Jumaat, 12 November 2010

:: Kenangan Silam (suatu kisah benar) ::



Panas sungguh hari ni.  Hari ni aku kena balik awal, dah janji dengan anak-anak nak ke bazaar ramadhan.  Pantang lambat sikit, jalan mesti jem teruk.  Aku kene cepat, kalu tak nanti aku pun tersekat, tambah lak di bulan puasa ni.
 
Jalan tak jem sangat, masih awal.  Sambil menunggu lampu hijau…mata aku melirik ke arah kereta di sebelah ku…sepasang suami isteri yg baru balik keje gak nampak gayanya.  Hepi nampak dorg…berjenaka sambil ketawa kecil…senyum2…nampak keriangan di wajah mereka.  Jauh di sudut hati ku…sedih pun ada…  Suasana begitu sudah tiada lagi dalam kamus hidup ku.  Aku mula teringatkan keharmonian rumahtangga aku yg telah musnah…bukan kerana aku tapi atas permintaan bekas suami aku sendiri.  Aku redha walaupun pada hakikatnya aku amat sedih. 
 
Kotak fikiran ku mula mengimbau kenangan silam. 
 
Aku tidak pernah bercinta dgn suami ku…kami cuma berkawan sejak 1987.  Dan tanpa pengetahuan aku….rupanya suami aku ni ada hati kat aku.  Satu hari...aku cabar dia…”masuk pinang saya kalu awak betul2 suka kat aku”, “ok awak tunggu kat kampung..nanti saya pegi jumpa org tua awak”…masa tu dia hantar aku ke stesen bas Puduraya...aku dapat keje kat kampung…negeri kelahiran ku…TDI .  Aku memang tak nak balik keje kat kampung tapi atas permintaan org tua ku…aku batalkan niat aku utk terus mencari rezeki di Kota Metropolitan.  Suami aku dari utara…PDR…sanggup datang ke KL semata2 nak hantar aku ke stesen bas…tu yg aku cabar dia…kalu dia betul2 suka kat aku…dtg jumpa mak bapak aku…datang pinang aku.
 
Dalam perjalanan aku langsung tak pikir pasal dia.  Aku duk sembang dgn pemandu bas…aku memang tak suka tido walaupun perjalanan jauh.
 
2 Mei 1991…aku mulakan tugas di tempat baru.  Agak janggal…suasana keje di tempat baru tak sama dgn tempat lama aku….kene ambik masa sikit nak sesuaikan diri…ok gak di sini walau pun aku dikelilingi oleh staff yg agak berumur.  Banyak pengalaman yg aku dapat.
 
Lebih kurang 3 bulan di kampung...suami aku call…bagi tau nak datang…aku ok je….aku bagi tau mak abah…dorg pun tak kisah sbb pernah jumpa suami aku ni.  Sebelum aku keje kat KL…suami aku ni dah pernah dtg rumah...siap makan tengahari lagi…masa tu dia keje kat sini gak…masa tu aku tak keje lagi…tu yg mak dan abah tak kisah sbb pernah tgk dan kenal dia.  Aku selamba je masa suami aku dtg..tak syak apa2…tak sangka rupanya dia betul2 datang kerana nak pinang aku.  Aku tak sedar dorg bincang kat dapur masa tu…aku kat bilik.  Tiba2 mak aku masuk bagitau…bulan depan rombongan suami aku nak datang….bertunang.  Terkejutnya aku sbb mak abah sepatah pun tak tanya aku…setuju ke tak ke…terus je dorg terima.  Terdiam aku tak jawap apa2.
 
