Isnin, 25 Julai 2011

:: U memang lawa.Body pun best.I minat gila kat u,cuma yang satu kurang gemar..... ::

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri.

Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri. Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat Sawiyah pasti! "Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu.

Pelawaan dari Sameon yang selama ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya. Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama, Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah.

Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal. Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya. Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga.

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..." Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna? ...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG


hahahhaha


sumber lawak ini khas dari email :)

12 ulasan:

miss cloudy berkata...

kah kah kah.. muahaha.. gelak guling2..

izan_cute berkata...

ada2 aje yong ni hehehe...senyum sorang akak..

mia berkata...

kahkahakahkaaa..lawakkla ni yongg..seyessly..ehhekehekhe..bongokss gilee

SINGALAUTMETRO berkata...

hahaha..nasib baik nampak bulu idung...kalaulah dia nampak bulu ketika menjalar sampai ujung jari tangan...mau pengsan sameon.

misznanarizal berkata...

konklusinya..jgn biarkan hidup anda d belenggu bulu hidung =)

iQapiQa berkata...

sila la beli shaver.hahha

AdiaLuze berkata...

Wakakakaka...lawak,lawak.. :D

niDa berkata...

ahahaha.... memang best la...

dah penah baca tapi x ingat. bila dah baca sampai abis baru teringat dan gelak lagi skali.. hehe

^ai-mie : 아이-미^ berkata...

hhaha....smangat saye bace...citer lawak rupenye...daebak... :)

Roxy zai berkata...

olooooo...susah plak laa haa bulu hidung ni..trus x comey=p

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

betul..mana ada manusia sempurna..ada je cacat cela..cume yang baik tu kena lebih agar ttp yang tak sempurna tu

Ardini Humaira berkata...

kih3...
lawak cite ni yong. dari smalam baca tapi takleh komen tenet sengal ;p

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...