Isnin, 22 November 2010

:: Mengahwini Wanita Hamil ::

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.


Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila... .


Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di
sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini
seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan,
atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut,
adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.






sumber-email
Nota ALinac-jika ada sebarang kesalahan pada sumber di atas..diharap ada yang tampil beri penjelasan..anda bole copy entri ini jika ia bole membantu dan memberi pengajaran pada orang lain..

7 ulasan:

Redbloodsnow berkata...

MMG TAK SAH mengahwini wanita hamil. so pd peoples yg "KANTOI" before married but then cecepat kawen utk tutup aib...sile bc akad nikah sekali lg

..nice info dear :)

princeduyong berkata...

perkongsian yang baik....bagus...

Cik Su berkata...

beart..memang berat la

Gen Fujita berkata...

Benda ni sebahagian daripada cabang syariah yang mungkin boleh berubah demi kemaslahatan manusia. Untuk penjelasan lanjut boleh rujuk mereka yang berpengetahuan.

ardinihumaira berkata...

complicated kan..

Uruchimaru @ kf berkata...

hukum tetap hukum.....!

Tanpa Nama berkata...

Soalan: Apa hukum mengahwini wanita yang hamil kerana terlanjur berzina?

Jawapan;

Assalamu ‘Alaikum,
Al-Hamdulillah, Wassalatu ‘ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi,

Telah disepakati oleh para ulamak bahawa harus seorang lelaki mengahwini wanita yang dizinainya. Ibnu ‘Abbas r.a. pernah ditanya berkenaan seorang pemuda yang berzina, kemudian ia bertaubat dan ingin mengahwini wanita yang dizinainya sebagai jalan menutup keaiban wanita tersebut, maka beliau menjawab;

أَوَّلُهُ سِفَاحٌ، وَآخِرُهُ نِكَاحٌ، وَالْحَرَامُ لاَ يُحَرِّمُ الْحَلاَلَ
“Diawal adalah sifah (zina) dan diakhirnya adalah nikah. Yang haram tidak mengharamkan yang halal”.

Jika lahir anak selepas enam bulan dari tarikh berlakunya akad perkahwinan, maka nasab anak itu sabit kepadanya. Namun jika lahir kurang dari enam bulan, maka nasab tidak sabit kepadanya.

Namun jika wanita yang dizinai diketahui telah hamil, bagi masalah ini terdapat dua pandangan ulamak;

Pandangan pertama; iaitu pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah; wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah. Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia sedang hamil. Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan kedua nanti.

Pandangan kedua; wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi sehinggalah ia melahirkan anaknya. Pandangan ini merupakan pendapat Imam Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad.[1] Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil. Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina.

Wallahu A’lam.
[1] Pandangan ini juga dipilih oleh Imam Abu Yusuf dan Zufar dari mazhab Hanafi. Dalam masalah ini mereka berbeza pandangan dengan Imam mereka iaitu Imam Abu Hanifah yang akan kita huraikan nanti pandangannya. (Lihat; Ahkam al-Marah al-Hamil, Yahya Abd. Rahman al-Khatib, hlm. 75).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 12:21 AM (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/06/mengahwini-wanita-hamil.html)

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...