Selasa, 10 Mei 2011

:: Hati-hati dengan orang disekeliling anda..terutama di area bank ::

Baru-baru yong ke bank untuk amik duit. Yong ada perasan seorang wanita ni umur dalam 30 an sedang berdiri tepi bank. Dalam hati yong da agak macam pernah tengok je akak ni..hurm xpe abaikan dulu.

Then after amik duit yong masuk dalam kereta. Tiba-tiba yong perasan akak tu datang ke tepi kereta. Dia macam nak mintak tolong. Apa tindakan yong?? Yong terus buat isyarat xnak tolong la. Bukak tingkap pon x.. Nampak macam kejam kan? Tapi sah! Akak tu memang pernah jumpa yong dulu..masa tu kat maybank lain.. Dengan gaya yang serupa.. Dia pernah datang ke tepi tingkap dan yong pon layan.

Akak tu cakap dia kehilangan beg duit. Dia nak balik rumah kat penang. So masa tu yong ingat dia betul2 susah, maka yong pon tolong la dia. Siap tanya akak nak berapa. Dia cakap nak rm20. Wow! Letak harga ek. Hahaha yong pon bodoh p bagi. Sebab ikhlas nk tolong orang susah.

But kejadian kemarin tu buat yong pk smula. Betul ke akak tu susah. Tapi kenapa dia kena buat kerja yang sama. Tunggu orang yang amik duit kat bank then p wat cerita menagih simpati.. Haish.. Heran.. Heran..

Dua maybank yang ada kat sungai petani ni semua dekat dengan balai polis. Rugi x hantar je akak tu ke balai. Biar polis yang tolong dia.. Kan? Kan?
Sent from my BlackBerry® smartphone

5 ulasan:

Rara Farah berkata...

macam sesetengah orang tak ingat muka..tapi kak yong ingat lagi bagus..kurang2 dapat elak benda berlaku 2 kali..yedak?

Citarasa Rinduan berkata...

pengalaman yang mmg elok dikongsi..
yong...
thanks syer entry ini....

PS: setuju sangat2 kalau awak hantar dia ke balai polis

deAnza-wAnda berkata...

wanda penah kena dah yong...

delarocha berkata...

nak duit cara senang la tu

hati2

Ardini Humaira berkata...

memang bahaya... dni penah tengok ada pacik suh tlg semak amaun dalam akaun dia pastu tengok ada rm20lbh ja then dia tuduh yang tlg semak tu curi padahal kita yang dok blakang pon boleh nampak orang yang tlg dia tu cuma semak amaun.. kalau kuarkan duit mesti bunyi mesin tu kuakan duit.

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...