Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2011

:: Filem KAMI | ni certita lama ni..siap beli CD woi..percaya tak?? ::

cerita ni da lama kan? lama sangat..tapi yong beli cd ni xde la lama sangat..dalam 1 atau 2 tahun lepas.. minat punya pasal sanggup beli..mula-mula nak beli masa p kedai cd tu xde duit..pastu sekali lagi p dengan bawak duit..cd da habis..lama lepas tu..kebetulan lalu kedai cd tu...ada duit..cd pon ada..terus la rembat! kang kalo p kali ke 4 memang xde la...kedai pon da x wujud da...hahaha


pertama kali tengok cerita ni yong rasa sedih sangat..sebab tu sanggup p beli cd..kalo rindu nak sedih-sedih..yong tengok la cerita ni..rasa bangga pulak sebab sanggup beli cd ni..korang tau la yong ni kan kedekut bab nak beli benda-benda macam ni..tapi kalo bab makan haku x kedekut~ hahaha makan banyak pon xpe :P

sampai sekarang yong simpan cd ni dengan elok..isk2..cd hendpon yong bole pulak hilang ek~ pening btoi :(
erm..pasni nak kena cari cd henpon..

korang suka cerita apa?? ada filem kegemaran tak?

Ahad, 26 September 2010

:: Filem Magika..besh ah! ::

salam semua :)

tadi yong p tgk wayang dgn abg halim..wah! amat jarang sekali dpt pegi tgk wayang dgn abg halim..sbb taste dia lain benor.. kdg2 rasa dia mcm bukan manusia biasa lak..(alien jugak ke?? ) hahahha

oke..sebelum terpesong jauh..yong nak btau..citer tu mmg besh lah..yong memang teringin sangat nak tgk citer tu..macam masuk dunia fantasi :p
ada sedey..lawak..happy..yong touching jugak bab mak dia meninggal dunia..tiba2 tingat arwah mama yong :(

kalo ada sapa2 nk belanja yong tiket wayang tgk citer tu..mmg yong nak p tgk lagi..ngee...x bosan la...syok sgt..sweet plak tgk diana daniell bercinta ngn mawi..hahaha...dok tgk citer tu sambil senyum sorg2..abg halim dok selang satu kerusi..(heran x kenapa dok jauh2?) sbb tmpt kitorang da ada org lain duduk..so kitrg duduk jela kat tmpt mana2 yg kosong..ada 4 kosong kat kerusi sebelah kanan..maka yong amik dua kerusi..abg halim amik 2..maka dok la jauh2..hahaha

oke kat sini yong nk share sinopsis citer tadi..jom baca.  :)

.................................................................................................................

Sinopsis (diterjemah dari website Sinema Malaysia)
Filem Magika ini mengisahkan dua beradik yang mengharungi hari-hari suram selepas kematian ibu mereka. Malik (Fimie Don) merasa tertekan dan menyalahkan diri sendiri atas kematian ibunya itu. Suatu petang, Malik bergaduh dengan kakaknya, Ayu (Diana Danielle) dan membawa diri ke hutan. Tanpa disangka-sangka, Malik tersesat di hutan dan dia berada di dimensi lain yang dinamakan Magika.
Setelah terdengar jeritan Malik meminta tolong, Ayu segera mencari Malik, tetapi beliau turut terperangkap dalam dunia Magika. Masalah bertambah rumit kerana Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya, Awang Kenit. Malik digunakan sebagai bahan eksperimen oleh Nenek Kebayan untuk menghasilkan wangian dari tangisan kanak-kanak.
Ayu terpaksa menghadapi banyak cabaran dan halangan dalam misi mencari dan menyelamatkan adiknya di Magika. Semasa pengembaraan di Magika, beliau terjumpa dengan watak-watak dalam lagenda Melayu seperti Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Merah, Mahsuri dan Batu Belah Batu Bertangkup. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang sudi membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.





nota alinac-p la tgk..besh taw.. happening!

Beautilicous

Suka blog ini? LIKE lah~ thanks

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...