Selasa, 19 Oktober 2010

:: Kek Sarang Lebah ::

semalam yong buat kek..resepi asal dari Encik Mat Gebu..resepi mudah dan ringkas..
disebabkan hobi terbaru yong sekarang ialah buat kek.maka hari-hari mcm nak buat kek je..tapi fikir-fikir..kang xde pulak orang nak makan kek hari-hari kan..


kagum btoi yong..sekarang kek-kek yang yong buat menampakkan hasil yang sgt2 bagus..
dulu masa mula-mula buat kek..peh! buruk! tapi tayang jugak kat blog..takpe..peningkatan ni..da mula rajin ke dapur kira bagus la kan..nanti mak mentua suka..opss..! :p

so mari kita tengok resepi nyer yer..yong copy paste je dari resepi encik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
110 gram gula pasir
120 ml air
30 gram mentega
3 biji telur gred "A"
80 gram susu pekat manis
90 gram tepung gandum*
1 1/4 camca teh soda bikarbonat*(*gaul rata dan ayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 x7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (mat gebu guna acuan berlubang tengah jenis buatan silicone). Masak gula pasir hingga menjadi gula hangus, guna api sederhana. Perlahan2 tuangkan air tadi..berhati2 sebab gula akan memercik. Kacau rata dan masukkan mentega, biar mentega larut. Sejukkan.
  2. Putar telur hingga berbuih. masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar rata, tuang gula hangus tadi dam gaul rata. Perap adunan tadi 2-3 jam..
  3. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila keluar bersih, tanda kek telah masak. Keluar dan dari acuan dan biar sejuk sebelum dipotong... 

kalo nak tengok gambar kek yang asal bole klik sini ya ... jauh beza ek ngn yang yong buat??
tapi takpe..yong da cuba.anda bila lagi..heheh.

yang penting sodap!
cuba lah

thank encik Mat Gebu!

10 ulasan:

ardinihumaira berkata...

nyum3...
kalolah yong buatkan untuk dni ;D

Salmia berkata...

mia penah cuba buat tp xjadi masa masak gula tu. xpandai la nk buat gula hangus

Amirrah Zawani berkata...

rajinnya kamu wat kek..
bagus2,, calon isteri ni..

kakchik@ella berkata...

nak rasa sikit boleh? Hehe ..

nadey berkata...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedap weh....lapo lak pulak...aku rase yong ko leh bukak bisness jual kek gak! gudeluck!

Redbloodsnow berkata...

ADEHH...NANGIS AHHHHHHHHHHHHH. YONGGGG NAKKKKKKKKKKKKKKKKK :p

fadhli berkata...

kak yong makin rajin mencuba. best je tgk :)

E.d.Y berkata...

ingat sarang semut je leh buat kuih, sarang lebah poun boleh jadi kek..huhu

Sophia Rani berkata...

waaaa.. sedapnya... pos kat i boleh..?? hehehe

annfrendly berkata...

wow.. gebunya kek yang alinac buat... pandai.. nanti2 boleh bukak bakeri tau.. sebab ann tengok alinac memang rajin masak... menjadi pulak tu..

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...