Jumaat, 17 Jun 2011
::update| Bundle time kembali lagi!!! versi kanak-kanak pulak ::
Jumaat, 7 Januari 2011
::Kes budak hilang!!!! Ada sesiapa nampak budak lelaki ini? ::
Ahad, 28 November 2010
:: KANAK-KANAK HILANG ! ::
minta perhatian terutama blogger ! korang kalau boleh, copy la entry ni.
SESIAPA YANG ADA TERJUMPA KANAK-KANAK ( GAMBAR DI ATAS ). PLEASE & TOLONG LAPORKAN KAT BALAI POLIS. ATAU INFORMKAN KAT AFIF. NI ADIK SEPUPU DIA. HILANG PETANG SEMALAM. KAT AREA GOMBAK/PPR , GOMBAK SETIA. KANAK- KANAK NI BERNAMA AFIF SAFUAN DAN BERUMUR 10 TAHUN.
tolong ye ! kesian adik afif safuan ni. kecik lagi. tak pun, korang tinggalkan comment kat entri sini kalau ada ape-ape maklumat. TERIMA KASIH !
Selasa, 26 Oktober 2010
:: penah tak tiba-tiba rasa nak lempang orang? ::
bole pulak terserempak ngan jiran sebelah umah.pelik tak? tak pelik kan? hehe
oke..jiran yong tu ada la dalam berapa belas tahun tah x bertegur dengan keluarga yong..haha..so masa terjumpa tadi..bole dia kasi JELINGAN MAUT kat yong..cis! oke xpe..da mmg perangai orang tua kan..never mind.. :p
da masuk ke rumah tempat yong nak mengaji tu..terjumpa pulak dengan cucu dia..ada dua orang..budak lagi..dalam umur 6 tahun gitu la..yg sorg lagi maybe darjah 6 gitu kot..
yang darjah 6 tu xpe la..biasa ja yong tgk..tapi yang umur 6 tahun tu..haish! nak je yong lempang-lempang muka dia..hahha.ganas ni..dah la tengok orang tak pernah senyum..siap jeling-jeling lagi..ikut perangai nenek dia la tu...ketuk kepala nak? geram tengok..
sebelum ni just dengar tok yong je yang beritahu..ada jiran lain cakap cucu org tu muka masam je bila jumpa orang..jeling-jeling gitu..ngee..mmg nak kena..mujur nenek ko ada tadi..hahah
so hari ni bole tengok dia depan mata..mmg ada sifat2 buruk tgk kat budak ni..:p
busuk hati pon ada..kecik-kecik lagi nenek ajar gitu..besar nanti aku xtau la apa jadi ngn awak ke budak~
oke la..moral nyer sekarang..hormatilah orang tua.da pg mengaji tu buat perangai baik-baik.. kang ada yang balik xjumpa jalan..lalallala
Nota Alinac- tak elok kan sebab benda kecik..x bertegur sampai berbelas tahun T__T
Sabtu, 22 Mei 2010
:: Cium anak pon boleh dapat pahala taw ::
Entri kali ni adalah dari e-mail yang saya terima dari kawan. Isi kandungannya yang agak menarik dan ingin saya kongsikan bersama pembaca blog ini.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? “
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”



