Sebagaimana yang dirancang….sebulan selepas itu kami bertunang.  Dan pada 28 Mei 1993 kami diijabkabulkan dalam satu majlis yg sederhana.  Tiga bulan selepas menikah…aku terus pindah walaupun ketika itu suami aku masih belum dapat bertukar dari KL.  8 bulan kemudian barulah suami aku dapat bertukar ke TDI…  Sebulan selepas itu…kami dikurniakan baby girl yg lebih membahagia kehidupan rumahtangga kami.  Suami ku seorg yg cukup bertanggungjawab walaupun dia bukanlah seorang yang bergaji besar.  Segala keperluan rumah tidak pernah diabaikan.  Aku cukup bahagia.  Kami dikurnia baby kedua juga baby girl pada 1997 dan pada 2001 kami dikurnia baby lagi dan kali ini suami ku amat gembira kerana impiannya utk ada baby boy tercapai.   Tapi kebahagiaan yang kami harapkan utk selama-lamanya…hanya tinggal harapan…dan tertinggal sebagai cebisan kenangan silam yg sukar utk dilupakan.
 
Tanggal 27 September 2001, merupakan tarikh yg tidak dapat aku lupakan dan tidak mungkin aku gugurkan dari lipatan kenangan.  Tarikh ini lah bermulanya detik kepahitan, kesedihan, kedukaan dan segala kepahitan dalam hidup aku.          
 
Rutin harian ku berjalan lancar.  Aku siapkan anak2 utk dihantar ke sekolah dan ke rumah pengasuh oleh suami ku sebagaimana biasa.  Sekolah dan rumah pengasuh satu jalan dgn tmpt kerja dia.  Tidak ada sebarang keganjilan atau perubahan pagi itu…semua mcm biasa.  Selepas suami aku keluar….giliran aku pula siapkan diri utk ke tempat kerja yg tak berapa jauh dari rumah sewa kami.
 
Lebih kurang jam 10 pagi…elok2 aku lepas minum dgn kawan2 kat kantin…mak call aku…”tak de sesapa telefon engkau ke?” suara mak sedikit cemas…terekat-sekat…seolah-olah menahan tangis.  “takde pun…ada apa mak?”…dlm hati aku terlintas abah…abah sakit jantung lagi ke…”engkau siap2 la…nanti mak pi ambik…” cetus mak lagi.  “ada apa mak” aku tak puas hati.  “sabar la…suami engkau kemalangan…nanti mak pi ambik…dia ada kat emergency…tak tau camana keadaan dia”.  Bagai kilat menyambar…aku terpaku…menyentap segala urat2 nadi ku…pandangan ku gelap gelita…
 
Sepatah kata pun tidak terkeluar dari mulut ku sewaktu dalam perjalanan ke hospital.  Hanya mak yg bercerita.  Sangka ku suami ku kemalangan jalanraya…tapi rupanya dia terjatuh dari bumbung setinggi 12 kaki di tempat kerja dia.  Sewaktu kejadian tiada siapa yg sedar….dia terbiar keseorangan hampir 10 minit.  Suami ku menyewa bengkel di sebuah pam minyak.  Tuan punya tapak bengkel mintak suami ku pindah ke tempat lain..tak dibenarkan lagi berniaga di situ.  Tuan punya tapak bengkel tak mau semua binaan yang dibuat oleh suami ku…semua minta dirobohkan.  Suami aku ada 2 org budak pembantu, sewaktu kejadian kedua2nya tak pergi keje. 
 
Sampai di hospital, aku terus berlari menuju ke Unit Kecemasan.  Aku terdengar seseorg sedang bercerita tentang kemalangan yg menimpa suami ku.  “Encik…mana ILM…saya isteri dia…” tanya aku hingga terlupa memberi salam…Aku di bawa ke satu bilik.  Ada halangan…aku tidak dibenarkan masuk…setelah memperkenalkan aku adalah isteri mangsa….baru aku dibenarkan masuk.   
 
Ya Allah Ya Tuhan ku…berkecai hati ku melihat keadaan suami ku… Ya Allah…ringankan lah bebanan yg dia tanggung.  Setitis pun airmata ku tidak jatuh…tapi dalam hati ku...Tuhan saja Yang Maha Mengetahui.
 
