Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan

Selasa, 20 Disember 2011

MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?” | cerita::

Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy). Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.


Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.
Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakinjatuh hati kepada Andy.


Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuri urusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.
Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B’worth , Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.


Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak “sedikit senang” dengan kondisi darurat tersebut)!


Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.


Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.


Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:

“Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup saja?”



Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi:

“Abg Andy…”



Kali ini Andy langsung menjawab:
“Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?”


Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
“Maksud abg Andy?”

“Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!”



Wah, wah,wah…tekun baca nmpak… Tension kan . Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat

Selasa, 11 Oktober 2011

TELOR SEPARUH MASAK | lawak


Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.



Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
“beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.
“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye”, kata emaknya.



Ha……..Lu Pikir ah sendiri……..!



Isnin, 25 Julai 2011

:: U memang lawa.Body pun best.I minat gila kat u,cuma yang satu kurang gemar..... ::

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri.

Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri. Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat Sawiyah pasti! "Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu.

Pelawaan dari Sameon yang selama ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya. Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama, Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah.

Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal. Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya. Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga.

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..." Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna? ...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG


hahahhaha


sumber lawak ini khas dari email :)

Rabu, 15 Jun 2011

:: tajupakalee | apa lah mamak nih! ::

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas. 
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.
 
 
Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free. 
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt 
satu window tanya password..
 
 
"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.
 
 
"Yes boss?"
 
 
"Sini wifi aper dia punya password?"
 
 
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt 
window mintak password.
 
 
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
 
 
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam 
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.
 
 
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan. 
Lantas gua tekan 'OK'
 
 
Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai 
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.
 
 
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
 
 
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"
 
 
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2 
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.
 
 
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya 
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia. 
 
Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
 
'tujuh empat kali' boleh tak?"







nota Alinac: lawak ah mamak ni.sekeh nak? :P

Jumaat, 27 Mei 2011

:: 7 Cara cover malu terbaik di dunia ::


Just for laughs
1.Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2.Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3.Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4.Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5.Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6.Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7.Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


sumber-email

siyes yong gelak sakan bila baca..kelakar tau!

Khamis, 14 April 2011

:: SI TANGGANG VERSI JEPUN ::



Assalamualaikum. Nama saya Mohd Azman (bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit,Jepun.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan. Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri
menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama sebenar) di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlahrapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar
menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji
University(sekadar rekaan penulis). Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu
tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko- san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya. Ketika itulah satu perkara yang
menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan tangis).Tatsuo- kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang
berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo- kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam bahasa melayu),"Makcik ni silap orang la..".Saya
berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.Maciko- san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah
menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya.Lantas saya mengambilremote controller dan menukar ke siaran yang lain.



p;s=Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat lawak dengan muka serius.

Sabtu, 2 April 2011

:: aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih ::

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…



Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.



Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…



Eiiiii…geramnya aku!!!



Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..



”Lah..awat tak tanya…”



Eiii..geramnya aku!!!



Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..



Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..



“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”



Eiiii..geramnya aku!!!!



 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..



Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..



Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…



Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..



“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”



Eiii…geramnya aku!!!



Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,



“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…



Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…



Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!



Eiii…geramnya aku!!!



Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..



Suratnya berbunyi begini:



Kehadapan isteriku (cewahhh..),



            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi

            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…



Ishkk..awak ni..tak berasan ker??



            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…



            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…



Ishkk..awak ni..tak berasan ker??



            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??



Ishkk..awak ni..tak berasan ker??



            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…



“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “



Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)



            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…



P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi



                                                                                                            Love,

                                                                                                            Suamimu







Nota Alinac- besh tak? copy from FB..have fun!

Rabu, 2 Mac 2011

:: Lawak Pantai Timur ::

Tersebutlah cerita yang dikatakan berlaku di sebuah pejabat Majlis Perbandaran di negeri utara pantai timur.


