Kejadian berlaku kt toilet petrol palm kt McDonalds Ulu kelang. Kejadian antara pukul 9 malam hari khamis 24.11.2010 minggu lepas.
Baru-baru ini, seorang kakitangan wanita Felda bersama anak kecilnya yang berusia 4 tahun telah dirompak dengan bersenjatakan parang di dalam tandas wanita. Perompak tersebut adalah seorang lelaki. Dia telah menunggu mangsa di dalam tandas wanita. Perompak tersebut berjaya melarikan bag tangan yang berisi dompet, wang dan telefon bimbit serta barang kemas mangsa.Mujurlah tiada kecederaan yang berlaku.
Moral of the story, JANGAN membawa sebarang barang kemas, bag tangan/duit, telefon bimbit ketika ingin ke tandas. Selain dari mengelak diri anda dari dirompak, ianya juga dapat mengelakkan anda dari terlupa (tertinggal). Oleh itu berhati-hatilah sepanjang masa.
Ketahuilah PEROMPAK (LANUN) juga hari-hari memikirkan pelbagai kaedah baru untuk mendapatkan duit.
11 ulasan:
huhuhu dunia skrg dah xselamat...
bahayanya...
tapi tinggalkan dalam kereta pun tak bagus. aduiiii
aduhh..manusia manusia...
Alahai .. gi toilet pun da tk selamat skrg ni. Camna tu?? Kena masuk dgn bodyguard kot??
huhuhuhu...bahaya betul la...
isk...makin bahaya la jaman sekrang nih...smpai dlm tnds pom diorg snggup tunggu....
Takotnye. wuwuwwuw. taknak g public toilet lps ni. tahan sampai rumah. :|
perompak xkire tmpat skg mn die nk rompak
xder pak gud ke yg jge toilet tue?
Yong hati2 taw ....
dkt toilet petronas pon penah jugak jadik mcm nie..aish..
tengs 4 the info. nk kna berhatihati lebih neh
Catat Ulasan