Suami aku mengalami kecederaan yg teruk.  Pendarahan dalam otak…dua dari giginya patah…pergelangan tangan kanan juga patah… Sewaktu aku sampai…dia meronta2..menurut kata staff nurse yg bertugas…dia tidak sedar….dan meminta aku panggil dia dan menenangkan dia.  Aku cuba memanggilnya berkali2…tapi suaranya seakan2 tersekat di kerongkong…matanya lebam teruk…bengkak yg teramat sangat…dek hentakan yg terlalu kuat kata staff nurse.  Semua yg berada dlm bilik tu bertanyakan aku…mcmana cara dia jatuh memandangkan kecederaan yg amat teruk… Dari cerita2 yg aku dgr dari pemuda yg menghantar suami ku ke hospital…dia sendiri tak nampak…cuma terdengar bunyi bising…tapi dorg tak terus terkam.  Bila dorg terasa sesuatu yg tak kene…baru dorg pi belakang pam minyak dan tgk suami aku dah bergelumang darah.  Menurut kata pemuda tu…mungkin suami aku jatuh atas besi di bawah atap tu dulu yg menjadi galang kepada atap tersebut…dan selepas tu jatuh atas lantai simen.  Mungkin itu yg menjadi punca kecederaan teruk.
 
Aku tak dibenarkan lama2 di sisi suami ku…aku disuruh keluar.  Dalam setengah jam…semua adik beradik ku sampai.  Doktor panggil aku…maklumkan bahawa pembedahan segera perlu dilakukan utk menyelamatkan suami ku.  Tandatangan aku diperlukan.  Tiga pembedahan serentak…pembedahan utk membuang darah beku dlm otak…pembedahan gigi…sbb giginya patah…dan tangan perlu disimen.  Aku benar2 bingung…tak tau nak buat apa.  “sign je la...kita serahkan semuanya pada pihak hospital..kita bukan tau nak buat apa pun…” kata alang…abg kandung ku.  Atas nasihat alang…aku sign dokumen yg membenarkan pembedahan dibuat ke atas suami ku.  Sebelum suami ku dibawa ke dewan bedah…kami sekeluarga dibenarkan utk melihat suami ku yg telah siap dibuat persiapan utk pembedahan.  Aku tak tahan melihat suami aku dalam keadaan begitu…aku menangis semahu2nya…yg membuatkan semua yg hadir di situ turut menitiskan airmata.
 
Kami menunggu dgn penuh sabar…doa sentiasa mengiringi.  Dari jam 1 tengahari…sehinggalah 7 mlm..barulah pintu dewan bedah dibuka.  Suami aku kritikal…dibawa ke wad ICU.  Ikutkan hati…aku tak ingin biarkan suami aku sendirian…aku nak sentiasa di sisinya walaupun dia dalam keadaan tidak sedarkan diri…tapi anak2 membuatkan aku terpaksa berpikir banyak kali.  Kesian anak2.  Waktu itu…anak sulung ku 7 tahun…anak ke dua 4 tahun dan baby boy kami…6 bulan…  Kebahagiaan kami diragut serta merta sewaktu kami masih lagi dibuai kebahagiaan. 
 
Hampir 2 minggu suami ku di tempatkan di wad ICU.  Walau pun dia masih tidak sedarkan diri…tapi pihak hospital terpaksa keluarkan dia dari ICU memandangkan banyak lagi kes kritikal yg menunggu.  Berumahtangga la aku di hospital.  Aku bernasib baik…ketika itu aku dapat bos yg cukup paham masalah aku…sebelah petang aku dibenarkan utk tidak masuk ofis.  Terima kasih MYI…budi baik tuan tidak akan aku lupa hingga ke akhir hayat.  Aku bergilir2 menjaga suami ku dgn adik ipar yg datang dr kampung… Adik ipar aku cikgu…tak kawin lagi…kebetulan masa tu cuti sekolah…siang hari giliran aku menjaga suami…sebelah malam dia yg jaga memandangkan aku ada baby yg masih menyusu.  Suami ku koma 49 hari…tanpa sebarang reaksi dlm tempoh itu…betapa sedihnya aku setiap kali aku menjaga dia…  Setiap hari sambil aku mengelap suami aku…airmata turut sama mengiringi…hingga suatu hari tanpa aku sedari…ada sorg makcik memerhati sikap aku.  Dia datang menghampiri aku…cuba menenangkan aku…tapi aku masih juga menangis...menangis dan menangis…petang itu mak aku datang bawa baby utk disusukan…makcik tu seakan terkejut…dia datang menghampiri aku…”patutlah engkau sedih sangat nak…kalau makcik pun makcik sedih…engkau masih ada anak kecik rupanya”…dia berlalu dgn genangan airmata…sambil memerhatikan aku…
 