Kontraktor rumah : Ambo nok mitok keluluse buak rhumoh, lagu mano gak caro dio?
Pegawai Bangunan : Lagu ni? mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado doh!
Pegawai bangunan : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.
Kontraktor rumah : Errrr! Tak leh! Tak Leh!
Pegawai Bangunan : Bak po tak lehnyo!, cepatlah wat tubik! 
Kontraktor rumah : Kalu tak tengok tak leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh la!!!?kawe nak luluh  lago mano ,kalu kawe tak  tengok!
Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyak doh, ambo malu nak tunjok.
Pegawai Bangunan : Malu bakpo pulok? Pah tu bawok  pele wat gapo kalu taksir tunjok?
Kontraktor rumah : Ehhh! malulah nak tunjok , pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak apo, kalu cukup syarat! Kalu taktunjok, kawe nak saing luluh lagu mano?
Kontraktor rumah : Nak wat tubik nak tunjok kat mano?, orghe rhamai nike!  Malu ambo! Malu weh!
Pegawai bangunan : La!, tak apo! Nak malu ko gapo! Wat tubik letok atas mejo kaunter ni pun buleh! Cepatlah! kawe ado khijo lain lagi nih!  Sibuk benar ni! Kena pehe la!
Kontraktor rumah : hoh! Ambo wak tubik dah ni ! Cepakla?tengok!
Pegawai Bangunan : YA RABBI (sambil  melompat,terkejut) Laaaaa, buke  peleni!
Kontraktor rumah : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi ke? Pele ambo kecik!  Demonoktengok jugok!
Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik  besarnyo!, maksud kawe PeleBangune (Pelan Bangunan). 
Kontraktor rumah : La! Ambo ingat pele nie! Kalu pele bangune, ado ladale  beg nie! Tak ghoyak pun pele bangune!. Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingat demo pehe! Hok dok mari doh pun tok penohjadi lagu nie! Demo dok mano?asal dok kapong mano?
Kontraktor rumah : Ulu Bukit, Gua Muse!
Pegawai Bangunan : (dalam hati ) "patut pun"




nota alinac-ada komen??? hahhahaha

Isnin, 21 Februari 2011

:: Budaya Sindir Menyindir | Sangat Baguss ::

lawak btoi tengok cerita ni tau..semua besh..yang ni salah satu nyer..

bagus rupanya Budaya Sindir Menyindir ni yer :p jom layan lah







Nota Alinac-amacam? best x?

Jumaat, 18 Februari 2011

:: Apabila Bos Menukar Peralatan Pejabat Yang Baru, Jangan Terlalu Gembira!! ::

pic from email & sumber tertulis diatas 

faham tak maksudnyer? :)

Selasa, 8 Februari 2011

:: Kerani Pos Yang Malang ::

Pada satu hari, Ajoi pergi ke Pejabat Pos Seremban yang tujuannya untuk mengirim surat kepada Sumardi di Sarawak.

Sampai di pejabat pos, Ajoi nampak macam terpinga-pinga dan lama berdiri sambil memegang kertas , sampul surat. Lepas setengah jam Ajoi buat muka bodo camtu, dia dihampiri oleh kerani Pos yang pun dah boring sebab tak ramai pelanggan yang datang kerana ramai dah menggunakan email dan membayar bil secara online.

“Boleh saya bantu Encik?” tanya kerani tersebut. “Kalau nak beli stamp di mana?” tanya Ajoi.
Kerani tersebut membawa Ajoi ke kaunter untuk membeli stamp.
“Ada lagi yang saya bantu Encik?” tanya kerani cemerlang tersebut.
“Oh ya, tolong tulis alamat dan nama kawan saya ni…” sambil mengeluarkan sekeping kertas yang mengandungi alamat Sumardi dari koceknya dan sampul surat.

Kerani tersebut dengan senang hati menulis nama Sumardi dan alamatnya.
Ajoi: “Errr, encik bleh tolong saya lagi…?
Kerani Pos: “Boleh jer encik… saya pun tengah free ni.Tolong aper lagi Encik?”
“Kalau gitu tolong tuliskan surat ni sekali, saya tertinggal cermin mata la..” kata Ajoi sambil menghulur dua-tiga keping kertas.

Lepas tu mamat kerani tu menulis surat seperti yang dicakapkan oleh Ajoi.
Nak dekat dua jam juga baru hampir selesai menulis surat tersebut.Maklumlah tanya khabar jer dah setengah muka surat, isinya satu muka surat, penutup dan pantun jer dah satu muka surat juga.

Kerani tu macam dah tak tahan lagi, maklumlah dah lama tak menulis, 2-3 muka pulak tu. Jari pun dah naik lenguh, baju pun dah tersinsing ke lengan dan dahi pun dah naik berpeluh walaupun dalam air-cond.

Namun begitu, oleh kerana hormat dengan Piagam Pelanggan yang tertampal di dinding, dengan nada sopan dia bertanya Ajoi.
“Dah siap encik?”
Ajoi menjawab, “Ada sikit lagi,di bawah tanda tangan saya, tulis camni…..”
“*P/S: Maaf ya bro,tulisan buruk giler“ 


sumber-email

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...