Isnin, 5 Disember 2011

6 Makanan Yang Membantu Memperbaiki Mood Anda











Susu tanpa lemak- Susu tanpa lemak kaya dengan kandungan triptofan yang membantu otak manusia untuk mensintesis serotonin. Serotonin adalah bahan kimia semulajadi yang akan menyebabkan seseorang berasa tenang dan gembira. Ia juga mengandungi sejumlah antioksida yang baik, vitamin D dan vitamin B12 yang melawan stress dan membantu dalam anti-penuaan.
Blueberries- Buah kecil yang berwarna biru ini mengandungi vitamin C dan antioksida, yang keduanya dikenali sebagai pembunuh stress. Ianya juga kaya serat yang membantu proses pencernaan.
Kacang- Kacang juga kaya dengan kandungan serat larut, asid folat dan lemak omega-3, yang kesemuanya dikenali dapat membantu dalam proses pemulihan perasaan seseorang. Ia  juga merupakan sumber kalsium yang sangat baik untuk tulang.
Pisang- Seperti susu, pisang mengandungi triptofan yang kemudian diubah menjadi serotonin ‘bahan kimia gembira’. Ia juga mengandungi karbohidrat yang membantu meningkatkan tenaga dan kandungan kalium yang mencegah daripada kekejangan.
Coklat- Ada alasan mengapa coklat adalah salah satu makanan yang paling popular untuk memperbaiki mood seseorang. Kandungan gula didalam coklat membantu meningkatkan tahap endorfin, yang akan bertindak untuk melawan stress.  Tetapi, memakan coklat secara berlebihan akan mendatangkan kesan sampingan yang lain terhadap diri anda.
Minyak ikan (scott’s emulsion)- Minyak ikan seperti salmon yang kaya dengan asid lemak omega-3, dikenali dapat membantu untuk meningkatkan mood seseorang. Ianya juga mengandungi vitamin B6 dan B12 yang membantu dalam pengeluaran serotonin.

1 ulasan:

TINA berkata...

Assalamualaikum



terima kasih sebab share

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...