oke kawan-kawan semua..hari tu yong ada buat entri tentang Mini Rainbow Rice kan? masa tu yong masih blur-blur lagik..yela..cemana nak makan kalo nak masak makanan tu pon xreti.so lepas buat kajian..hehehe.kajian la sangat kan..xde lah..selepas bertanyakan ramai orang tentang makanan ni..lastly dapat juga tahu cemana nak menyediakan nya..
so pertama sekali.haruslah ada makanan ni ya..iaitu Mini Rainbow Rice..bole je beli kat mana-mana pasaraya..seperti Tesco ke..Giant ke dan sebagainya..then sediakan gula dua senduk atau sukat la sendiri nak manis macam mana..ikut kesesuaian tekak anda :p..gula tersebut haruslah dimasak bersama air dan daun pandan.maka jadilah air gula berbau dan berperisa pandan.yay!
lepastu sediakan satu lagi periuk yang berisi air untuk rebus Mini Rainbow Rice kita..bila da mendidih air tu..lempar lah rainbow rice tu..hehhe..hati-hati ya masa lempar tu.kang kena muka jangan salahkan yong..letak elok-elok ya..rebus sampai jadi terapung..then tapis..masuk terus rainbow rice ke dalam air gula kita..
dah siap!!!mudah je kan? makan macam tu je la yer..rainbow rice ni kenyal-kenyal gitu..air gula tu kasi sedap la sket..baru masyuk nak makan..selamat mencuba!



