Jumaat, 17 Disember 2010

:: Orang tua beristeri sexy ::

1. Orang tua beristeri sexy

Ada seorang orang tua yang berumur 70 ++ duduk di tepi jalan sambil menangis. Kemudian seorang polis mendekatinya dan bertanya,

“Kenapa pak cik menangis ?” tanya polis itu.

Sambil menangis orang tua itu menjawab..

“Saya ada seorang isteri yang cantik sekali berumur 25 tahun, berambut perang, seksi, sangat mencintai saya, dan sekarang sedang menantikan saya di rumah.”

Polis tu kembali bertanya
“So apa masalahnya? kenapa pak cik bersedih??”

Dengan menangis semakin kuat orang tua itu menjawab:

“SAYA LUPA DI MANA RUMAH SAYA!!!! “

2. Anak kuda yang confuse

Seekor anak kuda di zoo bertanya kepada ibunya sambil menunjuk ke kandang Zebra.
Anak Kuda : “Mummy, kenapa anak kuda disana belang-belang, tapi saya tak?”
Mak Kuda : “Oh, itu pasti kerana bapaknya hidung belang…”


3. Ajoi dan Sumardi

Ajoi: Wak, ayat mana yang betul?
A. Anak yatim itu dipukul ayahnya.
B. Anak yatim itu dipukulkan oleh ayahnya.

Sumardi: Pasti . . . Anak yatim itu dipukul ayahnya baiii!!!

Ajoi: Salah…!

Sumardi: Naper lak bro ???

Ajoi: Dua-dua tak betul..anak yatim mana ada ayah… huakakakak

Sumardi: @#$%#@

6 ulasan:

Shag berkata...

LOL~ Malam malam bikin Shag gelak pulak, Yong ni ;)

Amirrah Zawani berkata...

hahaha!!
uish pacik tua pun nak bini sexy2 :P

SINGALAUTMETRO berkata...

untuk catatan 1 tu...tak apelah pak cik kalau lupa rumah...banyak orang lain ingat alamat rumah pak cik. Jangan nangis....pak cik kena cari isteri yang jenis. Yang lupa nak tunggu kat rumah...hehehe baru padan.

ijatnuar87 berkata...

mmg sah la yang ajoi akan dipukul oleh sumardi,hehehe

Sophia Rani berkata...

hahaha... ngok ngek la ajoi nih..

muhamadsufian89 berkata...

pal cik tua tu pasal bini ingat..rumah pulak boleh lupa..ish3

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...