Memaparkan catatan dengan label online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label online. Papar semua catatan

Rabu, 26 September 2012

NURUL AIN ZULKARNAIND IN NEXT TWO YEARS




pic kredit to Ms Jajalee Kamal

Wah! tengok la siapa tu :) curlas kan??  mereka adalah mentor yong dalam business..kagum sangat dengan mereka.. yang gambar atas tu namanya CDM SALHA ZAIN.. gambar dibawah CDM HANIS HAIZI.. kedua-dua mereka memulakan bisnes ni dengan jawatan "SURI RUMAH".. and u can now? macam suri rumah lagi ke sekarang?? hehehe jawapannya TIDAK! 

Alhamdulillah yong dipertemukan dalam bisnes ni.. dapat pulak bernaung di bawah mentor-mentor yang berjaya dan tak lokek ilmu.. CDM HANIS HAIZI dan  CDM SALHA ZAIN sudah 3 tahun memulakan business ni..cara yang sangat profesional dan sangat mementingkan kerjasama dalam ahli kumpulan dan sekarang mereka berdua memegang income 6 angka sebulan..wah! seriously yong pon nak macam tu!!!..

Mereka berdua adalah bayangan NURUL AIN ZULKARNAIND IN NEXT TWO YEARS.. insyaAllah yong pon bole jadi macam tu kan.. dengan usaha yang konsisten pasti dapat! yang bestnya business ni memang kita lakukan dalam kumpulan.. Facebook dan Blog merupakan medium utama kami..so pasaran memang luas bukan je berniaga dalam Malaysia malah ke luar negara juga....

Ramai je di luar sana yang berimpian besar kan? jom kita sama-sama realisasikan impian kita sampai jadi kenyataan :) let's be part of us! TEAMWORK! 


email: alinacshoppe@gmail.com
phone: 0137049413 (sms/call/whatsapp)

Ahad, 19 Disember 2010

:: 16 Sebab Kegagalan Perniagaan ::

Tiada siapa di dunia ini inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda
menjauhinya!

1: Tiada matlamat

Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan
yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari
sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.
Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan
motivasi untuk berkembang.
 
2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan
pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk
memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam
buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!
 
3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali
sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu
mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan
untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada
keuntungan!
 
4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.
Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu
panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu
singkat.
 
5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada
pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan
prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya
memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang
tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya
tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang
memberi keuntungan 80%.
 
6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.
Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan
mengurangkan motivasi anda.
 
7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu
perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding
dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih
pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda
dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.
 
8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan
perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.
Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.
Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,
tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya
menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk
tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.
 
9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan
pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat
berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan
perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.
 
10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan
anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana
caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi
perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).
Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah
mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.
 
11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi
perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu
banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.
Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu
mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko
yang telah diselidik.
 
12: Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman
menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah
menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan
pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.
 
13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.
Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos
elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan
sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.
Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,
keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat
keuntungan.
 
14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan
pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.
Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.
Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana
perancangan perniagaan yang lengkap.
 
15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan
susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,
diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan
tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar
anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling
baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda
mempelajari dari kesilapan.
 
16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa
mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan
pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan
anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi
kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan
perniagaan anda.
 
Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,
ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.
Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki
perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,
gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh
kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!






sumber-email

Sabtu, 6 November 2010

::Good Morning from Penang Island ::

SELAMAT PAGI SEMUA.!!!!
hehe..mood baik tau hari ni..bangun je pagi.selak langsir da nampak laut...woooo..besh nya..
hari-hari ni macam ni..mau rileks je otak nak berblogging sambil ngadap laut..sila bayangkan..hehe..jeles tak?
japg pas habis berinternet dalam bilik ni..yong nak g turun ke pandai la..mesti besh! nak amik pic ala2 pelancong la..oke x? padahal Penang ni tempat lahir yong..kikiki..ala orang xtahu punya kan.. :p
eh korang da sarapan? yong belum amik makanan lagi la..minum jus carrot je ni haa...

