Rabu, 26 Januari 2011

:: Faedah dan Fadilat Membaca Al-Quran ::

MEMBACA al-Quran adalah seafdal-afdal ibadat sehingga disebut bahawa al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya. Ia seperti riwayat Abu Umamah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran. Antaranya:




Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.


Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah dari rumah Allah (masjid) yang membaca al-Quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, dikelilingi malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisi-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)




Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang maksudnya bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada kitab Allah (al-Qur’an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad)




Pembaca al-Quran diumpamakan seperti buah utrujah yang harum bau dan enak rasanya.


Perkara itu disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas, bersabda Rasulullah bermaksud: “Perumpamaan orang beriman yang membaca al-Quran seperti perumpamaan buah al-utrujah iaitu buah yang berbau harum dan enak rasanya.


“Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca al-Quran adalah seperti perumpamaan buah tamar, rasanya manis, tetapi tidak ada baunya.


“Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang membaca al-Quran adalah seperti ar-raihanah yang berbau harum, tetapi pahit rasanya.


“Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah al-hanzhalah iaitu buah yang pahit rasanya dan tidak ada baunya.


“Perumpamaan mendampingi orang soleh adalah seperti mendampingi pemilik minyak wangi, sekalipun engkau tidak terkena minyaknya engkau tetap mendapat harumnya.


“Perumpamaan berdamping dengan teman yang jahat adalah seperti mendampingi orang yang menggunakan ububan (alat menghembus api), jika engkau tidak terkena hitamnya (daripada percikan api), namun engkau tetap terkena asapnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)




Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.


Ia seperti dalam hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Baginda bersabda bermaksud: “Al-Quran datang pada hari kiamat, lalu ia (al-Quran) berkata: “Wahai Tuhanku hiasilah dia (pembaca al-Quran)!, maka dia dihiasi dengan mahkota kemuliaan.”


Kemudian ia berkata: “Wahai Tuhanku tambahlah lagi! Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan kemuliaan.”


Ia berkata lagi: “Wahai Tuhanku redailah dia! Maka dia diredai.”


Berkata ia pada pembaca al-Quran: “Bacalah al-Quran dan naiklah (pada tangga-tangga syurga) dan ditambahi pada setiap satu ayat satu kebaikan.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)




Pembaca al-Quran memperoleh kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya.


Sabda Rasulullah maksudnya: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibu bapanya mahkota pada hari kiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini (al-Quran).” (Hadis riwayat Abu Daud)




Pembaca al-Quran memperoleh kedudukan tinggi di syurga. Bersabda Rasulullah maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Quran), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis riwayat Ahmad)


Kita hendaklah memelihara adab ketika membaca al-Quran mengikut kehendak syarak. Membacanya dengan berwuduk dan sunat membersihkan mulut (bersugi).


Sementara jika hendak menyentuhnya pula hendaklah (wajib) bersih daripada hadas kecil dan besar
sumber-sini



nota Alinac- alhamdulillah..semua yang terjadi kuasa Allah..Allah yang tentukan.yong selesa dngan keadaan sekarang..free dan sentiasa ada peluang untuk beribadat...syukur Allah da buka pintu hati yong.tiap2 hari yong pg kelas Quran..belakang umah je..skali dgn budak-budak.. :) x perlu malu kan?

6 ulasan:

Dakwat Basah! berkata...

good entry kak yong.

CT berkata...

Bacalah al quran, biar sehari 2-3 ayat pun tak mgapa janji setiap hari...insyallah

AngahSayang2314 berkata...

bagusssss angah dapat info thanks kongsi2

ardinihumaira berkata...

;) banyak ganjarannya kan..

Tanpa Nama berkata...

It’s really a nice and helpful piece of information. I’m glad that you shared this helpful info with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.

Tanpa Nama berkata...

It’s really a nice and helpful piece of information. I’m glad that you shared this helpful info with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...