Memaparkan catatan dengan label pejabat pos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pejabat pos. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kiosk Pos Malaysia

Masa jalan-jalan kat Sunway Piramid hari tu..yong ada ternampak kiosk pos malaysia disana..eh, ingatkan ada pej pos tengah-tengah hall tu kan..haha salah faham rupanya :)


kalo tak silap ada minggu setem kot minggu lepas..tengok ada banyak je step kat situ..tu orang kat bawah tu dok tampal step la tu :) hehe

korang suka kumpul step jugak tak? yong dulu-dulu jerk..sekarang ni apa pon tak rajin  hihiihih

Khamis, 10 Mac 2011

:: saya sayang Pejabat Pos::

eh! len macam bunyinye ek~ hahah YA memang lain macam..hangin satu badan terus jadi sayang lat pejabat pos~eeei geram..semalam yong agak stress la jugakk..nak tahu kenapa? semalam cust yong kebetulan semua buat pakatan btau yong "barang x sampai lagik" hah? terkedu teruih ceq ampa nak tau dak...haish!


start 2 3 hari da cust dok btau barang tak sampai.adeh..sakit jiwa haku oi~ apa nak buat ni..check kat web tulis da sampai..tapi still xdpt ka tangan customer lagi..apa kes? so yong pon rasa la bertanggungjawab and call pej pos tanya cane leh jadi gitu..so jawapan mereka "sudah hantar" oke fine! yong pon jawab la kat customer "sudah  pos" huhu


tapi customer mesti la nak barang dorang ye dak? pas wat report kt pej pos..then cust pon buat la misi pencarian "dimana barangku". kesana sini dia cari..sampai dua pej.pos..last skali mujur jumpa...bole pulak dorang mainkan dia.hangin terus la katanya.then cust yang lain pon btau today barang dorang da sampai.."haaa..lega terus yong" so cane dengan called yang yong buat tu..dorg cakap da sent ke rumah cust.tadi p check kat pej pos..bole pulak ada ek? saja nak peram lama-lama ek? nak tunggu yong kena maki dengan cust dulu baru nak hantar kan? 


so masih ada yang belum tiba barang nyer..hope esok ada berita baik dari cust tersebut..adeh! down la sekejap semalam..walaupon pergi shopping terapi minda..hati tak tenang..mulut malas nak bising-bising..cuma doa je la banyak-banyak..alhamdulillah..semuanya berakhir dengan baik hari ni.harap esok pon macam tu..


akhir kata..semoga pos malaysia akan maju jaya..jangan ler jadi macam ni lagi...leh sakit jiwa yong lama-lama.




sekian!

Selasa, 8 Februari 2011

:: Kerani Pos Yang Malang ::

Pada satu hari, Ajoi pergi ke Pejabat Pos Seremban yang tujuannya untuk mengirim surat kepada Sumardi di Sarawak.

Sampai di pejabat pos, Ajoi nampak macam terpinga-pinga dan lama berdiri sambil memegang kertas , sampul surat. Lepas setengah jam Ajoi buat muka bodo camtu, dia dihampiri oleh kerani Pos yang pun dah boring sebab tak ramai pelanggan yang datang kerana ramai dah menggunakan email dan membayar bil secara online.

“Boleh saya bantu Encik?” tanya kerani tersebut. “Kalau nak beli stamp di mana?” tanya Ajoi.
Kerani tersebut membawa Ajoi ke kaunter untuk membeli stamp.
“Ada lagi yang saya bantu Encik?” tanya kerani cemerlang tersebut.
“Oh ya, tolong tulis alamat dan nama kawan saya ni…” sambil mengeluarkan sekeping kertas yang mengandungi alamat Sumardi dari koceknya dan sampul surat.

Kerani tersebut dengan senang hati menulis nama Sumardi dan alamatnya.
Ajoi: “Errr, encik bleh tolong saya lagi…?
Kerani Pos: “Boleh jer encik… saya pun tengah free ni.Tolong aper lagi Encik?”
“Kalau gitu tolong tuliskan surat ni sekali, saya tertinggal cermin mata la..” kata Ajoi sambil menghulur dua-tiga keping kertas.

Lepas tu mamat kerani tu menulis surat seperti yang dicakapkan oleh Ajoi.
Nak dekat dua jam juga baru hampir selesai menulis surat tersebut.Maklumlah tanya khabar jer dah setengah muka surat, isinya satu muka surat, penutup dan pantun jer dah satu muka surat juga.

Kerani tu macam dah tak tahan lagi, maklumlah dah lama tak menulis, 2-3 muka pulak tu. Jari pun dah naik lenguh, baju pun dah tersinsing ke lengan dan dahi pun dah naik berpeluh walaupun dalam air-cond.

Namun begitu, oleh kerana hormat dengan Piagam Pelanggan yang tertampal di dinding, dengan nada sopan dia bertanya Ajoi.
“Dah siap encik?”
Ajoi menjawab, “Ada sikit lagi,di bawah tanda tangan saya, tulis camni…..”
“*P/S: Maaf ya bro,tulisan buruk giler“ 


sumber-email

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...