Ahad, 22 Ogos 2010

:: Apa yang Mengembirakan Isteri Dalam Bulan Ramadhan ::

Apa yang Mengembirakan Isteri Dalam Bulan Ramadhan

SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN

Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh-sungguh mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.

Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.

Insya Allah. bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:

  1.        Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku' dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.  
2.        Mengejutkan anak-anaknya yang masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.  
3.        Tingkahlakunya yang lebih sabar yang tidak cepat "panas baran" apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.  
4.        Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.  
5.        Meminta kebenaran anda untuk berbuka di surau / masjid bersama-sama dgn kariah mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjidnya.  
6.        Dia yang membaca doa berbuka puasa.  
7.        Semasa berbuka, selepas dia menjamah tiga biji buah tamar, dia mendahulukan anak-anaknya makan hidangan kegemaran mereka. Dia tidak marah jika makanan kegemarannya dia habiskan oleh anak-anaknya.  
8.        Dia mengajak anda dan/atau meminta anda menguruskan anak-anaknya ke surau untuk solat isyak dan terawih berjamaah.  
9.        Dia menyatakan puasnya dapat menghabiskan kesempurnaan solat terawih dengan solat witir bersama jamaahnya.  
10.        Dia menceritakan bacaan tajwidnya banyak ditegur oleh rakan-rakan setadarus dan mengharap bacaannya bertambah baik pada malam esoknya.  
11.        Sebelum dia masuk tidur, dia memantau di dapur memastikan nasi di dalam periuk eletrik sudah tersedia dimasak untuk sahur esoknya.  
12.        Dia memperingatkan anak-anaknya agar tidur awal untuk bangun awal esoknya.  
13.        Dia memastikan jam loceng atau handfon yang ada "alarm" tersedia untuk mengejutnya pada jam 5 pagi esoknya.  
14.        Dia menyatakan kepada anda yang dia bercita-cita untuk mendapatkan Malam Laillatul Qadar" di sepuluh malam terakhir dengan meminta kebenaran anda utk beriktikaf di masjid yang berdekatan.
15.        Dia menanyakan kepada anda, tarikh untuk bershopping membeli pakaian untuk anda dan anak-anaknya.  
16.        Dia tutup setiap malam dgn memeluk anda walaupun anda membelakanginya dengan kedengaran sebutan lidahnya membaca "Tiga Qul" sebelum berdengkur meninggalkan alam sedarnya.

Inilah kebahagian hakiki seorang isteri kerana suaminya berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk melayari bahtera keluarganya ke destinasi yang hakiki. Ke Syurga Jannah.

 
Selamat bergembira dan berbahagia wahai isteri-isteri.
 
Dipetik dari http://ratuhati.com

4 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

Alhamdulillah...sejuk hati kalu macam ni kan...bukan jenis laki kaki pukul tak tentu pasal..tq sharing

Tanpa Nama berkata...

salam kunjungan ..

ye betui tu ... sejuk hati kite kalau dpt cik somi yg gitu ..

but isteri pun kene lebihkan taqwa jgk dia bulan yg mulia ni

Rowena Zainuddin berkata...

wahhhh...
nie wat tak sabar2 nak kawen nie...
kekekee~

Norazlina [atau] Nora berkata...

hrumm...semoga berbahagia...
semoga semua suami2 seperti itu dan semoga semua isteri2 gembira seperti ini.. Amin... :)

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...