatalkan KeIslaman..isi kandungan nya yong ambil dari buku teks kursus haji yong..jadi mari kita sama-sama amik isinya dan jadikan panduan hidup kita :)

  1. Mempersekutukan Allah dalam ibadat.
  2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraam dirinya dengan Allah.
  3. Tidak mengkafirkan orang musyrik.
  4. Berkeyakinan bahawa ajaran yang dibawa selai Nabi Muhammand S.A.W lebih sempurna.
  5. Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai syariat baginda.
  6. Memperolok-olok Allah atau kitabya atau sesuatu yang merupakan ajaran agamanya.
  7. Sihir.
  8. Membantu dan menolong orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin.
  9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikut syariat Nabi Muhammad S.A.W
  10. Berpaling dari agama Allah atau hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim.
mungkin ada yang terleka..so harap info sebegini akan beri panduan pada anda :) sekian.

Jumaat, 8 April 2011

:: Kursus Haji | Sifat-sifat terpuji dan tercela ::

Salam semua..pagi ni yong nak share dengan korang tentang Sifat-sifat terpuji yang patut korang amal dan sifat tercela yang sangat-sangat perlu dielakkan bukan sahaja di Tanah Suci Mekah..tapi juga disini..dalam kehidupan seharian kita ya... jangan anggap bila nak ke Mekah baru nak elak dari buat kerja keji..sekarang ni pon sama je oke..kalo bole elakkan..buat yang Allah suka je.baru Allah sayang kita :) so mari kita baca..


 Sifat-sifat terpuji

  1. Taubat
  2. Ingat mati
  3. Amanah
  4. Sabar
  5. Syukur
  6. Ikhlas
  7. Redha
  8. Rajin
  9. Pemurah
  10. Berjimat-cermat
  11. Bertimbang Rasa
  12. Penyayang
  13. Tolong-menolong
  14. Menepati janji
  15. Bertanggungjawab


Sifat-sifat tercela

  1. Cinta Dunia
  2. Tidak Ingat mati
  3. Penting Diri Sendiri
  4. Pemarah
  5. Takbur/ Sombong
  6. Riak
  7. Ujub
  8. Pembohong
  9. Pengumpat 
  10. Mencerca/memaki
  11. Penipu
  12. Kedekut
  13. Pemboros
  14. Hasad/Dengki
  15. Khianat
  16. Bermuka-muka
sekian..harap info ini berguna untuk rakan-rakan amal dalam kehidupan seharian ya..amin !

Sabtu, 2 April 2011

:: huaaa!! SUPER mengantok!!! ::

hari ni hari Sabtu..macam biasa la kan kalo pagi sabtu ni..nak kemana? nak kelas Kursus Haji lah! alahai..mengantok ni dik non oi~ yong x larat btol nak p..tapi tok nak p jugak..haish..terpaksa la ku turutkan walaupon sampai jam 12 tghari ni yong dok sleepy je lebey :(

kereta pulak rosak.masih di bengkel..lagi ah mod kelaut..kereta da siap sebenarnya..saja malas nak p amik.hari-hari, bulan-bulan nak p beki kete..idok ler teman ni dok mengecop duit yer. baik beli je kete baru..kan?

tension! NAK tido!! NAK tido!!! T__________T

Jumaat, 25 Mac 2011

:: Kursus Haji | Penyucian Jiwa / Hati ::

Salam Jumaat semua..hari ni meh yong nak share sedikit lagi tentang apa yang yong belajar masa kursus haji..today yong nak share tentang penyucian jiwa/hati..Sebelum nak p buat ibadah haji..antara yang paling penting ialah niat atau hati kita ni.kalo niat nak p tu dah x bagus..x oke la yer kawan-kawan semua~ so hati kena bagi bersih dulu~ bagaimana nak sucikan jiwa tu? jom kita baca~



  1. Aqidah yang sahih
  2. Ilmu/kefahaman Islam
  3. Pelihara Solat Lima waktu
  4. Tafakkur & Zikrullah
  5. Qiamullai (ibadat malam)
  6. Sekedah (harta / anggota / lisan)
  7. Banyakkan berdoa
  8. Kurangkan gurau senda dan bercakap yang sia-sia
  9. Memperbanyakkan amal kebajikan.

perkara di atas ni bukan tumpu pada orang yang nak p haji ja yer..kita yang tak p haji lagi pon bole amalkan perkara di atas..semoga kita semua dapat sucikan jiwa masing-masing..janganlah kasi hati kita HITAM dengan sifat2 mazmumah

Sabtu, 12 Mac 2011

Siri satu | Hikmah Haji

Salam semua..hari ni yong datang kursus haji lagi. So today yong nak share sket ilmu ngn korang. Di bawah ni ialah hikmah. So amatilah.


1. Pengorbanan
2. Satu Cita-cita
3. Persamaan
4. Dugaan
5. Sabar dan tabah
6. Persaudaraan
7. Gambaran Akhirat
8. Melawan nafsu
9. Fadhilat
10. Mengabdikan diri


Yong x dpt nak terangkan dengan lebih lanjut sbb kurang mahir. Kang salah naya. Korang bole rujuk dengan orang yang lebih mahir.


Sekian.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...