Rabu, 23 Jun 2010

:: cheese cake siap! ::

huhu..patot entri ni kuar smlm..tp aiseh..malu la ai.. ;p
bru knal bahan masakan..kek pon bru beberapa kali buat..
kali ni cheese cake..bru first time buat!
hahaha..sape pon xde nk tolong aku ek..terkial2 sorg2 kat dapur..dah la mcm x ckup bahan jerk..
xpe2..berbekalkan bahan y agak kureng..aku buat jgk aw...

klo bab2 nk masak ni..mula la kpla ni ligat terbayang blog sana..blog sni..
pot pet sana..pot pet sni..

taraaa!!! siap da cheese cake...jgn komen mcm2~malu x brapa nk jadi :(
xpe len kali i cuba lagi oke..tata


ni la rupa cheese cake tu..percubaan yg agak baik..sbb rasa sodap..huhu (puji diri sndri :p)

ni tisya..dia ske makan cheese cake kosong... nyum2 :)


alang2 da buat..ni aku share resepi ek
selamat mencuba


BAHAN-BAHAN

600g Soft Cheeses or Cream Cheese
1 cawan Yoghurt asli
1 cawan gula halus
2 sudu penuh tepung naik sendiri
4 biji telur
2 sudu jus limau

CARA MENYEDIAKAN

Pukul keju hingga lembut dan sedikit kembang. Masukkan yoghurt, kemudian gula,tepung dan jus limau. Pukul sehingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati. Masak dalam microwave selama 28 minit pada 'medium' level,bukak hanya selepas 28 minit. Ambil garfu cucuk pada bahagian tepi dan tgh.
Jika masih banyak cake yang melekat di garfu, tambah 2 minit lagi. Jika masih tidak masak, tambah lagi 2 minit. Selamat mencuba.
(Fillings boleh diletakkan di atas cake setelah cake masak.Biarkan sejuk beberapa jam dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk)

12 ulasan:

insta: lea_na_nur_ berkata...

wahh!!cm sedp jee..huhuhu~

helmi berkata...

nmpak mcm sedap...
tp knapa kek tu mcm tak naik seri je?
(komen ikhlas nih...)

FyZa berkata...

nmpk sedap oke..bla nk bg kt i rasa? keh3

caliph shuriken berkata...

nk jgak cheese cake nii ;)

Unknown berkata...

@☻UsaGi NaNa☻kali ni serius..mmg sodap

Unknown berkata...

@helmihahah..mmg la..first time buat..xde brapa oke la

Unknown berkata...

@FyZannti klo mnjdi..org bg la fyza rasa

Unknown berkata...

@caliph shurikenmai2

Miss AZ berkata...

sy x brani nk wat cheesecake..
takot x jadi, rugi pulak..
cheese kan mahal.. hehe!!

Unknown berkata...

@Amirrah Zawanihahha..taw xpe..saya pn hentam2 je

Miss AZ berkata...

0k lah tu..
hentam2 pun jadi jugak..
memang terer masak lah kamu..
calon isteri ni.. hehehe!! :)

Lynn Nasir berkata...

kalau masa potong tu nak nampak smooth tepi potongannye, awak rendam pisau tu dalam air panas dulu..

rendam sat-lap kering-potong-rendam kesat-potong. gitulah sampai habis :)

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...