Jumaat, 11 Februari 2011

:: Tapi.. papa buat kat mama boleh ::

Terkedu!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..


kali ni aku nk citer lagi kisah budak-budak zaman skg..lebih krg mcm hari tuh...tp kali ni cerita je..xde gambar oke..


Kisahnya :


Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.


Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.


Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.


Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.


Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.


Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.


Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.


Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.


Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.


Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!


Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.


Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya


"Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu"


!!!!!!!!!


Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.


Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan "jiwa" Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.


Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.


Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..


19 ulasan:

Izzati Ishak berkata...

kanak-kanak..sangat mudah tiru perbuatan kan..

sebab tu ibu bapa kena jaga perbuatan..

bagus pusat asuhan tuu.. asingkan kanak-kanak..usaha yang baik.

Unknown berkata...

@tweety suwittbudak zaman skg..adoyai~ pening!

ninie_azriena berkata...

lorh..
bijak tol mak bapak dyer..
yg pi tunjuk kat anak dyer sal per??
tak pasal2 jer rosak minda budak tue..
kena lebih berhati2 skung nie
kalow dari kecil dah terdedah ngan benda2 camnie
boleh merosakkan masa depan diorang..
betul tak lin??

♥nyeto89♥ berkata...

takot nye

T_T

adnan berkata...

anak itu bagai kertas kosong, tuliskan dan perlihatkan yang baik saja.

Unknown berkata...

@ninie_azrienabtoi2..isk heran ngn mak bpak dia..siot je buat dpn anak..isk..plik!

Unknown berkata...

@♥yaya♥seram~

Unknown berkata...

@adnanbtol2..sokong!

Khairul Onggon berkata...

Mmg dasyat citer ni.. Kanak2 ribena zaman sekarang hehehe..

Redbloodsnow berkata...

erkss...super advance ah si daniel tue.mak pak dia pun satu. siapaaa lom soh ehemm ehemmm dpn anak. rosak dh anak tue :(

Unknown berkata...

subhanallah...

thanks yong,.semoga peringatan ini..membuatkan semua para ibubapa buka mata...

beringat sebelum terkena..

terima kasih berkongsi entry....mungkin dikalangan kita tak sedar akibat ini yang akan berlaku..

Mr feckry berkata...

mak bapa yang bakal mencorak kain putih tu

amiera berkata...

btul2x..nak2x hal yg tak sepatutnye dieorg tau..ank buah miera pun lebih kurang jgak petahnye tp m'cik2x kne ajar ckp yg baik2x jelah..kne tapis mase b'ckap kalau die dgr, die ikutlah ckp benda yg tak elok 2...(^_^)

AzianKhalil berkata...

wah...takutnye..

Mun berkata...

woooo..seram gak dengar..klu anak sekecil tu dah bertindak smpai cam2... sebagai ibu bapa sgt penting mereka menjaga perlakuan mereka sendiri.. sebab anak2 kecil ni akan mudah ikut apa yg dia lihat..

zaza ismail berkata...

eee,budak zaman sekarang mmg dah pandai..anak jiran zaza pon ada yg camtu mai umah zaza pastu cita makayah die buat apa.padahal budak tu baru 5thun..kita plak yg malu.huhu

munna berkata...

aduhai anak-anak sekarang... kita sebagai org tua kenalah bagi tauladan yang baik pada anak2 ...

kay_are berkata...

cte betul ke ni?? biar betul umo 4 tahun pun dah pandai wat cam2.. advance nye anak2 sekarang ni.. ish ish..

Tanpa Nama berkata...

terkejut!! satu je nk ckp.. biar btul budak-budak ni..

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...