Memaparkan catatan dengan label cheese cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cheese cake. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Ogos 2011

SLICE CHEESE CAKE

Teringin nak buat kek pulak..dah datang ke rumah orang ni mula la mood nak masak kemain lagi ek..dok rumah xde pulak nak bakar kek bagai :p

so da lama teringin nak buat lagi kek ni..slice cheese cake nama dia.. bukak kek keju yang tebal tu..yang ni nipis ja..makan pon tak muak..last yong buat masa raya tahun lepas..peh! dah setahun tak buat weh haha


if korang nak try jugak..bole la amik resepi kat sini oke SLICE CHEESE CAKE :)

Selasa, 21 September 2010

:: SLICE CHEESE CAKE ::

salam semua..hari ni yong ada mood buat kek..saja test dulu..sbb jumaat ni umah yong ada buat makan-makan sket.sesiapa nk dtg sila la ya :)

gambar xlawa pon kan?? tp rasa dia mg sodap! serius..xde tipu punya..
kek tu nampak nipis sbb yong silap amik loyang..patot amik yg bulat kecik..skali amik yg besar.jadi meleper la kek yong :)

ni resepi nyer


SLICE CHEESE CAKE 

Bahan-Bahannya
4 keping keju Cheesedale, dikoyak kecil2
200 ml susu segar
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A, asingkan putih dan kuning
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit gula aising untuk hiasan

Cara membuatnya :-)

  1. Panaskan susu segar, masukkan cheesedale dan masak hingga keju cair. Masukkan mentega dan kacau hingga semua cair dan sebati. Biarkan sejuk.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue. Ketepikan.
  3. Putar kuning telur hingga berkrim, masukkan bancuhan susu yang telah sejuk tadi dan putar hingga rata. Pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedkit hingga habis dan putar hingga rata dan tidak berketul2.
  4. Gaulkan meringue ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla, gunakan kaedah kaup balik, gaul hingga rata dan tuang dalm tin kek berukuran 20 cm yang telah di sapu mentega dan dasarnya dialas kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven menggunakan kaedah water bath (iaitu dengan meletakkan tin berisi adunan kek tadi dalam satu bekas lain yang dituang air panas). Bakar pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu pada 140C dan bakar lagi 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing.
  6. Ayak gula aising atas kek sebelum dihidangkan, jika suka...

nota alinac-kalo makan time panas2..mmg besh ah! terangkat!

Sabtu, 17 Julai 2010

:: CHEESE CAKE DAN MURTABAK DAGING ALINAC LOVER (SIMPLE RESEPI) ::

salam..hi suma..apa khabar?
smlm x smpt nk update satu pon entri..almaklumla..abg halim i dtg..maka i kena la layan dia kan..ahaks..layan la sgt kan..p tesco suh dia angkat brg~ sbb i ada buat resepi baru lg aww~
sapa tu abg halim??haa..sapa add kt fb saya msti dia taw sapa empunya nama tu...

so semangat utk trus cuba resepi2 bru blom luntur..lgpon nk jgk bg my abg rasa air tangan i yg x seberapa ni..dok2 pk nk buat apa utk dia..so finally i buat cheese cake n murtabak daging.
very simple recipe..budak2 pon boleh buat oke..hahha.

erm...nk tgk?? ni haaa

CHEESE CAKE ALINAC LOVER



BAHAN-BAHAN

2 (8 oz.) pkgs. Philadelphia cream cheese
3/4 c. sugar
2 tsp. lemon juice
1 tsp. esen vanilla
2 eggs

utk base~ i just gunakan biskut kering (biskut 4segi)..cmpur ngn air dlm satu bekas..then gaul..pastu jadikan base dlm bekas nk letak adunan cheese cake.

CARA MENYEDIAKAN

Pukul keju hingga lembut dan sedikit kembang.
Kemudian
masukkan gula,esen vanilla dan jus lemon. Pukul sehingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati.
Tuang kedalam bekas yang sudah di base
kan.
Masak dalam microwave selama 28 minit pada 'medium' level,bukak hanya selepas 28 minit. Ambil garfu cucuk p
ada bahagian tepi dan tgh.
Jika masih banyak cake yang melekat di garfu, tambah 2 minit lagi. Jika masih tidak masak, tambah lagi 2 minit.
(Biarkan sejuk beberapa jam dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk)

.........................................................................................................................................

then sementara i nk tunggu cheese cake masak..i pon buat la lg satu resepi..namanya

MURTABAK DAGING ALINAC LOVER


BAHAN-BAHAN

-biskut kering (biskut 4 segi)
-sepeket daging cincang (direndam dan dicuci bersih)
-sedikit minyak (untuk menumis)
-seulas bawang besar (ditumbuk)
-beberapa ulas bawang putih (ditumbuk)
-seinci halia (ditumbuk)
-2 1/2 sudu besar serbuk kari daging
-2 sudu gula
-1 sudu kecil garam
-air
-susu cair

Cara penyediaan

-inti
tumis bawang besar,bawang putih dan halia bersama minyak di dalam kuali.
masukkan daging cincang.goreng.
masukkan serbuk kari daging,air,garam,gula kedalam mangkuk dan gaul.
tuangkan adunan kari tadi ke dalam kuali..goreng sehingga air menjadi kering.
sentiasa gaul adunan tadi agar tidak hangit..
-kulit
sediakan bekas 4 segi.
susun biskut kering sebagai base..kemudian lapiskan inti daging tadi ke atas biskut.curah susu cair keatas biskut.
ulang langkah tadi sekali lg dan akhiri dengan biskut dibahagian atas~kemudian curahkan susu cair lagi ke atas biskut.
bakar murtabak sehingga biskut nampak kekuningan..
(sedap dimakan ketika panas bersama sos)

selamat mencuba :)


watermark red

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...