Memaparkan catatan dengan label mutiara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mutiara. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2011

:: MuTiaRa KaTa IsLaM ::


"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) 




Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : 
"Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih) 






"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami, maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad) 




"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain, maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi) 


"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya, dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi) 





Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim) 


"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim) 





"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat IbnuAsahin) 





"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3) 





"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib) 





"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi) 




"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala kenikmatan hidup, iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi, Nasaai, Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)




sumber-email

Selasa, 25 Januari 2011

:: Mutiara Cinta #8 ::



"Tiada ubat untuk mereka yang jatuh cinta,  kecuali menambahkan lagi perasaan cinta dan sayang kepadanya."


Tip : Di dalam percubaan anda untuk mencapai kebahagiaan yang sempurna, anda kena teruskan momentum anda, JANGAN BERHENTI WALAU SUDAH BERJAYA!.

Maksud saya, walaupun dia sudah terpikat kepada anda...anda mesti teruskan memikat dan terus memberikan sepenuh kasih, sayang dan kehangatan cinta anda itu agar dia benar-benar yakin dengan anda sampai bila-bila. INGAT!...walaupun burung merpati sudah di dalam tangan anda, namun ia masih mampu terbang pergi tau.




Isnin, 24 Januari 2011

:: Mutiara Cinta #7 ::

"Kepada dunia, anda hanyalah satu manusia biasa, tetapi kepada satu manusia biasa, andalah dunianya."


Tip : Menghargai antara satu sama lain dan saling hormat-menghormati di dalam sesebuah perhubungan akan mempamerkan betapa pentingnya diri orang yang disayangi itu.

Sekiranya dia adalah segala-galanya untuk anda, dialah cinta hati anda, dialah dunia anda, maka biarlah pilihan anda itu juga sama-sama mempunyai niat dan perasaan yang sama seperti anda. Agar, anda tidak terkecewa di kemudian hari. Berpegang kepada keperibadian anda yang menyajunginya, InsyaAllah dia juga akan melakukan perkara yang sama!

Ahad, 23 Januari 2011

:: Mutiara Cinta #6 ::

"Cinta yang benar-benar cinta, hanya akan lahir setelah segala kecantikan hilang dan musnah. Jika masih cinta, itulah cinta yang sebenar-benarnya. Jika tidak..."


Tip :

Dalam mencari dan mengenali cinta, apa yang anda harus buat ialah mengenali si dia di dalam waktunya yang paling bersahaja. Kalau wanita, biarlah waktu yang tanpa make-up atau tanpa bedak. Kalau lelaki biarlah waktu bangun tidur atau selepas bersukan. kemudian tanya diri anda sendiri, "Nak lagi ke? Suka lagi ke?"

Jika waktu paling buruk, paling busuk, paling kotor anda boleh terima. Maka, di waktu mana, berubah macamana sekalipun rupa dan fizikal, anda tetap cinta. Yang penting...dia pun samalah juga boleh terima. Nanti dia berubah hati, anda tak tahu pun. Berbincang sedari awal beb!

Sabtu, 22 Januari 2011

:: Mutiara Cinta #5 ::

"Jangan berkahwin dengan orang yang anda boleh hidup bersamanya, kahwinlah dengan orang yang anda tidak boleh hidup tanpanya."


Tip : Cuba anda jarak-jarakkan pertemuan anda dengan yang tersayang. Sentiasa adakan masa-masa untuk diluangkan bersama kawan atau keluarga yang agak-agak berjauhan dari bersama dengan si dia selalu. Saat inilah anda akan tahu, adakah anda atau si dia boleh menahan rindu atau tidak. Jika perasaan masing-masing macam biasa saja...cari orang lain je lah! TETAPI jika tak boleh duduk diam dan asyik terasa nak call saja...hmm, dia lah tu!


Jumaat, 21 Januari 2011

:: Mutiara Cinta #4 ::



"Penyakit cinta yang amat menyakitkan adalah, mencintai orang yang mencintai orang lain."

Tip : Ingin saya sarankan untuk berkali-kalinya, apabila anda dapat tahu yang si dia sudah berpunya atau sudah pun bertunang, berkahwin, ANDA TIDAK PERLU BERSEDIH! Inilah masa paling best! Cepat-cepatlah melupakan dirinya dan terus saja memulakan lembaran baru dalam hidup anda. Kenal seramai-ramai teman baru, bina perhubungan baru, percintaan baru dengan orang baru!!...anda sudah tidak perlu lagi nak susah-susah takut ada orang yang nak jealous nanti.

Khamis, 20 Januari 2011

:: Mutiara Cinta #3 ::

"Sesungguhnya, cinta itu bukan buta tetapi insan yang bercinta itu hanya mahu melihat orang yang dia cinta."

Tip : Mencintai seseorang dengan membabi-buta adalah salah satu cara untuk anda menempuh kekecewaan di masa hadapan. "Let your options open". Maksud saya, di awal-awal perhubungan itu, biarlah diri anda tidak terikat hanya pada seorang sahaja.

Dengan mempunyai beberapa pilihan, itu tidak semestinya anda jahat. Tetapi anda menghargai diri anda. Anda bersifat berjaga-jaga agar pilihan anda tepat dan tidak akan mengecewakan anda di masa hadapan. Ramai yang memegang kata setia, tetapi akhirnya tersungkur kecewa, semuanya kerana anda tiada pilihan lain, dan terpaksa memilih yang tidak tepat pula. Love yourselves a lot more beb!

Rabu, 19 Januari 2011

:: Mutiara Cinta #2 ::

"Lebih baik pernah dicintai dan kehilangan cinta itu daripada tidak pernah dicintai langsung."

Tip : Sewaktu anda di dalam kekecewaan, cuba anda bersyukur banyak-banyak dengan nasib yang menimpa anda itu. Kerana, nasib anda tidaklah seburuk nasib mereka yang langsung tidak pernah bercinta dan tidak pernah dicintai...aduuuu. ..frust tau mereka ni...

Pernah juga duduk berbual-bual dengan mereka yang begitu susah untuk mempunyai kekasih, jauh sekali untuk bercinta dan jatuh cinta. Kesian.... di dalam diri mereka penuh dengan ketakutan dan keresahan akan perkara yang tak wujud! Risau pada perkara yang langsung tidak ada kena mengena... seumpama orang yang tak pernah keluar dari rumah berpuluh-puluh tahun!

Jadi, sekiranya kita terkecewa, dicurangi, terhina dari perhubungan lalu, relax je lah...ada orang yang lebih teruk dari kita yang langsung tidak pernah merasa bagaimana rasa cinta dan dicintai.

Selasa, 18 Januari 2011

:: Mutiara Cinta #1 ::



"Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya. "

Tip : Beranikan diri anda, tabahkan hati dan bersedia menghadapi apa jua takdir yang bakal diterima kerana sesungguhnya, segala-galanya adalah dari kehendak Tuhan. Semuanya adalah ketentuan dari Ilahi.

Semua orang pasti gagal, pasti menempuh saat-saat luka, kecewa dan berduka. Yang penting, anda boleh bangkit cepat dari segala-gala kedukaan dan kegagalan itu. Lantas tersenyum untuk menghadapi satu pertembungan yang baru, risiko baru...pengalaman baru!

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...