Khamis, 26 Ogos 2010

:: Minuman ringan beralkohol-tolong sebarkan ::



MOHAMED menunjukkan sebahagian minuman ringan beralkohol menggunakan label buah-buahan di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Kerajaan digesa mengharamkan minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan kerana ia dibimbangi menjejaskan otak penggemarnya terutama pelajar dalam jangka panjang.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian hasil daripada aduan guru-guru mendapati, sekelompok pelajar sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang telah ketagih minuman tersebut.
Beliau berkata, terdapat 15 jenis minuman mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus kini dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam di negeri itu.
Menurutnya, ia juga diletakkan sebaris dengan minuman biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.
"Penjualan minuman dengan harga di antara RM4 hingga RM10 sebotol ini bertentangan dengan undang-undang yang melarangnya dibeli oleh individu berumur 18 tahun ke bawah,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
p/s-taktau la minuman ni jenama apa..sapa yang tau, tolong la pastekan dengan skali gambar kalau ada.

4 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

jangan minum air bukan2 yang jual kt pasaraya..bahaya..kan yong

bspotgurl berkata...

erm, brand apa ni yea

AngahSayang2314 berkata...

yang pasti kalau brand F&N tak ada sebab hubby angah buat air tue dia kata mana ada al-kohol

caliph shuriken berkata...

ni sengaja nk bg dak2 skolah jadi kaki botol ar ni..

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...