Sambil menyusukan baby…aku tak henti2 menangis…mengenangkan nasib kami anak beranak…kami dah hilang tempat bergantung…masa depan kami entah bagaimana…
 
Hari ke 50…suami aku mula membukakan matanya…betapa gembiranya aku…itu sudah cukup memberi sedikit harapan dan kegembiraan pada aku…  Pun begitu suami aku masih tidak boleh bercakap…semasa dalam koma…satu pembedahan kecil dilakukan di tengkuknya bagi mengelakkan berlaku kesesakan nafas padanya.  Setelah dia sedar…baru kami tahu…suami aku lumpuh sebelah badan.  Kegembiraan yg baru seketika bertamu…kini semakin melangkah jauh…hilang bersama harapan aku…
 
Hari yg ke 69 suami aku dibenarkan pulang ke rumah.  Kami terpaksa meminta bantuan ambulan memandangkan suami aku langsung tak boleh duduk.  Aku terpaksa balik ke rumah mak…memandangkan aku bekerja…tak de sapa nak jaga suami aku sewaktu ketiadaan aku. 
 
Sekembalinya suami aku ke rumah mak…rutin harian ku berubah.  Untuk tidak menyusahkan mak…aku bangun awal pagi…sediakan ubat utk suami ku…hantar anak ke rumah pengasuh…ke sekolah.  Jam 10 pagi…aku balik ke rumah…sediakan ubat utk suami aku…kalu sempat aku terus mandikan dia.  Kalu tak sempat…aku akan mandikan di waktu tengahari.  Memandangkan suami aku langsung tak boleh duduk…aku terpaksa dukung dia ke bilik air dgn menggunakan tenaga empat kerat yg aku ada.  Begitulah rutin aku selama aku tinggal dgn mak.  Berbagai ikhtiar aku lakukan, mengurut…berubat cara kampung…cara moden.  Ubat2an jangan dikira la…  Suami ku hanya boleh bercakap sepatah dua.  Bila ku layan suami aku bercakap…ternyata dia hilang ingatan…lagi menambahkan kesedihan aku yg telah tersedia ada.  Dia tidak kenal aku dan anak2…apa lagi kemalangan yg menimpa.  Simpanan ku makin hari makin susut, namun suami ku tidak menunjukkan sebarang perubahan.  Pun begitu aku tidak putus2 panjatkan doa pada Nya…berharap agar suami ku cpt sembuh.
 
Lebihkurang 10 bulan dalam keadaan begitu…family sebelah suami ku bercadang nak ambik suami aku balik kg dia…berubat ikut cara org sana .  Pada awalnya aku agak keberatan melepaskan suami aku pergi…tapi atas nasihat mak...aku lepaskan jua.  Sesekali aku dan anak2 pergi menjenguk suami ku… Tak mampu utk aku menjenguk dia selalu…maklum la...semua memerlukan belanja.  Sewaktu di sana …suami aku boleh duduk sendiri tanpa dibantu…ingatan dia sikit demi sikit semakin pulih.  Tapi bila ditanya tentang kemalangan yg menimpa dirinya…langsung dia tidak ingat apa2.  Percakapan dia masih sama.  Aku yg hari2 mengadap dia…paham la dgn apa yg dituturkan…
 
Sewaktu ketiadaan suami aku di sisi…aku mengambil keputusan utk keluar dr rumah mak.  Cukup la aku menyusahkan mak…aku nekad untuk hidup sendiri walaupun tanpa suami di sisi.  Rezeki aku…aku dapat menyewa rumah  yang cukuplah utk kami 4 beranak…tak terlalu jauh dari sekolah anak2.  Hiduplah kami dalam keadaan yang serba kekurangan tanpa ketua keluarga di samping kami.
 
