Jumaat, 11 Mac 2011

:: TIPS | Nak Beli Kereta? Dengar Dulu Nasihat Ni.. ::

Salam sejahtera,

Ok.. topik kali ini lebih kepada nasihat saya kepada anda jika mahu membeli kereta.. jika anda sudah pun memiliki kereta, digalakkan baca entry ini sebagai satu ilmu baru yang ingin saya kongsikan.

tentu anda pernah dengar kes-kes kereta kena tarik akibat tidak membayar hutang pinjaman kenderaan bukan?

Perkara ini berlaku kerana mereka tersilap menganalisa kemampuan dan komitmen untuk bayaran dan perbelanjaan bulanan terhadap kereta tersebut.

Baiklah 

Sebelum anda membeli kereta, anda perlu pertimbangkan 4 perkara iaitu :

1. Kos Minyak/Petrol
Anda perlu kaji dan membuat sedikit analisa berapa kos yang anda terpaksa keluarkan untuk pembelian petrol pada setiap bulan. Kos ini bergantung kepada sekerap mana anda akan menggunakan kereta tersebut.

2. Kos Tol
Jika anda menggunakan laluan bertol, kira kos tol tersebut. Kebiasaannya kos tol bergantung sekerap mana anda melalui laluan lebuhraya bertol. Kos tol meningkat jika anda menggunakan kereta untuk pergi balik kerja.

3. Kos Servis
Kereta perlu diservis apabila sampai masanya. Lagi jauh perjalanan anda, maka lagi keraplah anda perlu servis kenderaan anda. Purata servis kereta adalah sekitar 2-3 bulan sekali.

4. Kos Insuran
Insurans kereta perlu dibayar setiap tahun. Biasanya kos Insurans ini agak mahal sehingga beribu ringgit bergantung kepada hayat kereta tersebut. Jika baru, ianya semakin mahal.



NASIHAT SAYA......

Jadi, nasihat saya ialah.. jika anda bercadang untuk membeli sebuah kereta idaman, sebaik-baiknya belilah kereta yang bayaran bulanannya kurang daripada berapa yang anda mampu bayar.

Gunakan prinsip 60/40

Contohnya..

Katakan anda mempunyai lebihan tunai sebanyak RM850 sebulan dan dengan wang sebanyak itu, anda mampu untuk membayar instalment sebuah kereta Proton Exora 1.6 CPS AT (H-Line).

Akan tetapi.. RM850 itu tidak termasuk kos tambahan yang perlu anda tanggung seperti minyak/petrol, tol,
servis dan insurans.

Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, anda perlu gunakan prinsip 60/40 iaitu :

60% = Amaun yang anda mampu dan selesa untuk menangung bayaran bulanan.

40% = Amaun yang anda perlu tanggung untuk kos tambahan iaitu 4 perkara yang telah saya nyatakan
diatas.

Contohnya...

60% daripada RM850 ialah RM510
40% daripada RM850 ialah RM340

Berdasarkan prinsip di atas, dengan jumlah sebanyak RM510 anda mampu untuk membayar instalment bulanan
sebuah kereta Proton Persona 1.6 IAFM MT (B-Line).

Manakala RM340 pula adalah untuk kos tambahan yang mungkin anda akan belanjakan pada setiap bulan.

- Minyak RM150 sebulan
- Tol RM60 sebulan
- Peruntukan untuk servis RM50 sebulan
- Peruntukan untuk insurans RM80 sebulan

Semoga tips kali ini akan dapat membantu anda merancang dan mengurus kewangan dengan lebih baik!

Sekian,
Wassalam.







info-email

4 ulasan:

Misz-ella berkata...

Bagus2 .. Rajin alina bagi tips ye. Hehe ..

MiaSaidin berkata...

nak tukaq keta ker.. hehehe

Unknown berkata...

KAKCIK-HEHE TIPS BERGUNA NI

MIA-ALA..BLOM KAYA.INGAT NAK YANG BARU :p

ardinihumaira berkata...

;) yeay boleh ikut tips

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...