Khamis, 2 Disember 2010

:: Jagalah Hati Seseorang ::

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu
melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.

Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.

Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.

Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.

Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu?

Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin
juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak
boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan
sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani
hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang
menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran,kesucian dan keikhlasan serta dasarkan
cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain.
Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan
airmata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita…

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan…. Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu….

Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. .

Renungkanlah.







Nota ALinac-copy paste je ni tau...saje nak renung2 :)

10 ulasan:

apezs shah berkata...

tetapi best gilerh la...kredit for this story..;)

nora berkata...

saya tgh angkat tangan setuju niii

mia berkata...

huwaaaaaaa...mantop la yong..hehhee...metafora yang baekk

Rowena Chasez berkata...

yong!
wena suka baca entry nie..
related ngn entry wena :)
tolong jgn bgi harapan kalo rasa diri belom betol2 bersedia :)

Redbloodsnow berkata...

zie reallyyyy reallyyy reallyyy love this post. yg tang ikan tuh kan. zie bc sambil magin taw. kecian weh ikan tuh....

makanya....jgn let go apa yg udah anda perolehi sbb ssorg yg anda let go itu yg akan menanggung kesakitan akibat perbuatan anda

yang...zie pernah kena taw :( My ex bf yg dah zie kapel more than 3 years..long distance butone day....he have to let me go, sbb terpaksa akur dgn org tua dia. org tua dia x suka org sarawak :(

sudah nya zie yg merana menahan sakit n try teruskan hidup tanpa dia. sgttt sgttt sakit taw yong. bertahun zie try to find myself lg.

but now...Alhamdulillah, Zie dh nikmati hikmah di sebalik kesensaraan dn kesakitan zie. i found my real hapiness dah skrg.

Semua yg terjadi ALLAH SWT akan anugerahkan hikmah :) Eh..terpjg ler plak komen dari zie...haha :P

Salmia berkata...

jom p memancing. hehehe

♥ annafeez ♥ berkata...

best!:)

ijatnuar87 berkata...

yup...btol tu...jangan memberi harapan sekiranya tak mampu menunaikan harapan tersebut...

AngahSayang2314 berkata...

yong roger yong pasal biz kita tue yong bersedia jer nanti angah roger & angah akan kuarkan dalam blog ok

Amoi MiyaSya berkata...

suka giler entry ni !! :D

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...