korang makan ape da? Nasi Lemak ke? yong suka nasi lemak..wuuuu..lapar! hehe



abaikan muka masam tu..ni gambar kat Hatyai..toilet dorang kat stesyen minyak suma bersih ek..x mcm kat Malaysia.ni kat Toilet la ni..hehehe






Nota ALinac-korang apa plan hari ni ??? dok umah je ke? :P

Rabu, 22 September 2010

:: aktiviti lazim buat masa sekarang ::

salam semua.
tgh wtpe? da makan ke? yong belum makan lagi..breakfast pon belum maa..
haiya..kedai x bukak lagi..maka aktiviti yong sehari-hari adalah duduk di rumah..meng"online"kan diri :)
great jugak hidup macam ni..harap-harap x gemuk lah..
aduhai..bila la akan dapat kedai ya? kalo nanti da bukak kedai baru..u all suma datang la yer..yong kasi harga terbaik utk korang :)
wat masa skg...aktiviti yong.tido..online..makan...online..tido..
kalo ada cust order barang..kena add pegi pej pos utk aktiviti hari tu...hehe

sebelum ni asyik busy aja..now heaven la rasa macam jadi suri rumah...yong patot hargai masa yang ada ni kan?
dan buktikan yong x gemuk walaupon tinggal dirumah aja..nak taw rahsianya??
ni laa..hahhaha

disamping jual produk..yong kena la jadi modelnya kan?kaloyong gemuk.ada ke yg nak bli produk slim ngn yong..mesti la org kurang percaya...:)

so kalo ada yang nak order..bole la btau yong yer..slagi stock masih ada..td pon da ada yg order borong..maka stock makin sket...syok2!!

oke..sudah lapar..pen off..

layan pic raya ni oke


Ahad, 29 Ogos 2010

:: YONG DAN ALINAC SHOPPE ::

salam semua..apa khabar??harap sihat-sihat aja ya :) entri kami nak ala-ala nk promote sket ya..
seperti yang sedia maklum..atau yang blom termaklum.. yong ada menjalankan bisnes..skg ni nk ckp tentang perniagaan yong kat alam maya ni jerk..yg alam lagi satu xmaw..sbb bole buat yong sakit hati...

alhamdulillah...perniagaan utk bulan puasa ni amat memberansangkan..yong ada buat PROMOSI COMBO utk bulan puasa ni..so harga utk promosi ni mmg kaw2 turun la..maka dengan cepatnya la habis stock..
set Combo ni ada mcm2 set...dari set A hingga la set L..

sekarang ni set B, F, G dan H da hbis stock..nk tgk set yg da hbs tu? ni haaa


 COMEL X SET COMBO YONG??


 
set F,G dan H tu yong jual rm 20 je skali pos..murah kan?? sbb tu habis cpt..sorry kepada yang xdpt bli ngn yong..korang doa2 la semoga pas raya nnti..promosi lebih gempak! Amin :)



nota alinac-tq kpd yang dah bli..msti korang ske kan sbb ada yang dpt free gift :) tanda penhargaan yong kpd anda

Isnin, 19 Julai 2010

:: APA PERLU BUAT KALAU ORDER BARANG ONLINE TAPI STILL X SAMPAI ?? ::


salam suma..
hari ni mcm x oke la~i ada mslah..
i bli dress kt on9..tp still x smpai la..
cemana ek nk buat?i da call n msg dorg..tp dorg xnk rep..n xnk jwb i call..
da sebulan i bli...buntu la..i tgk page dorg kat fb..kemarin i bole view lg page wall dorg..but today da x bole..
dorg da hide nama i dr view page dorg..yela sbb i post kat wall tny  mana baju i da lama order still x sampai..time nk suh bank in..bole plak suh i cpt2..bodoh btol i~
td i post kat my fb..rupanya ada lg org yg still xdpt brg pas order.dr page yg sama..aiya..da sebulan jgk dia bli..bkn aku sorg...maka???apa maknanya tu???


uh! nk wat cemana ni?perlu ka i btau nama page tu??





nota alinac-serius sedey :(







Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...