Lebih kurang 8 bulan suami ku di kgnya di PDR…aku menziarahi dia dgn membawa anak no 2…tak mampu nak bawa semua…dua anak lagi aku tumpang tinggalkan dia di rumah pengasuh.  Pengasuh ni dah lbh dari keluarga aku sendiri.  Ketika aku susah…hanya dia masih bersama aku hingga kini.  Sewaktu di kg…abg ipar aku nekad nak hantar suami aku balik tinggal bersama aku.  Sebagai sorg isteri…aku tetap terima dia…dia masih suami aku walau dlm keadaan apa sekali pun.
 
Elok aku balik seminggu…pengasuh anak aku call bagi tau abg ipar aku dah htr suami aku balik.  Tergesa2 aku balik rmh.  Mmg rmh sewa kami tidak selesa…tidak sesuai dgn penggunaan kerusi roda…terlalu sempit.  Kerusi roda hanya digunakan dari meja makan ke katil dia je.  Nak ke bilik air mmg tak boleh…aku kene dukung dia utk duduk kan dia dlm bilik air yg telah aku siapkan satu kerusi. 
 
Sekembalinya suami aku ke sisi aku semula…rutin harian ku bertukar lagi.  Setiap hari aku bangun awal pagi utk siapkan makan pagi…sekali gus makan tghari.  Sebelum anak2 bangun utk ke sekolah…aku kejutkan suami aku dulu…mandikan dia…bagi makan dia dulu.  Selesai dia..baru kejutkan anak2 ke sekolah.  Makan tgahari aku dah siapkan…bila anak sulung ku balik sekolah…dia akan hidangkan.   Suami aku dah blh makan sdiri dgn menggunakan sudu…menggunakan tgn kiri.  Sebelah badan kanan suami ku lumpuh dari atas hingga ke bawah.  Seminggu sekali aku akan bawa dia ke hospital utk terapi.  Ubat cara kampung jgn dikira la.  Simpanan aku hbis langsung…semua barang kemas yg ada habis ku jual…hanya Tuhan saja yg tahu betapa deritanya aku ketika itu.  Aku tak tau pada siapa harus aku mengadu.  Hanya Tuhan tempat aku berserah.  Saban hari aku hanya mampu menangis…menangis dan menangis…meratapi nasib diri…tambah sedih bila aku tgk anak2 di depan ku…yg tak tau apa2…
 
Tambah menyedihkan aku…hanya aku yg berusaha sungguh2 utk menyembuhkan suami ku…tapi dia sendiri seolah2 sudah putus asa.  Menurut doktor tempat aku pegi terapi…harapan utk pulih amat tipis sekiranya semangat diri suami ku sendiri tiada.  Sejak suami ku sakit…sikap dia dahulunya hilang terus…dia jadi panas baran…pantang silap sikit…pasti bising…walaupun pertuturannya masih tidak jelas…dia masih mampu marah2 aku kalau ada sesuatu yg tidak berkenan dihatinya.  Aku dah jadi lali dgn sikap dia.  Aku dah nekad…aku akan jaga dia hingga ke mati.  Biarlah aku hbiskan sisa2 hidup aku menjaga dia.  Doaku siang dan malam, biarlah aku yg bertungkus lumus mencari rezeki, dia tak payah kerja pun tak apa…janji dia boleh uruskan diri sendiri…tak perlu menggunakan pampers siang dan malam.
 
