Sabtu, 18 Disember 2010

:: Suka baca Kisah Rasulullah?? ::

salam semua..hari ni hari minggu kan? korang buat apa je kat rumah? ada keluar g memana tak?
yong macam biasa la..hari-hari keluar..hehe

oke..berbalik kepada tajuk di atas..korang suka tak baca cerita? cerita apa-apa aja..kisah nabi ke? kisah cinta ke? eceh..yong suka juga..tapi sekarang macam jarang membaca sangat..baca blog takpe..heheh

so sebab sekarang ni malas baca buku.so rajin-rajin la bukak blog sebab yong dapat banyak infomasi kat sini..macam-macam cerita baru..cerita lama..semua ada

so kat sini yong nak share la sikit cerita tentang Rasulullah..sket je tau. :)

1) Kalau ada  pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya  sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya.  Beliau juga memerah susu
kambing untuk  keperluan
keluarga mahupun untuk  dijual.

2)  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum  baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.  Sayidatina
'Aisyah menceritakan  'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu  membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai  sembahyang.'


4) Pernah baginda  pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda  teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya  tiada apa pun yang
ada untuk sarapan.  Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina  'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah  yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,  'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku  puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut  wajah baginda.


 
 best kan baca?nak baca lagi? klik sini
 


2 ulasan:

SINGALAUTMETRO berkata...

kalaulah boleh dilakukan oleh semua seperti itu, aduhh untung dunia..kebelakangan ini dunia telah terbalik. Bukan makan untuk hidup, tapi hidup untuk makan

Cik Kira berkata...

wahh..sungguh indah akhlak Rasullullah jika d bandingkan dgn manusia biasa kn kak.?waaahhh :D

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...