Memaparkan catatan dengan label lawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawa. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mei 2012

My first Longchamp from Holland | reward my self


Alhamdulillah! happynya bila dapat handbag baru! yipiii! cantik tak??cantik tak?? dari Holland tau..ini beg pertama paling mahal yang yong pernah beli haha.. lawak kan? maybe pada orang lain ianya sangat murah tapi bagi yong dah mahal la.. jika tak buat biz ni rasanya sampai skang masih tak mampu nak beli beg mahal-mahal.. bukan je beg.. baju pon bundle je dulu pakai pon.. u ols yang mana dah kenal yong dari dulu mesti tahu kan yang yong suka tayang baju bundle :p

by now masa dah berubah.. yong pon dah makin berubah..dari segi sikap dan personaliti..taraf hidup pon berubah tau..niat utama nak bantu keluarga..yong tak nak pentingkan diri sendiri kalo dah berasa hidup selesa dengan income yang ciput2..kalo bole sentiasa nak income GEMOK-GEMOK supaya dapat bantu family dan orang lain :)

oh..gambar di atas ialah MAK beg ye.. esok2 yong tunjuk BABY beg pulak hehe.. nak tengok beg yang lain bole klik disini..cantik-cantik tau :)

Selasa, 15 November 2011

mencari Skin Care untuk wajah anda kekal sihat dan berseri.jom try Nour Ain skin care!

haa sesi promote dah ni.. ramai yang bertanyakan yong..produk mana yang oke untuk muka ek.. rakan-rakan yong ade je yang xde skin care langsung..eh..habis tu korang cuci muka pakai produk apa? takkan sabun badan p sabun muka pulak kot..isk! tak leh! tak leh!

so disebabkan banyak permintaan untuk set nour ain ni..yong pon dah restok set ni banyak sket.. harga murah jerk..rm50 untuk 3 barang tau..ada soap, uv foundation n night cream.. kalo beli satu set lebih jimat lah ek.. beli satu-satu barang harga agak mahal :)

kalo nak beli tambahan serum vitaminc nyer bole tambah rm22 ye untuk sebotol.. serum bagus untuk wajah tau.. pakai seminggu 2 atau 3 kali jerk..sapa tak nak cantik kan? semua nak lawa.. kalo nak lagi best kena p spa lah hehe


1 set of Nour Ain Skin Care. 
Rm50. 

-soap
-uv foundation/ day cream
-night cream

nak order? email yong di alinacshoppe@gmail.com


Selasa, 11 Januari 2011

:: cuba teka berapa harga nya?? ::

actually ni baju kawan yong..dia sent ke hp yong sebab nak mintak tolong yong belikan tudung untuk dia..dia nak pergi dinner tapi baju beli last minute..tudung lagi la tak sempat nak beli baru..mujur la yong sudi tolong dia..lawa lak tu tudung yang yong belikan untuk dia..

haa.cuba teka harga baju ni..baju ni kawan yong pakai dengan inner..so takda la nampak seksi sangat..selendang rambu ramba yong belikan juga untuk cover bahu dia tu.hiks..bijak gak yong ni.dia nampak sangat cantik tau.tengok harga baju ar.memang cantik sangat harga dia..hahha..yong sure xmampu... T__T

ha tunggu apa lagi..sila teka ya :)

Khamis, 18 November 2010

DI MANA ISTERIKU!!!

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. 

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.


Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." 


"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!! 


Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Moral: Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..huhu..


Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...