Pejam celik pejam celik…beberapa tahun telah berlalu.  Awal 2006 suami aku buat hal.  Dia minta aku call abg dia…minta dtg ambik dia...dia nak balik kg.  Aku tak nampak…sapa yg blh jaga dia kat kampung…mandikan dia...jaga makan dia…pakaikan pampers utk dia…sapa nak pakaikan.  Utk tidak menaikkan kemarahan…aku terpaksa berbohong…konon2 aku dah bagitau abg ipar aku…alasan aku abg ipar aku tak boleh dtg ambik atas kesibukan tugas.  Suami ku diam…boleh terima alasan yg aku beri agaknya.  Hari berganti minggu…minggu berganti bulan.  Suami aku kembalikan menyuarakan hasrat hatinya nak balik kg.  Puas ku pujuk tapi kali ni alasan yg ku beri…tak menjadi.  Dia minta aku call abg dia…dia nak berckp sendiri.  Aku segan sebenarnya…takut nanti dikata family dia…aku yg suruh dia balik sedangkan aku menghalang dari awal lg.  Aku buat tak dgr bila suami ku suruh call abg dia…sudahnya aku ditengking…sampai jiran sebelah pun dgr.  Untuk mengelakkan dari dia terus bising…aku terpksa call…  Memang betul apa yg terdetik dihati ku…abg dia mmg tak nak dtg ambik.  Aku curi2 dgr perbualan dorg.  “kenapa bising2 ni…duk la situ elok2…tak yah pk nak balik kg…dah boleh jln nanti baru blh balik”.  Suami aku terdiam, hanya angguk2 kan kepala.  Aku tak berani nak mencelah, takut kene marah lagi.  Aku biarkan suami aku termenung sendirian.  Seminggu lepas tu…bila  tgk dia dah stabil, baru aku mencelah.  “tak yah pk la nak balik kg…duk je kat sini…sini anak2 ada…saya ada…blh jaga makan minum abg…knp nak balik sana …ada apa kat sana …”pujuk aku lembut…dgn harapan dia tak pk lagi nak balik kg.  Bagai nak terpelanting jantung aku bila dia tengking aku tiba2.  “nak balik jugak!!!!!!!!!” ...satu kg boleh dengar.  Aku tak daya nak buat apa2…hanya airmata yg membasahi pipi.
 
Pertengahan 2006…abg ipar ku datang ambik adik dia…memandangkan dah tak termakan pujuk.  Menurut cerita adik ipar aku kat kg…nampak suami aku hepi di kg.  Di kg…suami aku diajar utk menguruskan diri sdiri.  Mandi sendiri…makan sendiri…pakai baju sendiri…segalanya sendiri laa.  Sedih gak aku…semasa dgn aku…semua aku yg uruskan…gosok gigi pun aku…buang air kecik…buang air besar…semua aku yg uruskan…tapi bila mengenangkan itu semua utk kebaikan dia juga…ku lontarkan jauh2 buruk sangka ku itu.  Aku tak berpeluang menjenguk suami aku di kg…lantaran aku dah kehbisan duit simpanan.  Gaji aku cukup2 utk makan kami anak beranak. 
 
Lebih kurang dlm 9 bulan suami ku di sana …adik ipar aku call…mintak aku balik kg…abang yg suruh katanya.  Dalam hati ku terdetik sesuatu yg telah ku jangka pasti akan berlaku…cuma tak pernah aku suarakan pada sesiapa pun.  Hanya bermain dalam pikiran ku selama ini.  Aku cuba cari duit utk beli tiket bas…dan kebetulan alang datang ke rumah…bila dia tau aku nak pi jenguk suami ku…dia hulurkan bantuan….alhamdulillah…aku boleh balik kg anak beranak. 
 
