Rabu, 8 September 2010

:: Doa pagi.. Baca dan Aminkan sekarang...Insyaallah ::

Salam


Untuk dikongsi bersama
Sebelum memulakan sebarang kegiatan pada setiap hari. Baca BISMILLAH dulu........lepas tuu.. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur seberkat-berkatnya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya,memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminnn...

Setelah baca , sebar info ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan walaupun hanya dengan menforwardkan bahan2 berbentuk ilmiah utuk dikongsi bersama... Insyaallah. Amin.

2 ulasan:

Redbloodsnow berkata...

thanx for shring yang :)

E.d.Y berkata...

bagus ni...boleh amalkan

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...