Jumaat, 21 Januari 2011
:: Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok! ::
Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Kali ini, saya ingin berkongsi tips yang diberikan oleh Dr. Asri tentang memilih pasangan.
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
2) Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
3) Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
4) Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
5) Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.
Jadi, fikir-fikirkan lah...
sumber-email
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
nana setuju!!!
kekasih nana merokok..teman x..bmkne nana pilih teman!!hahhahahaha~tp cinta tgh nk benti rokok~
my dad merokok..My bf pun merokok..Haish..xleh jd suami nie
heee
bt0l gak tuh~
setuju!
;)
good one yong ;)
syu dari dr dlu mmg turn off dgn org yg merokok hehe tp kalau dah jodoh xleh halang gak..
salam jumaat yong..
nampaknya...kak lambat dapat info dari Dr Asri nie..
tak mengapa..alhamdullilah..en zalie dah tak merokok lagi
betul3.. sokong ketat ketat... lagi pun dah rokok x baik utk kesihatan kan.. org yang hidu tu lagi banyak kena efek dr yang smoking tuh..
emm...good info
-yg tak merokok-
im smoker tegar hehhee
salam dear^^ tq sudi visit blog rina. salam kenal.
SETUJU SANGAT..
COZ X SUKA LELAKI MEROKOK..
HIHI^^
deen dah benti merokok :D
yong!!!!!!!!!!!!!!!!!!
windu la
huhuhuh terbaiklah alasan tu!!!! rosakkan sperma sendiri je huhuhuh
Catat Ulasan