Sebagaimana biasa…hanya ada mak dan adik ipar aku di kg.  Adik ipar aku dgn rutin mengajar dia.  Mak dgn ayam itik dia.  Anak2 masih tido.  Aku hampiri suami aku…sikit pun aku tak tanya apa tujuan dia minta aku balik kg.  Aku tanya camana keadaan dia di kg, nampak dia hepi dan serasi dgn kehidupan di kampung kelahiran dia.  Tanpa aku minta…dia mulakan bicara dgn suara yg tergagap2…kelancaran pertuturannya masih kurang…dia minta aku rujuk kes kami di Mahkamah Syariah…apa yg patut dibuat…dia tak nak balik ke TDI lagi...nak terus menetap di PDR…tak nak aku tunggu dia lagi.  Alasan dia…dia tak boleh nak jaga aku dan anak2 lagi…dan harapan utk dia pulih pun amat tipis.  Sikit pun aku tak terkejut dgn apa yg disuarakan…aku dah agak...hal sebegini pasti akan berlaku.  Banyak kali aku tanya dia...”abg tak menyesal ke…dah pk masak2 ke…”.  “dah pk dah…saya tak de harapan nak pulih…awak jgn tunggu saya lagi…kalu ada jodoh awak dgn sesapa…kawin je la...jgn tunggu saya lagi…sekali sekala dtg la bawak anak2 jumpa saya”.  Terdiam aku bila dengar huraian suami ku biar pun dalam keadaan yg pelat2…
 
Aku tak lama di kg..hanya dua malam, aku bekerja..tambahan pulak anak2 sekolah.  Balik ke TDI aku melayan perasaan aku sendiri…apa harus aku buat.  Aku jumpa beberapa org kaunselor termasuk la melalui online tika itu.  Rata2 menyuarakan pendapat yg sama.  Apa yg dibuat oleh suami ku adalah sesuatu yg sukar dibuat oleh para suami yg lain.  Paling akhir…aku berjumpa dgn Ketua Hakim Mahkamah TDI…amat payah berjumpa dia sebenarnya…tapi disebabkan kawan aku pelayan pejabat di situ…kenal baik juga dgn Ketua Hakim ni…agak mudah utk aku.  Aku ceritakan semua kisah aku dari awal…supaya senang dia bantu aku.  Selesai cerita aku…”suami awak ni seorg yg tahu…kalu tak…dia tak akan lepaskan awak…dia tak nak terus menyiksa awak..tu sebab dia buat keputusan begini”.
 
Dengan bantuan Tuan Hakim…kes aku selesai hampir 3 bulan kemudian.  Maka terpisahlah aku secara sahnya dgn suami ku.  Meskipun aku amat sedih tapi mungkin ini yg terbaik buat aku dan suami ku…maka aku redha dan pasrah dgn ketentuan Allah.  Kini telah 3 tahun berlalu…anak2 ku kini dah berusia 16 tahun, 13 dan 9 tahun…begitu cepat masa berlalu.   Seakan baru smlm suami aku bersama kami.  Semuanya masih segar dalam ingatan ku.  Walaupun kami  berjauhan…bukan lagi suami isteri…namun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia…mengharapkan agar kesihatan dia semakin pulih…mengharapkan dia sentiasa berada dalam lindungan Allah setiap masa.
 
Lamunan aku terhenti.  Bertalu2 hon kereta di belakang ku…  Entah berapa lama aku mengelamun.  Ku teruskan perjalanan pulang…anak2 sedang menunggu… 
 
Kini aku teruskan hidup bersama anak2…dengan bermacam2 dugaan dan rintangan yg harus aku tempuhi.  Sememangnya memegang status Ibu Tunggal sentiasa dipandang serong oleh sesetengah golongan.  Tidak kurang yg mengeji, tidak kurang juga yg mencaci.  Semua tu telah menjadi asam garam hidup aku kini. 
 
Sering aku pikirkan…masihkah ada sinar kebahagiaan utk kami…





COPY SEBIJIK FROM EMAIL t___t NANGIS WEH

4 ulasan:

kakchik@ella berkata...

Hai yong, order akak mcmana?? Borang dah isi.

Tyra Omar berkata...

perempuan yang kuat..:)

Rizha. berkata...

salam.
tabahnya akak.
semoga kekuatan terus bersama akak.
Allah itu Maha Mengetahui, insyaAllah ada yang jadi tentu ada hikmahnya. :)

ardinihumaira berkata...

yong sangat tabah orangnya..
chaiyok yong!

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...