Ahad, 17 Oktober 2010

:: Kek Buah Mudah Ala Alinac Lover ::

heeeee..salam sayang semua ya..
tengok tajuk kat atas..semua resepi kalo bole kena taruk "mudah" di tengah ayat.baru orang rasa nak tengok.mudah sgt ke nak buat..hehe

since yong buat kek oren dan sgt2 menjadi tu.maka niat baik tu haruslah dilanjutkan dengan membuat kek lain yang pula.so semalam da buat kek buah..dan sekarang..kita tengok picture dan resepi nyer ye~


sebelum dipotong..tengah panas lagi ni :)

taraaa! da masuk peti ais..sejuk aww~ sodap! hehe


Resepi kek Buah

  1. 300 gram mentega
  2. 1 cawan gula kastor/gula perang
  3. 1 cawan air
  4. 200 gram buah-buahan kering
  5. 1 cawan tepung gandum*
  6. 1 cawan tepung naik sendiri*
  7. 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  8. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis*
  9. 2 biji telur gred B- dikocak
  10. 1 sudu kecil ese vanilla/perisa buah-buahan
Cara membuatnya
Campur bahan NO 1 hingga NO 4 didalam periuk besar.Masak hingga gula & mentega larut dan mendidih.Sejukkan selama 15 minit.

Ayak bahan-bahan bertanda * dan masukkan ke dalam campuran buah-buahan yang telah disejukkan tadi berselang-seli dengan telur yang telah dikocok tadi.Kacau sehingga sebati dan masukkan esen vanilla@perisa kesukaan anda..Kacau sehingga sebati..

Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di gris. Bakar selama 1 jam.

Bila da masak.Biarkan kek kedalam loyang sehingga sejuk..dan bole disimpan dalam peti ais..makan sejuk2 besh tau! nyum2 :p


sekian..selamat mencuba..


Nota Alinac-amacam pidut? nak tak? hahahha

5 ulasan:

ardinihumaira berkata...

tak aci.. yong buat kek tak ajak dni hehe

nadey berkata...

wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sedapnye...yong pndai buat kek ek????? T______T sy ndy ni xde oven......nk buat kek gane...xpe t beli oven la!!!!!!!!!!!!!!!!

Amirrah Zawani berkata...

terus lapar kek buah..
kena masuk peti ais dulu ka baru sedap?? hehe!!

Lelord berkata...

ooo igt kek buah yg dikukus...
mak selalu buat kek buah...huhuhu lama beno nak kukus 4 jam x silap

fina. berkata...

lapaa la pulak tengok kek yong.

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...