Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Ogos 2011

SSF Perai | wah..banyak nya perhiasan cantik

Salam..ni yong nak bercerita tentang satu tempat yang yong hari tu..best lah tempat ni..ada banyak perhiasan untuk rumah tau..nak corak cemana..semua ada...nak beli perhiasan atau barangan hantaran pon ada tau..so mai kita tengok beberapa gambar :)

yang ni beberapa alat untuk letak kat dapur..banyak aww kaler putih..klo pencinta putih elok sangat la datang sni..

kalo ada sebijik kat rumah bagus gak kan?

ni set kalo nak wat hantaran ke..gift ke oke la ni heee

ala-ala inggeris ni..kan? 

tempat ni kat area Perai, Pulau Pinang..nak datang pon agak pening sket la sebab yong jarang datang area sini..siap salah jalan berapa banyak kali..pening btoi..so bila da sampai..yong and mummy borong btol2 la..hahah tu bru shopping namanya..da habis shopping sini..ada lagi tempat kami shopping..mmg semua kes nak habiskan duit.duit banyak sangat kot..itu mummy la..yong mmg x berapa ada duit hahahha

korang..suka tak tempat macam ni..yong suka jugak..tapi nak beli malas :p teman je xpo! kui3~

Rabu, 12 Januari 2011

:: tip membersihkan rumah ::


Property Care Services (Malaysia) Sdn. Bhd. (PCS) mempunyai cara efektif pembersihan langkah demi langkah, agar tidak perlu pening kepala untuk membersihkan rumah. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian dalam pembersihan rumah ialah ia perlu bermula dari atas ke bawah. Mulakan dengan membersihkan habuk di kipas siling, mengelap rak tinggi, penyaman udara dan sebagainya. Kemudian diikuti pula dengan mengelap tingkap, pintu dan perabot yang ada. Selepas selesai membersihkan perabot, boleh mula menyapu lantai dan buang semua sampah ke dalam tong sampah. Mula mengemas di bahagian ruang tamu, kerana ruang itulah yang menjadi fokus utama ketika tetamu datang ke rumah. Sudah tentu sofa yang bersih, lantai berkilat dan karpet yang bersih akan memberikan impresi yang positif daripada tetamu kepada tuan rumah.

Cara membersihkan sofa
Langkah:
Kenal pasti jenis fabrik sofa anda, ia diperbuat dari apa dan keadaannya pada masa itu; sama ada kotorannya akibat daki, tumpahan benda asing atau jenis bauan yang terdapat padanya.
Anda juga boleh periksa sama ada di sofa anda terdapat label yang dilekatkan oleh pengusaha yang kadangkala turut memberi panduan untuk mencuci sofa tersebut. Apabila telah mengenalpasti jenis fabrik yang ada pada sofa dan cara untuk membersihkannya, pastikan anda mula mencuci bahagian yang tidak nampak pada pandangan hadapan. Caranya, basahkan bahagian tersebut dengan cecair pembersih dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum anda lap dengan tuala bersih. Jika ada warna yang luntur, sebaiknya jangan guna cecair pencuci tersebut, jika tidak melunturkan maka boleh teruskan cucian. Sebelum membersih dengan cecair pencuci, pastikan buang kotoran yang ada pada sofa dengan menggunakan penyedut hampagas atau berus sabut. Kain yang diperbuat daripada mikro fiber memang sesuai untuk membersihkan fabrik atau perabot. Tetapi pastikan menggunakan kain baru dan bukannya yang pernah digunakan untuk mencuci tandas kerana dikhuatiri kuman akan berpindah ke sofa tersebut. Selepas cucian, gunakan pula penyembur fabrik untuk mengasingkan kotoran. Selepas semburan, ada beberapa cara untuk mengekstrak kotoran yang tertinggal, caranya dengan; - Pembersihan satu kawasan kotor sahaja- Pengasingan kawasan yang basah- Pembersihan menggunakan buih- Pembersihan kering.

Cara membersih lantai
Mulakan dari sudut yang paling jauh hinggalah ke pintu masuk rumah.
Mulakan dengan mop habuk dan vakum untuk mengelakkan habuk daripada berterbangan. Bila lantai bersih daripada sebarang kotoran dan habuk, maka proses pembersihan lebih mudah dibuat. Membersihkan lantai, pastikan habuk yang disedut dari penyedut hampagas itu dibuang ke dalam plastik sampah dan bukannya dalam lubang tandas. Kemudian, isi baldi dengan air bersih. Tambahkan serbuk pencuci dan sebaiknya gunakan yang mempunyai agen pembasmi kuman. Dengan mop pastikan anda mengelap semua lantai, perah mop supaya kesan pembersihan lebih baik. Tukar air baru jika air dalam baldi tadi sudah berubah warna kelabu.

Sabtu, 6 November 2010

:: Dilarang buang sampah disini?? Habis nak buang kat mana ?? ::


nampak tak papan tanda tu?

papan tanda tu betul-betul kat depan umah yong tau..dulu tempat tu.tempat pembuangan sampah.ada tpk sampah kat situ..tapi..pas ada jiran India yang baru pindah situ..macam-macam dia buat supaya tong sampah tu takda kat situ.

mencik la..

nak tau dia buat apa?sebelum ni dia selalu bakar tong sampah yang besar tu..tak patot la kan? dah bakar mesti la api besar..penah sekali tu api tinggi sangat sampai kena pokok kepala dan hampir kena wayar elektrik..maka kami kena la call BOMBA..
tapi bila tanya sapa buat..mampus dia tak ngaku..siap buat-buat tanya sapa yang buat pulak..ek eleh..sendiri buat..tapi tak ngaku pulak..cis!

so sekarang..tok da susah hati..kat mana dia nak buat sampah..tong sampah memang ada.tapi jauh la.maka pasni kalo nak buat sampah..kena bawak sampah tu naik kereta..baru p buang kat tempat lain..macam bodoh je pulak rasa..naya kat orang kampung dan orang kat taman tu..elok-elok ada tong sampah dekat..kena p buang jauh-jauh..

memang menyusahkan orang je jiranku sekor ni.haish!

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...