Memaparkan catatan dengan label lulur/scrub. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lulur/scrub. Papar semua catatan

Khamis, 6 Januari 2011

:: body scrub..ada sesiapa nak?? ::

helo semua...hari ni kat Alinac Shoppe ada promosi baru tau..da tengok ke blum? yang pasti harga semua dah murah habis yer..nanti yong buat review satu-satu produk ya..macam biasa la..kasi orang kenal sket produk apa tu kan..so hari ni yong nak lelong sket la..body scrub ni..kot-kot ada sesiapa nak beli bodi scrub kan..rm10 je yong jual..yang ni scrub tamarind+honey..bottle nyer reject sket sebab ada kesan kena massage oil masa kat soa dulu..sebab tu jual murah-murah je ni..x digunakanlagi yer..

lulur di bole gantikan sabun..so masa mandi x payah nak pakai sabun da..pakai je scrub ni..masa nak bilas..ha tengok la buih-buih keluar..syok kan? ada sesiapa tak pernah scrub badan??

LELONG RM10 JER

Isnin, 18 Oktober 2010

:: KEBAIKAN LULUR / SCRUB BODY ::

sapa penah lulur badan? sila angkat kening sekarang..hehe.amacam? rasa best tak bila lulur badan? serius yong rasa nikmat bila orang tolong lulurkan badan yong.tapi jarang la orang nak lulurkan..

masa kerja di spa dulu yong kerap la scrub body customer..da biasa sangat..tak segan da tengok body dorang.hehe.so kepada sesiapa nak jadi customer yong.(wanita sahaja)..tak payah malu-malu ya.. sebab yong oke jerk..slumber sudeh! :p

dah tahu kebaikan lulur badan ni? kepada yang tak tahu bole la baca sampai habis entri ni..
yong da selitkan beberapa kebaikan lulur badan ni..
sekali picture tu.jom baca :)



Kebaikan Lulur/Scrub 

• menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
• Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
• Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
• Mengurangkan tekanan & keletihan.
• Mengekalkan tenaga.
• Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
• Memperbaiki tekstur kulit.
• Mengurangkan dehidrasi 


itu diantara kebaikan nyer yer..scrub ni ada macam-macam jenis..jenis serbuk, krim dan lain-lain..bole beli dikedai atau buat je sendiri :)
selalunya buat sendiri lebih jimat dan semulajadi khasiatnyer.tapi ada lagi ke yang rajin sekarang ni? nak scrub pon malas..tambah nak buat sendiri ye tak?
bagi yong pula..mana-mana pon oke..tapi sekarang yong takda masa nak buat sendiri.jadi yong pakai jenis serbuk..kena bancuh sedikit guna air.dah bole apply kat body..scrub ni kena pakai sebelum mandi ya..waktu badan tengah kering.just sapu scrub kat body then gosok sampai kuar daki-daki di badan..da hais tu baru bilas.tak perlu pakai sabun dah pon takpe..kalo nak pakai sabun juga itu terpulang..

pas mandi  tu. mmg wangi la yer body kita..tambah lepas mandi pakai lotion plus vitamin pulak..waahhh... trus ZZZzzz mimpi indah...heheh

sekian



Nota Alinac-da paham murid-murid?? next entri cikgu ajar yang lain pula ya~ :p

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...