Isnin, 18 Oktober 2010

:: SAUNA - cara mudah SEGARKAN BADAN ::

Menjaga kesegaran tubuh badan merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada beberapa proses. la juga memerlukan satu sinergi untuk memberi hasil yang maksimum terhadap tubuh badan anda. Salah satu cara untuk memperoleh tubuh badan yang segar adalah mandi sauna.

Biasanya, mandi sauna dilakukan setelah melakukan sukan olahraga bagi mendapatkan kembali kesegaran tubuh badan. Namun, ramai yang tidak menyedari mandi sauna ini memberi impak yang baik terhadap tubuh badan. Sesetengah orang pula menganggap mandi sauna ini remeh dan hanya merupakan satu pelengkap ritual sahaja.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, mandi sauna memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh. Malah, ia sudah lama dipraktikkan dan amat terkenal di kebudayaan Rom, Mediterranean, Rusia dan India.

Asalnya, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan racun dan toksin dari dalam tubuh. Hal ini pula kemudian menyebabkan mandi sauna ini terkenal di seluruh pelosok negara. Hingga kini, manfaat kesihatan dari sauna tetap menjadi satu sebab bagi setiap orang untuk melakukannya.

Kelebihan sauna ini menjadikan ia sebagai satu perkara wajib setelah berolahraga. Ini kerana, mandi sauna ini dapat membantu mengendurkan kembali otot tubuh yang kejang ketika berolahraga atau setelah bekerja dalam situasi ketegangan yang tinggi.

Otot yang terasa mengejang setelah bekerja disebabkan racun yang berkumpul di jaringan otot anda. Dengan melakukan sauna, ia dapat melancarkan kembali peredaran darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga kembali relak.

Peluh yang dihasilkan ketika mandi sauna ini memberi kebaikan tersendiri. Peluh tersebut merupakan hasil dari pembakaran tubuh akibat peningkatan metabolisme. Hasil dari penelitian, sauna dikatakan membantu membakar sehingga 400 kalori dalam masa setengah jam.

Ini kerana, wap panas yang dihasilkan ini membuka pori-pori kulit dan membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Hasilnya, kulit akan terasa lebih bersih dan tegang di samping berasa lebih segar dan sihat. Tidak hairanlah sauna banyak digunakan dalam proses melangsingkan badan.

Adakah anda prihatin dengan masalah kesihatan dan berat badan anda? Hilangkan kerunsingan anda dengan melakukan sauna. Untuk individu yang ingin menurunkan berat badan, cuba renungkan kelebihan sauna dibandingkan dengan aktiviti lain:

* Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
* Aerobik 30 minit membakar 400 kalori
* Berbasikal 30 minit membakar 250-500 kalori
* Jogging 30 minit membakar 300 kalori
* Berenang 30 minit membakar 400 kalori

Lain-lain kebaikan sauna adalah seperti berikut:

* Membakar lemak dan menurunkan berat badan
* Memulihkan luka dalaman selepas bersalin dan menyegarkan tubuh badan
* Membuang toksik melalui peluh
* Melancarkan perjalanan darah










TIP:

Sebelum melakukan sauna:

Biasakan minum air mineral sebelum dan sesudah melakukan sauna. Kemudian, duduk atau berbaring sejenak selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara lebih maksimum. Bagi ibu-ibu hamil, atau mereka yang mengalami masalah saluran pernafasan, elakkan dari melakukan sauna.



Nota Alinac-pakai slim cream then bersauna..peh! mcm nk terkeluar kulit.hihi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bile lah agak2 aku boleh beli alat sauna ni????? (xkeje lg kn) T__________T

annfrendly berkata...

wow.. teringinnya nak bersauna.. mesti cepat ann kurus nanti..

ardinihumaira berkata...

best sauna... kua toksin ;)

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...